Chermin
Chermin | |
---|---|
Pengarah | Zarina Abdullah |
Penulis | Zarina Abdullah |
Dihasilkan oleh | Ummi Khaltoum Abdullah (eksekutif) |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Zarina Abdullah |
Muzik oleh | Adeline Wong |
Syarikat penerbitan | Starry Eye Productions |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1 juta |
Chermin ialah sebuah filem seram Malaysia yang mula ditayangkan pada 22 Mac, 2007 arahan Zarina Abdullah. Dibintangi Deanna Yusoff, Natasha Hudson, Khatijah Tan dan Farid Kamil.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Templat:Spoiler Chermin adalah kisah seram yang mendebarkan mengenai seorang perempuan yang rohnya terperangkap dengan dendam dalam sebuah cermin antik. Plot cerita ini bertumpu kepada Nasrin yang mengalami kecacatan pada mukanya akibat kemalangan jalan raya yang penuh misteri. Nasrin mendapati dirinya begitu tertarik kepada sebuah cermin antik warisan keluarga yang ditemui oleh ibunya. Akhirnya, Nasrin menjadi obses dengan cermin tersebut sehingga mengagumi roh cermin itu dalam usahanya mengembalikan kecantikan wajahnya. Harga yang harus dia bayar ialah memuaskan tuntutan cermin tersebut yang menuntut darah dan dendam. Apakah dia sanggup mengorbankan cinta demi keangkuhannya? Adakah dia mampu melihat ke dalam dirinya dan melihat kecantikan dalamannya? Atau apakah yang tercermin di hatinya adalah bayangan cermin itu?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Deanna Yusoff sebagai Mastura
- Natasha Hudson sebagai Nasrin
- Khatijah Tan sebagai Mak Siti
- Farid Kamil sebagai Yusof
- Maimon Mutalib sebagai Mak Ngah
- Fauziah Nawi sebagai Mak Lang
- Sheila Mambo sebagai Minah
- Soffi Jikan sebagai Zakaria
- Farah Ahmad sebagai Rosnah
- Catriona Ross sebagai Yasmin
- Haeriyanto Hassan sebagai Hassan
- Lisdawati sebagai Zahrah
- Mustapha Maarof sebagai Pak Din
- M. Rajoli sebagai Pak Ungku
- Ghazali Abu Noh sebagai Bomoh
- Mak Jah sebagai Mak Andam