Cheryl K

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cheryl K
Cheryl K pada 2019
Kelahiran
Cheryl Koh

(1995-11-24) 24 November 1995 (umur 28)
Pusat pendidikanUniversiti California Selatan
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • pelakon
Tahun aktif2010–kini
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Laman sesawang
thisischerylk.com

Cheryl Koh atau lebih dikenali sebagai Cheryl K (lahir 24 November 1995) ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon wanita Malaysia yang berpangkalan di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.[1] Beliau terkenal menerusi persembahannya dalam filem Warner Bros., Crazy Rich Asians (2018)[2][3] di mana Cheryl menyanyikan lagu runut bunyi, "Money (That’s What I Want)" dalam bahasa Inggeris dan Cina Mandarin.[4][5] Versi kredit akhir runut bunyi filem juga menampilkan Awkwafina, yang membintangi filem itu Peik Lin, menyumbangkan rap dalam lagu ini.[6][7] Bakat Cheryl telah dikesan oleh pengarah filem itu, Jon M. Chu yang menonton rakaman video beliau menyanyikan lagu "Mamma Knows Best" nyanyian Jessie J di YouTube dan menawarkan tawaran kerjaya untuk beliau.[8][9][10]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Cheryl dilahirkan pada 24 November 1995 di Kuala Lumpur, Malaysia.[11] Beliau mula menyanyi pada usia 8 tahun.[12]

Pada Mei 2018, Cheryl lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Sekolah Perniagaan USC Marshall dan Industri Muzik minor dari Sekolah Muzik USC Thornton di Universiti California Selatan di Los Angeles, California.[13][14]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, Cheryl mewakili Malaysia di Kejohanan Seni Persembahan Sedunia (World Championships of Performing Arts; WCOPA) di Hollywood dan memenangi pingat Emas termasuk Hollywood Industry Award dan Champion of the World Senior Division Awards.[15][16] Beliau kemudian dijemput kembali beraksi sebagai artis undangan untuk 23rd Annual WCOPA Grand Finale do Terrace Theater di Long Beach, California di mana ia disiarkan secara web di seluruh dunia.[17]

Sebelum berpindah ke Los Angeles, Cheryl pernah berkongsi pentas dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Vince Chong.[18]

Pada tahun 2014, Cheryl telah dijemput untuk beraksi bersama penerbit muzik dan pemenang Anugerah Grammy, David Foster. Beliau turut berkongsi pentas bersama penyanyi-penulis lagu R&B Amerika Syarikat, Eric Benet dan pemenang American Idol musim kedua, Ruben Studdard.[19][20]

Pada tahun 2018, Cheryl menyanyikan lagu "Money (That's What I Want)" nyanyian asal Barrett Strong dalam bahasa Inggeris dan Mandarin dalam filem 2018, Crazy Rich Asians, adaptasi dari novel 2013 bertajuk sama karya Kevin Kwan.[21]

Cheryl telah melancarkan singlenya, "Here to Stay" pada 23 Disember 2018.[22][23] Dalam satu temu bual, beliau mengatakan lagu itu "bertujuan untuk mengilhamkan orang lain untuk bertekun melawan sesiapa pun yang mahu menjatuhkan anda."[24]

Cheryl melancarkan single terbarunya, "Who Are You" pada 19 Jun 2020.[25]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
  • "Here to Stay" (2018)
  • "Who Are You" (2020)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chua, Dennis (2018-08-20). "#Showbiz: Crazy Rich Asians theme song sung by Malaysian singer Cheryl K | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-13.
  2. ^ Ito, Robert (2018-08-08). "'Crazy Rich Asians': Why Did It Take So Long to See a Cast Like This?". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-06-13.
  3. ^ Ito, Robert (2018-08-08). "What Being in 'Crazy Rich Asians' Means to the Movie's Stars". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-06-13.
  4. ^ "Meet the UCLA Program That Offers Free Legal Services to Indie Artists, Labels". Billboard. 2020-01-27. Dicapai pada 2020-06-13.
  5. ^ Vongkiatkajorn, Kanyakrit. "Crazy Rich Asians Shines A Spotlight on Chinese Musicians". Mother Jones (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-13.
  6. ^ "The stories behind the 'Crazy Rich Asians' soundtrack's multilingual covers of Madonna, Coldplay, and more". EW.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-13.
  7. ^ Gibson, Kelsie (2018-08-15). "The Soundtrack For Crazy Rich Asians Is Just as Glamorous as the Film". POPSUGAR Entertainment (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-13.
  8. ^ Lee, Erika. "This Singer Auditioned for 'Crazy Rich Asians' Through YouTube—And Got the Job". Glamour (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-13.
  9. ^ "How Malaysian singer Cheryl K got on the 'Crazy Rich Asians' soundtrack | The Star". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-13.
  10. ^ "What happens when you let everyone in the world audition for a Hollywood studio film". The World from PRX (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-13.
  11. ^ Chan, Tammy (2018-08-17). "Meet Cheryl K, The Malaysian-Born Singer On The 'Crazy Rich Asians' Soundtrack". FEMALE (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-04. Dicapai pada 2020-06-13.
  12. ^ "How Malaysian singer Cheryl K got on the 'Crazy Rich Asians' soundtrack | The Star". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-13.
  13. ^ "Three Is A Magic Number". music.usc.edu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-13.
  14. ^ Chua, Dennis (2018-09-07). "#Showbiz: Hollywood holla for Cheryl K | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-13.
  15. ^ Chua, Dennis (2018-09-07). "#Showbiz: Hollywood holla for Cheryl K | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-13.
  16. ^ "How 22-year-old Malaysian singer Cheryl K got on the 'Crazy Rich Asians' soundtrack". AsiaOne (dalam bahasa Inggeris). 2018-09-24. Dicapai pada 2020-06-13.
  17. ^ "World Championships of Performing Arts". Pageantry Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-13.
  18. ^ Chua, Dennis (2019-01-18). "#Showbiz: Cheryl K's labour of love | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-13.
  19. ^ "Grand marquee for GP gala concert to be ready next week | The Star". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-13.
  20. ^ "Grand welcome ball to mark F1 | The Star". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-13.
  21. ^ Ito, Robert (2018-08-08). "What Being in 'Crazy Rich Asians' Means to the Movie's Stars". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-06-13.
  22. ^ Chua, Dennis (2019-01-18). "#Showbiz: Cheryl K's labour of love | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-13.
  23. ^ "PressReader.com - Your favorite newspapers and magazines". www.pressreader.com. Dicapai pada 2020-06-13.
  24. ^ Fern, Marion; O. "Making Her Mark". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-13.
  25. ^ Cheryl K on Facebook Watch (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2020-06-13

Pautan luar[sunting | sunting sumber]