Chew Mei Fun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Datin Paduka

Chew Mei Fun

DSIS (Selangor)
周美芬
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
Dalam jawatan
10 April 2009 – 8 April 2010
Didahului olehNoriah Kasnon
Digantikan olehAzizah Mohd Dun
Senator Malaysia
Memegang jawatan
10 April 2009
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Petaling Jaya Utara
Dalam jawatan
November 1999 – Februari 2008
Digantikan olehPua Kiam Wee (DAP)
Butiran peribadi
Lahir (1964-10-17) 17 Oktober 1964 (umur 59)
Pulau Pinang, Malaysia
Parti politikBarisan Nasional-MCA
Alma materUniversiti Tunku Abdul Rahman

Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009. Beliau dilantik sebagai senator setelah gagal mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya 2008.

Letak jawatan[sunting | sunting sumber]

Pada 8 April 2010, Chew Mei Fun meletak jawatan Ketua Wanita MCA dan jawatan timbalan menteri wanita dan pembangunan masyarakat. Sebelum ini, pada 28 Mac 2010 semasa Pemilihan MCA 2010, beliau pernah berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA masih memilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandal seks DVD dilantik sebagai presiden.Chua Soi Lek berjaya menewaskan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting dengan majoriti tipis .makan koey teow pagi2 boleh sakit perot woo

Ramai yang menyindir supaya Chew Mei Fun meletak jawatan sebagaimana ikrar. Ramai pengikutnya di Wisma MCA membawa sepanduk "Berpegang kepada prinsip demi maruah wanita" , "Kami sokong anda", "Kami perlukan anda" dan "Jangan letak jawatan!". [1]

PRK Kajang[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Jan 2014 , Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ahli Dun Kajang secara mengejut .Berikutan tindakan yang dilakukan oleh beliau , PRK Dun Kajang diadakan .Secara tradisinya , Dun Kajang berada dibawah kepimpinan MCA. Oleh itu, Barisan Nasional mengumumkan Naib Presiden, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon BN untuk PRK Dun Kajang .

PRK Dun Kajang yang akan menjelang tidak lama lagi bakal menyaksikan Chew Mei Fun berhadapan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang calon bebas iaitu Datuk Zaid Ibrahim.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]