Pergi ke kandungan

Chew Chong Sin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chew Chong Sin
周忠信
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
bagi Mengkibol
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehTan Hong Pin
(PRDAP)
Majoriti19,226 (2018)
10,107 (2022)
Maklumat peribadi
Lahir
Chew Chong Sin

(1973-08-09) 9 Ogos 1973 (umur 52)
MalaysiaJohor Kluang, Johor
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan
Tempat belajarSJK(C) Chung Hwa 3
SMK Sultan Abdul Jalil
Sekolah Tinggi Kluang
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Malaya
PekerjaanAhli politik
Chew Chong Sin
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional周忠信
Tulisan Cina Ringkas周忠信
Hanyu PinyinZhōu Zhōngxìn
Pha̍k-fa-sṳChiû Chûng-sin
JyutpingZau1 Zung1 Seon3
POJ Bahasa HokkienChiu Tiong-sìn
Tâi-lôTsiu Tiong-sìn

Chew Chong Sin merupakan seorang ahli politik Malaysia daripada DAP. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Mengkibol sejak 2018.

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Chew pernah berkhidmat sebagai pengurus bank di Kuala Lumpur, pengurus rantau Asia Pasifik bagi sebuah syarikat Jerman dan Pengarah BPP Professional Education (United Kingdom) cawangan China. Beliau juga pernah menjadi ahli perniagaan di Shanghai.

Beliau turut merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajar Cina di UKM serta Setiausaha Jawatankuasa Hak Sivil bagi Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor.[1]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Semasa berada di Shanghai, Chew menubuhkan “Bersih Shanghai” pada 2012, yang aktif menggerakkan kempen “Jom Balik Undi” di negara-negara lain. Bersih Shanghai turut menganjurkan beberapa forum bersama NGO lain, aktivis dan pemimpin politik Malaysia untuk berkongsi pandangan dengan rakyat Malaysia di Shanghai.

Beliau juga merupakan seorang kolumnis yang berkongsi pandangan mengenai isu semasa dan isu ekonomi dalam ruangan “Mirror of Shanghai” untuk Oriental Daily.

Pada Julai 2013, beliau kembali ke Malaysia dan mula berkempen bersama DAP dalam pilihan raya umum 2013. Sebelum itu, beliau turut membantu pihak pembangkang berkempen dalam pilihan raya umum 1999 dan pilihan raya umum 2004.

Pada 2018, beliau menyertai DAP dan bertanding dalam pilihan raya umum 2018 sebagai calon Pakatan Harapan. Beliau berjaya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kerusi Mengkibol.[1]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mac 2019, Chew Chong Sin menyatakan bahawa insiden penembakan di masjid Christchurch seharusnya menjadi pengajaran kepada Malaysia dalam menangani isu perkauman dan keagamaan, termasuk kerjasama antara UMNO dan PAS.[2] Selepas itu, beliau menarik balik kenyataan tersebut berikutan berlaku salah tafsir terhadap maksud yang ingin disampaikan.[3]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Johor[4][5]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 N28 Mengkibol Chew Chong Sin (DAP) 29,559 72.80% Chin Sim Lai (MCA) 10,333 25.42% 40,657 19,226 84.06%
2022 Chew Chong Sin (DAP) 19,813 57.50% Kelly Chye Pei Yee (MCA) 9,706 28.17% 34,455 10,107 51.92%
Wong Chan Giap (BERSATU) 4,116 11.95%
  1. ^ a b "CHEW CHONG SIN". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 2022-05-26.
  2. ^ "DAP rebukes Chew for insensitive remarks about Christchurch massacre". Malaysiakini. 2019-03-16.
  3. ^ "DAP man shares thought on Christchurch massacre, then retracts it". Malaysiakini. 2019-03-15.
  4. ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES". Dicapai pada 2022-05-26.
  5. ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES" (PDF). Dicapai pada 2022-05-26.