Cheyenne, Wyoming
Cheyenne, Wyoming Bandar Cheyenne | |
---|---|
Kiri ke kanan, dari atas: Pusat Bandar Cheyenne, Muzium Depot Cheyenne, Union Pacific Big Boy 4004 dan Kapitol Negeri Wyoming | |
Negara | Amerika Syarikat |
Negeri | Wyoming |
Luas | |
• Jumlah | 24.63 batu persegi (63.79 km2) |
Ketinggian | 6,063 ft (1,848 m) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 59,466 |
• Kepadatan | 2,425/batu persegi (936.4/km2) |
Zon waktu | UTC-7 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC-6 (MST) |
Laman web | Laman web Bandar Cheyenne |
Cheyenne (AFA: /ʃaɪˈæn/) ialah ibu negeri Wyoming, Amerika Syarikat dan bandarnya yang mempunyai paling banyak penduduk, di Daerah Laramie.[1]
Pada 5 Julai 1867, Jeneral Grenville M. Dodge and pasukan tinjauannya menguruskan tapak yang kini dikenali sebagai Cheyenne di Wilayah Dakota. Cheyenne terletak dekat hujung tenggara negeri, dan merupakan antara tempat yang paling berjauhan dari tengah negeri di negara ini. Berdasarkan Anggaran Tinjauan 3 tahun Masyarakat Amerika 2005-2007, taburan penduduk bandar ini mengikut kaum ialah 87.2% Eropah, 12.7% Latino, 4.5% Afrika-Amerika, 2.5% orang asli, 2.1% Asia dan 6.4% kaum lain.
Kerajaan Cheyenne terdiri daripada ketua bandar dan majlis bandar. Pendidikan awam di bandar Cheyenne disediakan oleh Kawasan #1 Sekolah Daerah Laramie. Jabatan Taman dan Rekreasi Cheyenne mengendalikan Pusat Acara dan Ais, kolam renang, taman papan luncur, 2 tapak golf, Taman Botani Cheyenne, sewaan sampan, tanah perkuburan, pengurusan perhutanan, rumah masyarakat, Pusat Aktiviti Belia dan taman golf kecil. Antara mercu tanda di sini ialah Bangunan Negeri Wyoming, Pangkalan Udara F.E. Warren dan Rumah Warren Nagle. Hari Frontier Cheyenne yang diadakan selama 10 hari pada minggu akhir Julai merupakan acara rodeo luaran yang paling besar di AS.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Find a County". National Association of Counties. Diarkibkan daripada yang asal pada May 10, 2015. Dicapai pada 2011-06-07. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)