Chiaki Mukai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chiaki Mukai
Kelahiran (1952-05-06) 6 Mei 1952 (umur 71)
StatusBersara
PekerjaanAhli fizik
Kerjaya angkasa
Angkasawan NASDA/JAXA
Tempoh di angkasa
23 hari, 15 jam, 39 minit
PemilihanKumpulan NASDA 1985
MisiSTS-65, STS-95
Lambang misi

Chiaki Mukai (Jepun: 向井 千秋, Hepburn: Mukai Chiaki, lahir 6 Mei 1952) merupakan seorang ahli fizik dan angkasawan JAXA.[2] Beliau merupakan wanita Jepun pertama yang terbang ke angkasa lepas, warga Jepun pertama yang terbang ke angkasa lepas sebanyak dua kali, dan wanita Asia pertama di angkasa lepas. [1] Penerbangan pertama adapa pada Julai 1994, manakala penerbangan kedua pada tahun 1998. Beliau telah menghabiskan masa selama 23 hari di angkasa lepas.

Mukai telah dipilih untuk menjadi angkasawan oleh agensi angkasa lepas Jepun NASDA (kini dipanggil JAXA) pada tahun 1985. Sebelum ini, beliau adalah penolong profesor di Jabatan Pembedahan Kardiovaskular di Universiti Keio, universiti tertua di Jepun. Pada 2015, beliau menjadi Naib Presiden Universiti Sains Tokyo . [3] Di samping itu, beliau menjadi Kaunselor Teknikal JAXA. [2]

Beliau telah berkahwin dengan Makio Mukai, MD, Ph.D. Minat rekreasinya termasuk ski salji, ski kompetitif Alpine, memancing bass, selam skuba, tenis, golf, fotografi, Kesusasteraan Amerika dan mengembara. [1]

Pada tahun 2007, Fuji Television mengeluarkan episod khas programnya A Woman's Biography . Episod ini berdasarkan biografi Mukai Chiaki dan dibintangi oleh Miho Kanno .

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "CHIAKI MUKAI (M.D., PH.D.), JAXA ASTRONAUT (PAYLOAD SPECIALIST)" (PDF). NASA. October 2003. Dicapai pada April 14, 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "NASA-bio" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b "Chiaki Mukai (M.D., Ph.D.)". JAXA. May 2, 2016. Dicapai pada November 23, 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "JAXA-bio" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Project Professor Chiaki Mukai's inauguration as Vice President of the Tokyo University of Science Tokyo University of Science

Pautan luar[sunting | sunting sumber]