Chicken Scramble

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chicken Scramble
PembangunRocket Bottle Games
EnjinUnity 3D
PlatformiOSAndroidFacebook
PelepasaniOS
September 3 2014
Android
September 3 2014
Facebook
TBA
GenreTeka-teki

Chicken Scramble ialah permainan video luncur blok yang akan dikeluarkan oleh pembangun Rocket Bottle Games, dijangkan akan dikeluarkan pada 3 September 2014 untuk iOS dan Android, dengan versi Facebook yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Cara permainan[sunting | sunting sumber]

Chicken Scramble ialah permainan luncur blok yang dimainkan dengan cara yang sama seperti permainan 2048. Pemain boleh membuat gerakan meleret ke atas, bawah, kiri atau kanan pada skrin sentuh untuk menggerakkan blok ayam dalam arah yang sepadan ke seluruh permukaan papan yang berjubin. Ini sahaja kawalan yang diperlukan dalam permainan ini selain daripada menekan butang.[1]

Objektif permainan ini adalah untuk menyudahkan peringkat permainan. Pemain boleh berbuat demikian dengan memenuhi kuota dalam bilangan gerakan yang ditetapkan. Setiap peringkat adalah berbeza-beza dari segi saiz dan bentuk serta terdapat pelbagai halangan dan ciri-ciri untuk memaksa pemain menyesuaikan strategi mereka dengan setiap papan.

Selain itu, pemain mesti mencapai markah yang mencukupi untuk menerima satu bintang. Dalam kebanyakan hal, syarat dapat dipenuhi hanya dengan memenuhi kuota ini. Pemain akan mendapat bintang tambahan jika mendapat markah yang lebih tinggi sehingga tiga bintang keseluruhannya. Dalam sesetengah peringkat, pemain mesti menggunakan kombo padanan yang berturutan untuk meningkatkan markah mereka kepada jumlah yang mencukupi untuk menjamin rating tiga bintang.

Jubin/Blok Istimewa[sunting | sunting sumber]

Jubin Flowerbed (Batas bunga) menggandakan ganjaran yang diberikan kepada pemain apabila padanan dilakukan padanya. Jubin ini berguna untuk memenuhi kuota atau untuk mencapai markah yang tinggi.

Haystacks (Timbunan jerami) adalah halangan pelbagai tingkat yang boleh dikeluarkan oleh pemain dengan melakukan padanan di sebelah jubin ini.

Jubin Hatchpoint (Titik tetas) adalah kawasan yang dikhaskan di mana telur baru akan muncul. Telur tidak akan muncul di kawasan lain pada peta apabila terdapat jubin ini.

Dandelions (Dandelion) adalah halangan yang merebak ke seluruh papan. Pemain boleh menghapuskan dandelion dengan melakukkan padanan di sebelahnya. Jika dandelion tidak dikeluarkan pada giliran itu, dandelion baru akan tumbuh dalam jubin kosong di sebelah dandelion yang sedia ada.

Ayam Istimewa[sunting | sunting sumber]

Ayam istimewa lazimnya merupakan halangan dalam Chicken Scramble. Ayam ini boleh dikeluarkan dengan memadankan ayam biasa yang sepadan dengan ayam ini.

Sleeping chickens (Ayam tidur) boleh digerakkan, tetapi menjadi halangan kepada pemain kerana tidak boleh dipadankan dengan ayam lain. Apabila terjaga, ayam ini akan membesar menjadi gred yang berikutnya.

Caged chickens (Ayam dalam sangkar) tidak boleh digerakkan. Apabila dibebaskan, ayam ini akan membesar menjadi gred yang berikutnya.

Robot chickens (Ayam robot) ialah bom yang akan meletop selepas beberapa giliran (ditunjukkan dengan nombor yang menyala pada dadanya), menyebabkan pemain kalah. Apabila dimatikan, ayam robot dikeluarkan sepenuhnya dari papan.

Kuasa tambahan[sunting | sunting sumber]

Undo (Buat asal) membolehkan pemain untuk mengundur ke belakang sebanyak satu pergerakan. Kuota, pergerakan dan markah turut akan ditetapkan semula, bilangan kuasa tambahan tidak terjejas. Buat asal sering digunakan untuk membetulkan kesilapan, malah merupakan alat yang penting dalam melindungi bilangan kombo yang tinggi. Buat asal adalah kuasa tambahan yang paling lazim antara tiga kuasa tambahan dan boleh dibeli dalam himpunan yang mengandungi lima kuasa.

Claw (Cakar) mengeluarkan ayam dan halangan. Ini merupakan kuasa tambahan serba guna yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Cakar boleh dibeli dalam himpunan yang mengandungi tiga kuasa.

Fill (Isi) membuatkan telur muncul pada setiap jubin kosong yang terdapat pada papan. Ia digunakan sebagai satu langkah pantas untuk merosakkan halangan seperti bandela rumput kering dan dandelion, meningkatkan markah dan melindungi kombo. Isi ialah kuasa tambahan yang jarang digunakan dan tidak dijual secara himpunan.

Pembelian Dalam Aplikasi[sunting | sunting sumber]

Pemain boleh membeli mata wang premium, Emas, untuk membeli pelbagai item dalam permainan.

Dengan cara yang mirip seakan permainan arked, pemain boleh memiliki sehingga lima nyawa. Mereka kehilangan satu nyawa apabila mereka gagal menyudahkan peringkat permainan. Apabila mereka kehabisan nyawa, mereka mesti mendapatkan nyawa tambahan untuk terus bermain, sama ada dengan membeli isian semula nyawa, menerimanya daripada rakan atau menunggu 30 minit.

Apabila pemain gagal menyudahkan peringkat permainan, jika mereka masih mempunyai pergerakan, mereka boleh menggunakan kuasa tambahan; ini biasa dilakukan apabila pemain kehabisan pergerakan yang boleh dilakukan dan tersekat. Jika tidak, mereka boleh membeli pergerakan tambahan. Jika ayam robot meletop, mereka juga boleh membeli peluang lain dan meneruskan permainan.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Ulasan untuk Chicken Scramble adalah positif secara keseluruhannya, dengan kritikan yang memuji permainan ini yang mudah untuk dimainkan dan kualiti seni serta muziknya.[2][3][4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chicken Scramble: Year One Gameplay and Features". Dicapai pada 29 August 2014.
  2. ^ "Review: Chicken Scramble". Dicapai pada 2 September 2014.
  3. ^ Rob Walsh (28 August 2014). "Today in iOS #0318" (Audio siar). libsyn. Peritiwa berlaku pada 3:00. Dicapai pada 2 September 2014.
  4. ^ "Review / Chicken Scramble (iOS)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-03. Dicapai pada 2 September 2014.
  5. ^ "Chicken Scramble is like 2048 with a unique barnyard twist". Dicapai pada 7 September 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]