Anjing Chihuahua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Chihuahua (anjing))
Anjing Chihuahua
Nama lainChihuahua
Negara asalMexico
Trait
Berat 1–3 kg (2–7 lb)[1][2]
Tinggi 8–23 cm (3–9 in)[3]:276
Bulu berbulu pendek (licin) atau berbulu panjang
Warna mana-mana, sentiasa ekawarna[3]:276
Jangka hayat 12 tahun atau lebih[3]:276
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Chihuahua atau hanya chihuahua[a] ialah satu baka anjing mainan Mexico yang dinamai sempena negeri Chihuahua di Mexico dan merupakan antara baka anjing terkecil.[4] Ia biasanya dibela sebagai haiwan pendamping atau untuk pertunjukan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kajian DNA mencadangkan bahawa anjing asli Amerika memasuki Amerika Utara dari Siberia kira-kira 10,000 tahun yang lalu dan kemudian terasing selama kira-kira 9,000 tahun sehingga ketibaan orang Eropah pertama; anjing praperhubungan ini mempamerkan tandatangan genetik unik yang kini hampir lenyap.[5] Sebuah kajian berdasarkan penjujukan genom anjing purba, yang diterbitkan pada tahun 2020, mencadangkan bahawa keleluhuran prapenjajahan ini bertahan pada dua baka Mexico, sehingga takat kira-kira 4% pada anjing Chihuahua (dan kira-kira 3% pada xoloitzcuintli).[6]

Catatan kolonial merujuk anjing kecil hampir botak pada permulaan abad kesembilan belas; salah satu mendakwa bahawa para konkuistador abad keenam belas mendapati bahawa anjing ini banyak di rantau yang kemudiannya dikenali sebagai Chihuahua.[7] Dalam sepucuk surat yang ditulis pada tahun 1520, Hernan Cortés menulis bahawa orang Aztek memelihara dan menjual anjing kecil sebagai makanan.[8]

American Kennel Club pertama kali mendaftarkan seekor anjing Chihuahua pada tahun 1904, Midget, yang dimiliki oleh H. Raynor dari Texas.[9][10]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Kepala seekor anjing Chihuahua berbulu pendek berkepala rusa
Profil anjing berkepala epal
Seekor anjing Chihuahua berbulu pendek berkepala epal yang menunjukkan stop jelas

Anjing Chihuahua ialah baka terkecil yang diiktiraf oleh sesetengah kelab kenel.[11] Piawaian baka semasa yang ditakrifkan oleh pejabat pendaftaran menyatakan pengakuran tengkorak "kepala epal" atau "kubah epal".[12] Anjing Chihuahua terdapat dengan hampir semua gabungan warna, daripada padu hingga bertanda atau terpercik.[13] Anjing Chihuahua kubah epal mempunyai mata bulat besar dan telinga tegak besar yang terletak pada tengkorak tinggi yang membulat secara dramatik.[11] Stop adalah cukup jelas sehingga membentuk sudut hampir 90 darjah yang mempertemukan muncung dengan tengkorak.[14] Anjing jenis "rusa" lebih lama, dengan kepala beratas rata, mata merenggang lebih luas, telinga lebih besar, dan tungkai lebih panjang dan lebih langsing, masih boleh didaftarkan, tetapi kepala rusa tidak dianggap sebagai jenis terpisah dalam pertandingan dan penyimpangan anjing kepala rusa daripada piawaian baka dianggap sebagai kecacatan.[12][14]

Piawaian baka untuk anjing ini pada umumnya tidak menyatakan ketinggian; hanya berat dan perihal perkadaran keseluruhannya. Pada umumnya, ketinggiannya berjulat 6–9 in (15–23 cm);[11] walau bagaimanapun, sesetengah anjing membesar setinggi 30–38 cm (12–15 in). Kedua-dua piawaian baka British dan Amerika menyatakan bahawa anjing Chihuahua tidak boleh berukuran lebih berat 5.9 lb (2.7 kg) untuk pengakuran.[11]

Walau bagaimanapun, piawaian British juga menyatakan bahawa berat 4–6 lb (1.8–2.7 kg) lebih diutamakan. Klausa yang menyatakan "jika dua ekor anjing sama-sama baik dari segi jenis, anjing lebih kenit lebih diutamakan" telah dikeluarkan pada tahun 2009.[15] Piawaian Persekutuan Kinologi Antarabangsa mensyaratkan anjing dengan berat unggul 1.5–3 kg (3.3–6.6 lb), walaupun anjing lebih kecil dapat diterima dalam gelanggang pertunjukan.[1][2]

Anjing Chihuahua peliharaan (yang dibiakbakakan atau dibeli sebagai pendamping dan bukannya sebagai anjing pertunjukan) kerap melebihi julat berat ini, malah melebihi 10 lb (4.5 kg), jika ia mempunyai struktur tulang besar atau diizinkan untuk menjadi berat secara berlebihan.[11] Ini tidak bermakna bahawa ia bukan anjing Chihuahuas baka tulen; ia hanya tidak memenuhi syarat untuk memasuki pertunjukan pengakuran. Anjing Chihuahua bersaiz berlebihan terlihat dalam sesetengah susur galur paling baik dan paling teruk. Anjing Chihuahua tidak membiak benar-benar untuk saiz dan anak anjing daripada perinduk sama dapat menjadi matang dengan saiz berlainan secara drastik antara satu sama lain. Juga, betina lebih besar untuk pembiakbakaan kurang berkemungkinan untuk mengalami distosia (persalinan terhalang). Ramai pembiak baka mencuba untuk membiakbakakan anjing Chihuahua sekecil yang mungkin, kerana yang dipasarkan sebagai anjing "cawan teh" atau anjing "cawan teh kenit" menuntut harga lebih tinggi.[16]

Persekutuan Kinologi Antarabangsa, yang mewakili kelab-kelab kenel utama di 84 buah negara, menyingkirkan corak lapis bulu merle, yang kelihatan berbelak.[1][2] Pada Mei 2007, The Kennel Club berkeputusan untuk tidak mendaftarkan anak anjing dengan pewarnaan ini kerana risiko kesihatan yang berkaitan dengan gen bertanggungjawab dan, pada Disember tahun itu, secara rasmi meminda piawaian bakanya untuk menyingkirkan anjing merle.[17]

Seperti banyak anjing kecil lain, anjing Chihuahua mungkin menunjukkan agresi melebihi purata terhadap orang dan anjing lain.[18][19]

Seekor anjing Chihuahua satu mata bersantai di tepi tingkap.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Anjing Chihuahua mempunyai sesetengah kecenderungan genetik terhadap beberapa penyakit neurologi, antaranya ketidakstabilan atlantoaksis, lipofusinosis seroid, kepekakan kongenital, hidrosefalus kongenital, distrofi otot, meningoensefalitis menekrosis, dan distrofi neuroakson;[20]:3[21] ia mempunyai kecenderungan ringan terhadap penyakit jantung kongenital.[22]:478 Dalam sebuah kajian radiografi tentang penyakit periodontium anjing pada tahun 2001, anjing Chihuahua didapati mempunyai insiden paling rendah antara enam baka yang dikaji.[23]:206[24]:532 Kecenderungan terhadap kehelan tempurung lutut medial dipercayai ketara.[25]:46

Sebuah kajian tahun 2018 di Jepun tentang data perkuburan haiwan peliharaan mendapati bahawa anjing Chihuahua mempunyai purata jangka hayat sebanyak 11.8 tahun berbanding dengan 15.1 tahun untuk baka silang dan 13.7 tahun secara keseluruhan.[26] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2022 tentang jangka hayat baka anjing berdasarkan data veterinar menunjukkan bahawa purata jangka hayat ialah 7.91 tahun untuk baka ini berbanding dengan 11.82 tahun untuk baka silang.[27][b] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 11.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[28]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa anjing Chihuahua betina adalah lebih daripada 10.4 kali ganda lebih berkemungkinan untuk mengalami distosia.[29]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ چيواوا; چيواوا; Sepanyol: chihuahueño; chihuahua, es; English: /ɪˈwɑːwə, -wɑː, -ˈw.ə/ ( dengar)[30]
  2. ^ Kajian Jepun menyemak data perkuburan yang kurang berkemungkinan mempunyai sebarang catatan lahir mati dan kematian altrisial manakala klinik veterinar patut mempunyai data tentang ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Estándar-FCI N° 218 CHIHUAHUEÑO" [Piawaian FCI No. 218 Anjing Chihuahua] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Sepanyol). 4 Oktober 2019. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  2. ^ a b c "FCI-Standard N° 218 CHIHUAHUEÑO (Chihuahua)" [Piawaian FCI No. 218 Anjing Chihuahua] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Chris Seidler. 4 Oktober 2019. Dicapai pada 22 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b c Kim Dennis-Bryan (2020 [2012])). The Complete Dog Breed Book (Inggeris), edisi ke-2. London, United Kingdom: Dorling Kindersley. ISBN 9780241412732.
  4. ^ "The 25 Smallest Dog Breeds" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  5. ^ Ní Leathlobhair, Máire; dll. (6 Julai 2018). "The evolutionary history of dogs in the Americas". Science (dalam bahasa Inggeris). 361 (6397): 81–85. Bibcode:2018Sci...361...81N. doi:10.1126/science.aao4776. PMC 7116273. PMID 29976825. S2CID 206663458.
  6. ^ Bergström, Anders; dll. (2020). "Origins and genetic legacy of prehistoric dogs". Science (dalam bahasa Inggeris). 370 (6516): 557–564. doi:10.1126/science.aba9572. PMC 7116352. PMID 33122379. S2CID 225956269.
  7. ^ Pedro Baptista Pino y Juan Lopez Cancelada, Exposición sucinta y sencilla de la Provincia del Nuevo México y otros escritos (Sepanyol). Ed. Jesus Paniagua Perez. Valladolid: Junta de Castilla / León: Universiti León, 2007, hlm. 244: "malah di gurun anjing kenit ini dapat ditemukan, memburu tikus, mencit, dan cicak." Catatan kaki yang menyusul secara tidak langsung menyentuh para konkuistador kebuluran yang dilaporkan memburu dan merendidih anjing itu (Universidad Veracruzana, Arquivo Viejo, XXVI.2711).
  8. ^ "Hernan Cortés: from Second Letter to Charles V, 1520" (dalam bahasa Inggeris). Universiti Fordham. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2014. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  9. ^ Coile, C. (2013). Chihuahuas: Everything about purchase, care, nutrition, behavior, and training (Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: Barron's Educational Series, hlm. 7: "Only in 1904 did the American Kennel Club (AKC) register its first Chihuahua; a total of five were registered that year."
  10. ^ "Chihuahua History: From Aztec Treasure to Popular Companion". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 6 Januari 2022. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  11. ^ a b c d e Charlotte Wilcox (1 April 1999). "Quick Facts". The Chihuahua (dalam bahasa Inggeris). Capstone. m/s. 4–5. ISBN 978-0-7368-0158-4. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  12. ^ a b Walker, Joan Hustace (2006). The Everything Chihuahua Book: A Complete Guide to Raising, Training, And Caring for Your Chihuahua (dalam bahasa Inggeris). Adams Media. m/s. 16–18. ISBN 9781440523687. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  13. ^ American Kennel Club Chihuahua page (Inggeris), dicapai pada 8 Februari 2024.
  14. ^ a b "Official Standard of the Chihuahua" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Februari 2024.
  15. ^ "The Kennel Club". thekennelclub.org.uk (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2017. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  16. ^ Segovia, Stacey Smith (21 Mac 2004). "Runt of the litter". The Leaf Chronicle (dalam bahasa Inggeris). ProQuest 441596979.
  17. ^ "Kennel Club breed standard" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Mei 15, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 3, 2009. Dicapai pada Februari 8, 2024.
  18. ^ Deborah L. Duffy, Yuying Hsu, James A. Serpell (2008). Breed differences in canine aggression (Inggeris). Applied Animal Behaviour Science. 114 (3–4 Disember 2008): 441–460. doi:10.1016/j.applanim.2008.04.006. (langganan diperlukan).
  19. ^ Paul D. McGreevy, Dana Georgevsky, Johanna Carrasco, Michael Valenzuela, Deborah L. Duffy, James A. Serpell (Disember 2013). Dog Behavior Co-Varies with Height, Bodyweight and Skull Shape (Inggeris). PlosOne. doi:10.1371/journal.pone.0080529.
  20. ^ Curtis W. Dewey, Ronaldo C. Da Costa (2016). Signalment and History: The First Considerations (Inggeris). Dalam: Curtis W. Dewey, Ronaldo C. Da Costa (2016). Practical Guide to Canine and Feline Neurology, edisi ke-3. Ames, Iowa, Amerika Syarikat; Chichester, West Sussex, United Kingdom; Oxford, United Kingdom: Wiley Blackwell. ISBN 9781119946113, hlm. 1–8.
  21. ^ Chihuahua (long and smooth coat): Hydrocephalus (Inggeris). Genetic Welfare Problems of Companion Animals. Wheathampstead, Hertfordshire, United Kingdom: The International Animal Welfare Science Society/Universities Federation for Animal Welfare. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  22. ^ P. Oliveira, O. Domenech, J. Silva, S. Vannini, R. Bussadori, C. Bussadori (2011). Retrospective Review of Congenital Heart Disease in 976 Dogs (Inggeris). Journal of Veterinary Internal Medicine. 25: 477–483. doi:10.1111/j.1939-1676.2011.0711.x.
  23. ^ V. Butković, M. Šimpraga, M. Šehić, et al. (2001) Dental diseases of dogs: a retrospective study of radiological data (Inggeris). Acta Veterinaria Brno. 70: 203–208.
  24. ^ C. Wallis, L. J. Holcombe (2020). A review of the frequency and impact of periodontal disease in dogs (Inggeris). Journal of Small Animal Practice. 61: 529–540. doi:10.1111/jsap.13218.
  25. ^ Alex Gough, Alison Thomas (2004). Breed Predispositions to Disease in Dogs and Cats (Inggeris). Oxford, United Kingdom: Blackwell Publishing. ISBN 9781405107488.
  26. ^ INOUE, Mai; KWAN, Nigel C. L.; SUGIURA, Katsuaki (2018). "Estimating the life expectancy of companion dogs in Japan using pet cemetery data". Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 80 (7): 1153–1158. doi:10.1292/jvms.17-0384. ISSN 0916-7250. PMC 6068313. PMID 29798968.
  27. ^ Teng, Kendy Tzu-yun; Brodbelt, Dave C.; Pegram, Camilla; Church, David B.; O’Neill, Dan G. (28 April 2022). "Life tables of annual life expectancy and mortality for companion dogs in the United Kingdom". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 12 (1): 6415. Bibcode:2022NatSR..12.6415T. doi:10.1038/s41598-022-10341-6. ISSN 2045-2322. PMC 9050668 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35484374 Check |pmid= value (bantuan).
  28. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1). doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan).
  29. ^ Packer, Rowena. "New study reveals flat faced dogs have the highest risk when giving birth". Royal Veterinary College (dalam bahasa Inggeris). Universiti London. Dicapai pada 15 Mac 2024.
  30. ^ Wells, John (3 April 2008). Longman Pronunciation Dictionary (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Pearson Longman. ISBN 978-1-4058-8118-0.