Chinta (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Chinta (Siri TV))
Lompat ke: pandu arah, cari
Chinta
Chinta Poster.jpg
Poster Chinta
Ditulis oleh Azlina Pa' wan
Pengarah Mohammed Feroz Abd Kadir
Dibintangi Fasha Sandha
Ady Putra
Azhar Sulaiman
Ezany Nizariff
Faradhiya
Negara asal  Malaysia
Bilangan episod 28
Penerbitan
Penerbit Ahmad Puad Onah
Syarikat penerbitan Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asal TV3
Siaran asal 27 September – 14 November
Kronologi
Mengikuti Epilog Syurga Cinta
Diikuti oleh Seribu Kali Cinta
Pautan luar
TV3 Tapak sesawang rasmi

Chinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang disiarkan di slot Akasia TV3 pada 2010.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama Chinta mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis malang bernama Chinta (Lakonan Fasha Sandha) yang pada awalnya adalah gadis yang baik akhirnya terjebak di dalam kancah pelacuran akibat pelbagai nasib malang yang dialamainya.Chinta dirogol dua kali yang mana kali pertama dia dirogol akibat perbuatan abang kandungnya sendiri (Lakonan Azhar Sulaiman) dan kali kedua dirogol oleh tunangnya sendiri (lakonan Ezany Nizariff) .Akibat pelbagai peristiwa malang tersebut dia tekad untuk lari dari rumah dan menuju ke Kuala Lumpur.Hidup barunya di Kuala Lumpur menemukan dia dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Kisahnya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.

Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonanAdy Putra).Dugaan sentiasa melanda Chinta dalam mencari cintanya.Apabila Chinta mencintai Ammar,Ammar ditembak pula oleh bekas tunang yang berdendam padanya.Osman Qabilah juga meninggal dunia 5 tahun kemudian.Chinta masih lagi mencari cinta yang hilang dalam dirinya.Perkenalan dengan Saadatul Saadah membawa titik perubahan kepada Chinta.Apatah lagi,pertemuan dengan suami Saadatul Rasul Iman yang mempunyai iras Ammar membuatkan hati Chinta bergetar kembali.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu dalam Chinta[sunting | sunting sumber]

  • Khatimah Cinta (lagu tema)- Sixth sense
  • Bukan Segalanya Indah
  • Allahu ya Salam- Opick
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Chinta Berikutnya
Epilog Syurga Cinta (2 Ogos 2010 – 23 September 2010) Seribu Kali Cinta