Chiwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chiwan
Kelahiran
Muhammad Azwan bin Sabri

(1985-08-13) 13 Ogos 1985 (umur 38)
Nama lainChiwan Bangsat, Chiwan ABC
PekerjaanPelawak, pelakon, penyampai radio, usahawan, ahli perniagaan
MajikanStar Media Radio Group (2024-kini)
Ibu bapaSabri (bapa)
Rokiah Salam (ibu)

Muhammad Azwan Sabri atau lebih dikenali sebagai Chiwan (lahir 13 Ogos 1985) adalah merupakan seorang pelawak dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau juga adalah merupakan ahli kumpulan lawak Chilok bersama Achok dan mereka merupakan juara bagi pertandingan terbitan TV3, iaitu Qu Puteh Bintang Mencari Bintang pada tahun 2015. [1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ibu kepada Chiwan, iaitu Rokiah Salam telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 22 Julai 2022 tepat jam 11:05 pagi. Menurut Chiwan, ibunya telah ditidurkan kerana masalah penyakit jangkitan pada paru-paru ibunya sebelum disahkan meninggal dunia. Berita duka itu turut dikongsikan beliau kepada umum melalui aplikasi Instagram. Antara rakan dan artis terdekat yang telah menyampaikan ucapan salam takziah adalah Sharif Zero. [2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2021 Badman Kembali Awesome TV
2023 Bonji TV2

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Roxy Bidin TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Sepahtu Reunion Pelajar Nakal Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Budak Nakal"
2017 Sepahtu Reunion Al-Puasa Pak Mat Artis Jemputan: Episod "Menantu Raya"
2020 The Masked Singer Malaysia (musim 1) Peserta Sebagai maskot Reno
2022 Sepahtu Reunion Al-Puasa Hanif Artis Jemputan: Episod "Setia Antara Kita"
Imran Artis Jemputan: Episod "Sinarnya Ramadan"
Sepahtu Reunion Al-Raya Aiman Artis Jemputan: Episod "Misteri Kem Motivasi"
Gelanggang Awesome Raja Lawak Pengacara Awesome TV mengacara bersama Nizam Jentik-Jentik
2023 Mic On Selebriti (musim 3) Peserta Awesome TV Juara

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
19 Januari 2024 - kini Suria Petang & Hello Suria Suria

Rujukan[sunting | sunting sumber]