Cho Kuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cho Kuk
조국
Menteri Keadilan
Memegang jawatan
9 September 2019
PresidenMoon Jae-in
Didahului olehPark Sang-ki
Setiausaha Kanan kepada Presiden untuk Hal Ehwal Awam
Dalam jawatan
11 Mei 2017 – 26 Julai 2019
PresidenMoon Jae-in
Didahului olehCho Dae-hwan
Digantikan olehKim Joe-won
Butiran peribadi
Lahir (1965-04-06) 6 April 1965 (umur 59)
Daerah Barat, Busan, Korea Selatan
KewarganegaraanKorea Selatan
Parti politikParti Demokratik Bersama
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Demokratik Politik Baru (2014-2015)
PasanganChung Kyung-shim
Anak-anak2
Alma materUniversiti Kebangsaan Seoul
Universiti California, Berkeley
PekerjaanPakar undang-undang, aktivis hak asasi manusia, ahli politik
Tandatangan

Cho Kuk (Bahasa Korea: 조국, lahir 6 April 1965[1]) ialah pakar undang-undang, aktivis hak asasi manusia dan ahli politik Korea Selatan. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Kanan kepada Presiden untuk Hal Ehwal Awam[2] di bawah Kabinet Moon Jae-in dari 2017 hingga 2019. Pada 9 Ogos 2019, Presiden Moon Jae-in melantik beliau sebagai Menteri Keadilan,[3][4] menggantikan Park Sang-ki. Beliau dilantik secara rasmi pada 9 September.[5]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Cho dilahirkan di Daerah Barat di Busan[6][7] pada tahun 1965,[1] sebagai anak lelaki tertua kepada bekas Pengarah Institut Ungdong,[8] Cho Byun-hyun (meninggal dunia pada 2013),[8] dan isterinya dan pengarah semasa iaitu Park Jung-sook.[1][3][9] Beliau pernah bersekolah rendah di Sekolah Rendah Gooduck Busan, lalu pindah ke Seoul dan belajar di Sekolah Menengah Daeshin. Sesudah kembali ke Busan, beliau menuntut di Sekolah Tinggi Hyekwang.[7]

Cho mendapat Ijazah Sarjana Muda Kajian Undang-undang daripada Universiti Kebangsaan Seoul,[7][6][1] dan ijazah sarjana dari Universiti California, Berkeley di Amerika Syarikat.[7][1] Beliau juga seorang ulama melawat di Universiti Oxford[6] dan Universiti Leeds[6] di United Kingdom.

Cho pernah bekerja sebagai pensyarah kajian undang-undang di Universiti Ulsan[6] dari 1992[1] hingga 1994 dan juga dari 1999 hingga 2000,[2] lalu di Universiti Dongguk[6] dari 2000 hingga 2001,[2] dan juga lalu di Universiti Kebangsaan Seoul, di manakah beliau berkelulusan ijazah sarjana muda, dari 2001 hingga 2004.[2] Semasa di Universiti Kebangsaan Seoul, beliau dinaikkan pangkat dari pensyarah ke pensyarah kanan (2004-2009),[2] lalu profesor secara rasmi pada 2009.[2][7][10][11]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Cho berminat dalam politik pada akhir 1980s tatkala menuntut di universiti.[1] Masa itu, beliau seorang ahli Liga Buruh Sosialis Korea Selatan,[1][3] bersama dengan Rhyu Si-min dan Eun Su-mi. Oleh itu, Cho ditahan polis atas pelanggaran Akta Keselamatan Nasional, dan dipilih sebagai tawanan hati nurani oleh Amnesty International.[1] Beliau lalu mengkritikkan Akta Keselamatan Nasional sebagai "anakronistik" di dalam bukunya berjudul Demi Kebebasan Hati Nurani dan Ideologi.[12]

Semenjak 2000-an, Cho menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti berkaitan dengan hak asasi manusia dan demokrasi. Beliau seorang bekas ahli Solidariti Penyertaan,[6][2] Jawatankuasa Penetapan Hukuman di Mahkamah Agung,[13][6] Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan,[6][2] dan lain-lain.

Cho tidak pernah memegang jawatan pilihan rakyat,[1] meskipun bekas Parti Demokratik[14] dan diikuti Parti Bersatu Demokratik[15] cadangkan beliau bertanding sebagai ahli Perhimpunan Kebangsaan di kawasan kedua Bundang.[1] Ada juga penjangkaan bahawa Cho bertanding sebagai Penguasa Pendidikan di Seoul dalam pilihan raya tempatan pada 2014, walaupun beliau menafikannya.[16][1] Beliau tidak bertanding lagi sebagai datuk bandar Busan dalam pilihan raya tempatan pada 2018, biarpun dijangka oleh ramai-ramai.[1]

Setiausaha Kanan kepada Presiden untuk Hal Ehwal Awam, 2017-2019[sunting | sunting sumber]

Cho Kuk pada 2015

Pada 11 Mei 2017, keesokan hari Moon Jae-in bermula jawatan Presidennya, Cho dilantik sebagai Setiausaha Kanan kepada Presiden untuk Hal Ehwal Awam.[17][1] Beliau salah seorang sebagai bukan pendakwa raya memegang jawatan tersebut.[17][18] Beliau berjanji menyiasat Skandal Choi Soon-shil dengan betul.[17] Pernyataan ini dialu-alukan sepenuhnya oleh Parti Nasional,[19] tetapi diselar oleh Parti Korea Kebebasan.[20][9]

Pada 31 Disember 2018, beliau menghadiri Jawatankuasa Pemandu Rumah Perhimpunan Kebangsaan.[1] Kehadiran mengejut ini diviralkan dalam masyarakat Korea Selatan kerana hal yang jarang berlaku sebelum ini.[1] Sebuah berita melaporkan bahawa penyokongan Presiden Moon cenderung setelah peristiwa itu.[21]

Beliau digantikan oleh Kim Joe-won pada 26 Julai 2019.[22]

Menteri Keadilan, 2019-[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Ogos 2019, Cho dilantik sebagai Menteri Keadilan[3][4] menggantikan Park Sang-ki, oleh President Moon. Beliau memetik ungkapan Jeneral Lee Soon-shin dan berjanji reformasi politik.[4] Beliau akan menjawat secara rasmi sesudah pendengaran pengesahan.[3][4]

Beliau dilantik secara rasmi pada 9 September, meskipun terlibat dalam pelbagai kontroversi.[5]

Ideologi[sunting | sunting sumber]

Cho seorang yang liberal,[1] meskipun sering digelar sebagai "sayap kiri" oleh beberapa kuasa konservatif.[23][24][18] Mengenai dengan pemansuhan hukuman mati, beliau berkata, "Saya faham apa yang rakyat inginkan, tapi harus digantikan dengan penjara seumur hidup."[25] Beliau juga berkata, bahawa jenayah pengguguran bayi tidak semestinya menjadi isu berdebat.[26]

Untuk isu yang mengenai Konfederasi Kesatuan Sekerja Korea (KCTU), Cho menyatakan bahawa kerajaan bukan hanya untuk KCTU dan memenuhi permintaan mereka itu "mustahil".[27][28]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Plagiarisme[sunting | sunting sumber]

Cho sering didakwa atas plagiarisme.[1][3][29] Pada Julai 2013, Song Pyung-in daripada Dong-a Ilbo dan penganalisis politik Byun Hui-jae menyatakan bahawa Cho meniru pelbagai tesis sewaktu menuntut di Universiti Kebangsaan Seoul pada 1989.[30][31] Menurutkan kata beliau, menghadapi masalah dengan petikan pada masa itu, walaupun "tak pasti sebab makin lama", tetapi lalu memohon maaf atas kritikan tersebut. Pada 26 Jun 2015, Universiti Kebangsaan Seoul menjawab dengan hal tersebut: beberapa isu ditemui, yang tidak terlalu serius.[32]

Beberapa bulan kemudian, kedua-dua penganalisis politik mengakui lagi yang Cho tetap meniru sewaktu di Berkeley pada 1997.[33][34] Mengenai kali ini, Profesor John Yoo berkata tidak perlu disemak semula,[35] dan Berkeley sendiri pula mengulas yang tiada penjelasan terhadap pendakwaan kedua insan itu.[36]

Kelewatan cukai[sunting | sunting sumber]

Cho juga diselar atas kelewatan cukai berkaitan dengan Institut Ungdong.[1][3] Dilaporkan bahawa beliau dan keluarga tidak membayar kos undang-undang selama 3 tahun.[1] Beliau yang menerima kenyataan itu telah membayar semua.[1][3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Cho mengahwini Chung Kyung-shim, dan dikurniakan 1 anak lelaki dan 1 perempuan.[1] Sukan kegemarannya besbol, dan menjadikan diri sebagai peminat Lotte Giants.[1]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

  • Kod Jenayah Tanpa Kesaksamaan Jantina (1 Mac 2001)
  • Demi Kebebasan Hati Nurani dan Ideologi (30 Ogos 2001)
  • Pelacuran (1 Februari 2004)
  • Peraturan Hearsay bagi Penjelasan Diambil Secara Haram (20 Mac 2005)
  • Tawar-menawar ― Pengenalan Perancangan dan Kajian (2006)
  • Liberal yang Memeriksa Sendiri (24 Mac 2008)
  • Lagu Bonobo (Bagaimana untuk terus hidup sebagai manusia di Korea kapitalis rimba?) (11 Mei 2009)
  • Kita Beritahu Kepadamu, Korea Selatan ― Negaraku (3 Januari 2011)
  • Kenapa aku belajar undang-undang? (15 Jun 2014)
  • Undang-undang Jenayah untuk Kawalan Kendiri (25 Disember 2014)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w "[Who Is ?] 조국 청와대 민정수석". 17 Januari 2019. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  2. ^ a b c d e f g h "조국". Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  3. ^ a b c d e f g h "조국 검증대에… 야당, 54억 재산ㆍ자녀 외고 진학 등 공세 예고". 9 Ogos 2019. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  4. ^ a b c d "조국 또 이순신 언급, "서해맹산의 정신으로 소명 완수"". 9 Ogos 2019. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  5. ^ a b "문 대통령, 조국 후보자 임명... 2시 대국민 메시지 예정". 9 September 2019. Dicapai pada 9 September 2019.
  6. ^ a b c d e f g h i "진보집권플랜: 오연호가 묻고 조국이 답하다". 5 November 2010. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  7. ^ a b c d e "[프로필]조국 청와대 민정수석비서관". 11 Mei 2017. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  8. ^ a b "[부음] 조변현 씨 별세, 조국 조권 씨 부친상". 30 Julai 2013. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  9. ^ a b "웅동학원 비판한 자유한국당, 역풍에 나경원 휘청". 12 Mei 2017. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  10. ^ "조국 "송민순, 전직 장관이 중요 문건 마음대로 공개하는 이유는.."". 21 April 2017. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  11. ^ "조국 "안철수 'MB 아바타'·'갑철수' 정치적으로 최악의 질문"". 24 April 2017. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  12. ^ ""피고 국가보안법의 폐지를 선고합니다" …청년 역할극". 1 Disember 2017. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  13. ^ "대법원, 2기 양형위원회 출범". 7 Mei 2009. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  14. ^ "상품가치 높아지는 조국, 몸 다는 野". 24 Mac 2011. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  15. ^ "[뉴스A]단독/한명숙, 공천심사위원장에 조국 교수 영입 추진". 17 Januari 2012. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  16. ^ "조국 교수, 내년 선거 출마 의사·능력 모두 없다면서…". 28 November 2013. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  17. ^ a b c "靑민정수석에 非검찰 출신 조국 내정..인사수석엔 여성 조현옥". 10 Mei 2017. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  18. ^ a b "[클로즈업] 법무장관 조국, 비(非)검찰 출신의 개혁 사령탑...강남좌파 지적도". 9 Ogos 2019. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  19. ^ "정윤회 문건, 박지원 "백번 천번 옳은 말, '정의로운 수사' 필요해"". 13 Mei 2017. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  20. ^ "자유한국당 "靑민정수석, 정윤회문건 수사 재검토 재고하라". 14 Mei 2017. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  21. ^ "조국 국회출석 통했나? 문 대통령 국정 지지율 반등". 3 Januari 2019. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  22. ^ "조국 후임 김조원 "잘못땐 지적해달라"". 26 Julai 2019. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  23. ^ "[김순덕 칼럼]분당우파 vs 강남좌파". 20 Mac 2011. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  24. ^ "이언주 "조국 나오면 당연히 붙어야...강남 좌파의 시대 끝났다"". 22 April 2019. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  25. ^ "유영철·강호순 등 사형 대기자 61명, 이영학 집행은?". 21 Februari 2018. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  26. ^ "여성 몸 통제하던 '낙태죄', 66년 만에 위헌 결정". 11 April 2019. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  27. ^ "조국 "민주노총만의 정부 아냐…함께 반보 내딛자"". 24 November 2018. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  28. ^ "[월요칼럼] 기득권의 논리에 포획당한 민주주의 /이택광". 26 November 2018. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  29. ^ "조국 지명에 野 반발… "조국 파이터 골라 청문회 투입"". 9 Ogos 2019. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  30. ^ "[송평인 칼럼]조국 교수의 표절". 19 Julai 2013. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  31. ^ "[단독] 조국 교수, 석사논문 표절에 병역문제까지". 13 Julai 2013. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  32. ^ "서울대 "조국 교수 석사논문 연구부정행위 없다"". 26 Jun 2015. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  33. ^ "[송평인 칼럼]'표절 의혹' 조국 박사논문 읽어보니". 7 November 2013. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  34. ^ "[단독] 조국 교수, 전문박사논문도 표절논문". 29 September 2013. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  35. ^ ""버클리대 로스쿨 "조국 교수 논문 찬사" vs 의심 변희재 "재심 요청""". 27 September 2013. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  36. ^ "조국 서울대 교수 박사논문 표절 제보 "근거없다" 결론". 13 November 2013. Dicapai pada 9 Ogos 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Park Sang-ki
Menteri Keadilan
2019-
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Cho Dae-hwan
Setiausaha Kanan kepada Presiden untuk Hal Ehwal Awam
2017-2019
Diikuti oleh:
Kim Joe-hwan