Chomel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chomel
Nama lahirNoorzafirah Binte Abdullah
Kelahiran (1992-08-06) 6 Ogos 1992 (umur 31)
Kediaman Singapura
GenrePop/Balada/Alternativ
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman
Voz Management (Bekas)
MVM Production (Bekas)
Laman sesawang
@Chomel instagram.com @Chomel facebook.com

Noorzafirah Binte Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chomel , adalah penyanyi wanita Malaysia, berasal dari Singapura. Chomel juga mempunyai kelompok penyokong yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia dan Singapura. [1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Chomel atau nama sebenarnya Noorzafirah Binte Abdullah lahir pada 06 Ogos 1992 merupakan anak kedua daripada enam adik beradik dan beliau berasal daripada Singapura. Ibu Bapanya menetap di Malaysia. Beliau tercicir dalam pelajaran pada usia 15 tahun kerana belenggu stres and masalah kekeluargaan.

Pada tahun 2008, klip video pertama nyanyiannya Chomel telah dimuat naikkan ke lelaman web Youtube oleh temannya tanpa pengetahuannya. Nama beliau mula terkenal ramai penggemar muzik Malaysia dan Indonesia setelah lagu "Sejarah Mungkin Berulang" cover nyanyiannya menjadi tular. Bakat beliau telah mendapat perhatian seorang pergiat muzik, Amyr Abdawn dan telah mengundang beliau untuk menyertai sebuah program hiburan radio Go Glam bersama Hafeez Glamour 89.7FM. Chomel juga merakamkan sebuah album berjudul "Teman" hasil syarikat rakaman Nangbotinang Records. Album tersebut mengandungi lagu-lagu berirama jiwang seperti "Ubahlah Sikapmu", "Istana Kenangan", "Dia" dan "Mimpi Indah".

Pada tahun 2014, Chomel ditawar kontrak untuk bernaung dibawah syarikat rakaman MVM Production. Setelah meraih kerjaya penyanyi di bawah label MVM Production dan sehingga artikel ini ditulis beliau sudah mempunyai tiga single iaitu 'Andai Hatiku Bersuara', 'Andai Jodoh' dan 'Tibanya Syawal'. Beliau juga turut mempunyai tiga lagu duet yang berjudul 'Kau Yang Bertanda', 'Resam Percintaan' dan 'Mama'. Beliau berduet dengan Jumali SanoTri yang merupakan penyanyi lelaki di bawah label Voz Management. Antara lagu nyanyian beliau, 'Andai Hatiku Bersuara' telah mendapat sambutan yang hangat di dalam dunia hiburan yang terpegun dek suara merdunya.[2]

Pada tahun 2019, kontrak Chomel di bawah laungan MVM Production tamat dan kini beliau berkerja sama dengan Voz Management. Di bawah syarikat rakaman tersebut, Chomel mempunyai sebuah single "Tiadanya Kamu".

Anugerah dan Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kemuncak kepada kerjaya Chomel adalah apabila beliau dicalonkan dalam dua kategori Anugerah Planet Muzik 2015 yaitu "Artis Paling Popular (Singapura)" dan "Lagu Paling Popular (Singapura)" bersama-sama Aisyah Aziz, Art Fazil, Taufik Batisah dan Sufie Rashid. Chomel tidak meraih kemenangan dalam kedua-dua catergori namun beliau gembira kerana telah mendapat pengalaman darinya. Selain itu, Chomel memenangi tempat kedua di Anugerah K Neway 2015 (AKN2015). Siti Nurhaliza meraih kemenangan tempat pertama ditentukan menerusi undian peminat yang mengundi di laman web.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • 2014: Andai Hatiku Bersuara - MVM Production
  • 2015: Tibanya Syawal - MVM Production
  • 2015: Adakah Kerna Dia - MVM Production
  • 2015: Kau Yang Bertanda - MVM Production
  • 2016: Andai Jodoh - MVM Production
  • 2016: Mama - MVM Production
  • 2016: Resam Percintaan - MVM Production
  • 2019: Tiadanya Kamu - Voz Management

Album[sunting | sunting sumber]

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chomel susuri jalan kenangan bersama peminat. Berita Harian. Dicapai pada 24 April 2018.
  2. ^ Chomel Tetap Wanita. Berita Harian. Dicapai pada 24 Mac 2014.
  3. ^ Lagi anugerah hargai penyanyi Utusan Online. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  4. ^ Chomel - Teman Spotify.
  5. ^ Chomel - Andai Hatiku Bersuara (Official Music Video 720 HD) Lirik HD. MVM MUSIC. Dicapai pada 15 Oct, 2014.
  6. ^ CHOMEL - Tibanya Syawal (versi promo) mp3 Full & Lirik. MVM MUSIC. Dicapai pada 13 Jun, 2015.
  7. ^ Chomel - Adakah Kerna Dia (Official Music Video). MVM MUSIC. Dicapai pada 31 Jul, 2016.
  8. ^ Chomel & Jumali - Kau Yang Bertanda (Official Lyric Video). MVM MUSIC. Dicapai pada 23 Aug, 2015.
  9. ^ Chomel - Andai Jodoh (Official Lyrics Video). MVM MUSIC. Dicapai pada 18 Aug, 2016.
  10. ^ Chomel - Mama (Official Lyrics Video). MVM MUSIC. Dicapai pada 6 Sep, 2016.
  11. ^ Jumali SanoTri & Chomel - Resam Percintaan (Official Music Video). MVM MUSIC. Dicapai pada 17 Feb, 2017.
  12. ^ Chomel - Tiadanya Kamu (Lyrics Video). Exuism. Dicapai pada 25 Mar, 2019.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]