Chong Chieng Jen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Tuan
Chong Chieng Jen
张健仁
Chong Chieng Jen during Malaysian GE 13.jpg
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Memegang jawatan
2 Julai 2018
Raja Muhammad V
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Menteri Saifuddin Nasution Ismail
Didahului oleh Henry Sum Agong
Pemimpin pembangkang Dewan Undangan Negeri Sarawak
Memegang jawatan
10 Jun 2013
Didahului oleh Wong Ho Leng
Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik
Memegang jawatan
16 December 2012
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Sarawak
Memegang jawatan
10 Jun 2013
Didahului oleh Wong Ho Leng
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Stampin
Memegang jawatan
10 Mei 2018
Didahului oleh Julian Tan Kok Ping (en) (DAP-PR)
Majoriti 14,221 (2018)
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Bandar Kuching
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Song Swee Guan (SUPP-BN)
Digantikan oleh Kelvin Yii Lee Wuen (DAP-PH)
Majoriti 2,041 (2004)
9,952 (2008)
19,642 (2013)
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak
untuk Kota Sentosa (en)
Memegang jawatan
20 Mei 2006
Didahului oleh Kawasan pilihan raya ditubuhkan
Majoriti 531 (2006)
4,824 (2011)
2,819 (2016)
Butiran peribadi
Lahir (1971-02-12) 12 Februari 1971 (umur 47)
Kuching, Sarawak, Malaysia
Parti politik Pakatan Harapan Logo.svg Democratic Action Party Flag.svg Pakatan Harapan-DAP
Anak-anak 3 (1L + 2P)
Alma mater Universiti Nasional Australia
Pekerjaan Malaysia Ahli Parlimen
Malaysia Ahli Dewan Undangan Negeri
Peguam
Laman sesawang chiengjen.blogspot.com
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Chong (张).

Chong Chieng Jen, (Bahasa Cina: 张健仁pinyin: Zhāng Jiàn Rén​; lahir 12 Februari 1971), merupakan seorang peguam dan ahli politik Malaysia mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia. Beliau memiliki firma guaman bernama Chong Brothers Advocates. Beliau kini adalah seoarang Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi kawasan Stampin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kerusi kawasan Kota Sentosa (en). Beliau juga merupakan setiausaha agung DAP Sarawak, Ahli Jawatankuasa Kerja bagi DAP Malaysia, Ketua Pemuda Sosialis DAP Sarawak dan ahli seumur hidup DAP semenjak 1998.[1]

Kehidupan peribadi dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Chong memulakan pendidikan sekolah rendah pada awalnya di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Methodist, Sibu sebelum menyambung tahun 3 hingga 5 di Sekolah Rendah Kuching Chung Hua No.3, dan dan kemudiannya tahun 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan St. Theresa Padungan, Kuching. Chong meneruskan pendidikan menengah SMK St. Joseph, Kuching dan Saint Patrick's School, Singapura. Beliau memasuki Victoria Junior College, Singapura untuk persediaan pendidikan tingginya sebelum melanjutkan pelajarannya ke Universiti Nasional Australia, Canberra dan telah berjaya dengan kelulusan Saujana Muda Perdagangan (Akaun & Ekonomi) dan Undang-undang.[1]

Kerjaya Politik[sunting | sunting sumber]

Chong buat kali pertama bertanding di dalam Pilihanraya Umum 1999 bagi kawasan Bandar Kuching atas tiket DAP tetapi tewas kepada calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Song Swee Guan. [2][3] Berikutnya beliau bertanding di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2001 bagi kerusi Padungan kepada Lily Yong, seorang calon SUPP. [4] Walau bagaimanapun, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk Bandar Kuching pada tahun 2004 dengan majoriti 2,041, ADUN Sarawak untuk kerusi Kota Sentosa yang baru diwujudkan pada tahun 2006 dan mempertahankan kerusi parlimennya pada 2008 dengan majoriti yang lebih besar. Sekali lagi, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negerinya dari Datuk Yap Chin Loi dengan majoriti sebanyak 4,824 pada tahun 2011.

Pada 17 Disember 2012, semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-16, Chong adalah antara tujuh pemimpin DAP yang dilantik ke Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).[5]

Pada 5 Mei 2013, beliau bertanding untuk kerusi Parlimen Bandar Kuching untuk kali terakhir dalam pilihan raya umum ke-13 Malaysia dan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti lebih besar iaitu 19,642 undi berbanding Tan Kai.[6]

Pada 7 Mei 2016, semasa pilihan raya negeri Sarawak ke-11, Chong mengekalkan kerusi DUN Kota Sentosa dengan undi majoriti sebanyak 2,819 terhadap Yap Yau Sin.[7]

Pada 12 November 2017, semasa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Chong dilantik semula sebagai salah seorang daripada lima naib pengerusi kebangsaan.[8][9]

Berikutan keputusan Julian Tan Kok Ping untuk bersara daripada politik[10], Chong bertanding di kerusi Parlimen Stampin terhadap Presiden SUPP Sim Kui Hian dalam pilihan raya umum ke-14 Malaysia pada 9 Mei 2018, yang dilihat sebagai 'kelabu' atau kerusi yang tidak selamat selepas penukaran semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.[11] Penasihat khasnya, Kelvin Yii Lee Wuen, bertanding untuk kerusi Bandar Kuching.[12] Chong terus memenangi majoriti sebanyak 14,221 undi.[13][14][15]

Pada 2 Julai 2018, Chong mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.[16]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Chong Chieng Jen di Facebook

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "DAP Candidate's CV – Chong Chieng Jen". Democratic Action Party. Dicapai 16 August 2010. 
  2. ^ "DAP blames defeat on its alliance with the Pas". New Straits Times. 1999-12-01. m/s. 4. 
  3. ^ "DAP and Keadilan tussle over Stampin, Bandar Kuching seats". New Straits Times. 1999-11-13. m/s. 8. 
  4. ^ "Sarawak State Election: The candidates". New Straits Times. 2001-09-19. m/s. 6. 
  5. ^ "Appointment is first step to penetrate Dayak areas: Anthony". The Sun Daily. 17 December 2012. 
  6. ^ http://www.theborneopost.com/2017/09/16/tan-kai-says-better-to-be-pol-sec-than-election-candidate/
  7. ^ http://www.thesundaily.my/news/1793366
  8. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/11/12/dap-re-election-kok-wai-elected-national-chairman-gobind-deputy/
  9. ^ https://www.nst.com.my/news/politics/2017/11/302404/dap-cec-re-election-kit-siang-comes-out-top-gobind-runner
  10. ^ http://www.theborneopost.com/2017/09/06/julian-not-defending-stampin-in-parliamentary-polls-chong/
  11. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/04/23/chong-chieng-jen-to-contest-stampin-parliamentary-seat/
  12. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/04/14/chong-to-leave-safe-bandar-kuching-for-grey-stampin/
  13. ^ http://www.thesundaily.my/news/2018/05/10/chong-wins-stampin-seat-14221-vote-majority
  14. ^ http://www.bernama.com/state-news/berita.php?id=1462796
  15. ^ http://www.frontdesk.com.my/index.php/2018/05/09/ge14-official-sarawak-p196-stampin-chong-chieng-jen-wins/
  16. ^ http://www.theborneopost.com/2018/07/02/cabinet-malaysia-2018/