Choong Ewe Beng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eddy Choong
Maklumat peribadi
Nama kelahiranChoong Ewe Beng
NegaraMalaya
Malaysia
Lahir(1930-05-29)29 Mei 1930
Pulau Pinang, British Malaya (kini Malaysia)
Mati28 Januari 2013(2013-01-28) (umur 82)
George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Tinggi1.62 m (5 ka 4 in)
AcaraPerseorangan lelaki, beregu lelaki & campuran
Rekod pingat

Datuk Choong Ewe Beng, DSPN (29 Mei 1930 – 28 Januari 2013)[1] juga dikenali sebagai Eddy Choong merupakan pemain badminton Malaysia dan adik kepada David Choong dan pernah bergandingan bersama menerusi beregu lelaki.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Ewe Beng, juga dikenali sebagai Eddy, merupakan seorang berketurunan Cina Malaysia yang dilahirkan pada 29 Mei 1930. Beliau merupakan anak lelaki ketiga dari keluarga yang kaya di Pulau Pinang. Bapa beliau merupakan Datuk Choong Eng Hai dan ibu beliau merupakan Datin Ho Guat Im.

Choong mendapat pendidikan awal di Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan perubatan di England pada tahun 1950-an.

Beliau telah memenangi pelbagai gelaran kebangsaan dan antarabangsa sepanjang 1949 sehingga 1966. Beliau banyak memenangi ketika bergandingan bersama abangnya, David Choong, dan sepupunya, Amy Choong.

Choong pernah memenangi perseorang lelaki menerusi Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England sebnayak empat kali dari 1953 sehingga 1957.[2] Beliau merupakan ahli pasukan lelaki Tanah Melayu dalam Piala Thomas yang telah memenangi kejuaraan pada tahun 1955 sebelum kalah kepada pasukan Indonesia pada tahun 1958. [3]

Pada 1959, Choong mengahwini Maggie Thean Sun Lin dan telah dikurniakan 4 orang anak lelaki – Finn, Lionel, Antonio dan Jorgen. Choong telah meninggal dunia pada 28 Januari 2013 di usia 82 tahun.[4][5]

Isu perkauman[sunting | sunting sumber]

Eddy juga merupakan penganjur yang kuat dalam kesaksamaan kaum. Sebahagiannya disebabkan oleh pengalaman silam sewaktu zaman kanak-kanaknya, beliau amat sensitif terhadap isu perkauman. Eddy menyaksikan persembahannya dalam badminton sebagai cara menunjukkan bahawa semua kaum boleh sama-sama baik dalam sukan.[6]

Pada acara All England 1956, beliau enggan menghadiri majlis makan malam perayaan tradisional kerana beliau merasakan penganjur melayannya dengan tidak adil kerana diskriminasi kaum. Pada kesempatan yang lain, Jørn Skaarup dari Denmark menyerahkan perlawanan kepada Choong di mana beliau merasakan rakyat Malaysia diperlakukan tidak adil. Skaarup memperoleh penghormatan dan persahabatan Choong dengan permainannya yang adil.[6]

Persaraan[sunting | sunting sumber]

Eddy menetap di Pulau Pinang untuk bersara. Selepas menamatkan kerjayanya sebagai pemain badminton, beliau membela anjing dan berlumba kereta pantas dan go-kart. Beliau merupakan pemandu yang baik dan membina nama dalam perlumbaan motor selepas memenangi banyak gelaran dari 1967 hingga 1982. Eddy juga merupakan pengerusi Kumpulan Hock Hin Bersaudara yang merupakan perniagaan keluarganya dalam pembangunan hartanah dan perumahan. Tambahan pula, Eddy terlibat di peringkat tinggi dalam persatuan kennel di Malaysia.

Pada tahun 1995, Eddy menjadi naib presiden Persatuan Badminton Pulau Pinang dan pengerusi Persatuan Teknikal Persatuan Badminton Malaysia. Beliau menumpukan perhatian pada pembangunan badminton di Pulau Pinang. Choong menggunakan wang sendiri untuk menukarkan kilang keluarga kepada stadium badminton dalaman pertama di Pulau Pinang. Beliau kemudian melaburkan RM 1.5 juta untuk membina Dewan Badminton Antarabangsa Pulau Pinang. Ia dibuka pada tahun 1992.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Acara Tarikh Kejohanan
Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England
1 Men's singles
Beregu lelaki
1953, 1954, 1956, 1957
1951, 1952, 1953
Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England
2 Men's singles
Men's doubles
1952, 1955
1954, 1955, 1957
Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England
Kejohanan Terbuka
1 Perseorangan lelaki
Beregu lelaki
Beregu campuran
1953
1953
1953
Terbuka Denmark
1 Perseorangan lelaki
Beregu lelaki
Beregu campuran
1954, 1955, 1957
1955, 1957
1957
Terbuka Belanda
1 Perseorangan lelaki
Beregu lelaki
Beregu campuran
1952, 1953
1952, 1953
1951, 1952, 1953
Terbuka Perancis
1 Perseorangan lelaki
Beregu campuran
1955, 1956, 1957
1955, 1957
Terbuka Jerman
1 Perseorangan lelaki
Beregu lelaki
Beregu campuran
1951, 1952, 1953, 1957
1952, 1953
1951, 1953
Antarabangsa Ireland
1 Perseorangan lelaki
Beregu lelaki
Beregu campuran
1957, 1960
1966
1949, 1963
Terbuka Malaysia
1 Perseorangan lelaki
Beregu campuran
1954
1954
Antarabangsa Norway
1 Perseorangan lelaki
Beregu campuran
1951, 1953, 1957
1951, 1952, 1953, 1957
Terbuka Scotland
1 Beregu lelaki 1966 Terbuka Singapura
1 Perseorangan lelaki 1954 Terbuka A.S.
1 Perseorangan lelaki
Beregu campuran
1950, 1951, 1952, 1953, 1954, 1956
1950, 1954
Antarabangsa Wimbledon

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Eddy Choong (1930-2013): Why he was a badminton legend Says.com (29 Januari 2013). Diperoleh pada 29 Januari 2013.
  2. ^ Herbert Scheele ed., The International Badminton Federation Handbook for 1971 (Canterbury, Kent, England: J. A. Jennings Ltd., 1971) 163.
  3. ^ Scheele, 75, 76, 84.
  4. ^ Badminton great Choong dies at 82 The Star Online (29 Januari 2013). Diperoleh pada 29 Januari 2013.
  5. ^ Mohd Firdaus Ismail (28 Januari 2013). Legenda badminton Eddy Choong meninggal dunia Utusan Malaysia. Diperoleh pada 19 Oktober 2013.
  6. ^ a b http://bwfmuseum.isida.pro/library/profiles/news-317-11/

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Eddy Choong - MSN Encarta( Diarkibkan 2009-11-02 di Wayback Machine 2009-10-31)
  • Eddy Choong, Fred Brundle: Badminton. Foyles Handbooks, London, Foyle, 1955
  • Eddy Choong, Fred Brundle: The Phoenix Book of Badminton – Its history, the development of the shuttlecock, the diversity of style and tactics, and the badminton world of today, London, Phoenix Sports Books, 1956

Pautan luar[sunting | sunting sumber]