Chow Kit (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini adalah mengenai filem Chow Kit. Untuk bandar di Kuala Lumpur, sila lihat Chow Kit.
Chow Kit
Chow Kit.jpeg
Poster keluaran tayangan
PengarahRosihan Zain
Brandon Lee
PenerbitTengku Iesta Tengku Alaudin
PenulisShahazril Hamzah
Eenaz Mokhtar
Dibintangi olehBeto Kusyairy
Dira Abu Zahar
Syarikat
penerbitan
Lightbulb Pictures
PengedarGrand Brilliance Sdn Bhd
Mula ditayangkan
3 Mei 2012
Tempoh tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 0.45 juta

Chow Kit[1] merupakan sebuah filem aksi Malaysia tahun 2012 yang diarahkan oleh Rosihan Zain dan Brandon Lee terbitan Grand Brilliance, ia dibintangi oleh Beto Kusyairy, Dira Abu Zahar, Airis Yasmin, Lana Nordin dan Nam Ron, filem yang ditayangkan pada 3 Mei 2012 ini berdasarkan daripada kisah benar tentang sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di lorong Chow Kit.[2] Filem ini mempunyai dua cerita yang berbeza tetapi latar belakang yang sama, treler rasmi filem ini telah dimuatnaik oleh Grand Brilliance di akaun YouTube rasmi mereka pada 2 Mac 2012.[3]

Plot[sunting | sunting sumber]

Chow Kit mengisahkan sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Tetapi apabila Tika dirogol, mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian jikalau tidak, banyak lagi nyawa yang akan terkorban.

Sementara itu, seorang bekas ahli kongsi Chow Kit yang baru dibebaskan dari penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun dia terjebak semula ke dalam kehidupan silamnya dan bersetuju untuk menjalankan satu tugasan terakhir.

Tetapi apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara, dia mesti berusaha untuk memperbetulkan keadaan jikalau tidak, kebebasan yang baru dikecapi akan hilang begitu sahaja.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Chow Kit ditayangkan pada 3 Mei 2012 di 60 pawagam di seluruh negara. Ia merupakan kegagalan komersial, hanya mampu meraih kutipan sebanyak RM45 ribu semasa tayangannya.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013[6] Penyuntingan Terbaik Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Lana Nordin Dicalonkan
Kostum/Busana Terbaik Mohammad Afizal Mohamed Aris Dicalonkan
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Muhammad Izzam Shafiq Dicalonkan
Nadzirah Rosi Dicalonkan
Anugerah Skrin 2012 Pelakon Lelaki Terbaik Filem Beto Kusyairy Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Lana Nordin Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jom tengok filem Chow Kit". Utusan Malaysia. 6 Mei 2012. Dicapai 2012-05-07. 
  2. ^ "Cerita Kehidupan Chow Kit Difilemkan". Sensasi Selebriti. Dicapai 2017-02-08. 
  3. ^ "Chow Kit Official Trailer (3 Mei 2012)". YouTube. Dicapai 2017-02-08. 
  4. ^ "Chow Kit di mata Keto". Kosmo!. 28 April 2012. Dicapai 2012-05-07. 
  5. ^ Budiey (28 April 2012). "Filem CHOW KIT Lahir Bintang Baru Mohamad Izzam Syafiq". Sensasi Selebriti. Dicapai 2012-05-07. 
  6. ^ http://perangfilem1.blogspot.com/2013/03/wakil-malaysia-di-aiffa-2013.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]