Christian Broadcasting Network

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Christian Broadcasting Network
JenisRangkaian televisyen agama/syarikat penerbitan
Negara
Amerika Syarikat
Ketersediaanantarabangsa; sesetengah rancangan dibawa oleh Trinity Broadcasting Network, FamilyNet, LeSEA, dan TCT, dan juga melalui pensindiketan
Ditubuhkan1960; 64 tahun yang lalu (1960)
oleh Pat Robertson
Ibu pejabatVirginia Beach, Virginia
PemilikThe Christian Broadcasting Network, Inc.
Orang penting
Gordon P. Robertson (CEO)
Rob Allman (pengarah berita)[1]
Tarikh pelancaran
1961; 63 tahun yang lalu (1961)
Ahli gabungan lama
CBN Satellite Service (1977–1981)
Laman sesawang
cbn.com

Christian Broadcasting Network (CBN) ialah syarikat penerbitan dan rangkaian televisyen evangelik Kristian konservatif Amerika Syarikat. Diasaskan oleh televangelis Pat Robertson, ibu pejabat dan studio utamanya terletak di Virginia Beach, Virginia, Amerika Syarikat. CBN telah dianggap sebagai "kubu perang budaya sejak rangkaian diperkenalkan pada 1960an."[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

CBN ditubuhkan pada tahun 1960 di Portsmouth, Virginia oleh Pat Robertson, yang ketika itu baru saja menjadi orang Kristian yang "dilahirkan kembali".[2] Pada akhir 1961, ia mula menyiarkan kandungan agama, didanai oleh sumbangan-sumbangan kecil dari individu dan gereja tempatan.[2] Salah satu acara siri syarikat ialah The 700 Club, yang mengandungi pelbagai rancangan agama, menyampaikan khutbah, wawancara, dan muzik agama (seperti nyanyian pujian dan gospel). [2] Nama tersebut mengacu pada gerakan penggalangan dana di mana Robertson berjaya mencapai 700 penonton yang bersedia menyumbang $10 sebulan untuk mempertahankan kewujudan stesen ini.[2] The 700 Club ialah rancangan yang disiarkan paling lama dalam format aneka, yang telah berjaya digunakan dalam siaran keagamaan sejak saat itu. Pada awalnya berfokus pada kandungan renungan, The 700 Club menjadi politik pada akhir 1970-an dengan tambahan segmen berita.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rob Allman's LinkedIn profile". LinkedIn. Dicapai pada January 2, 2014.
  2. ^ a b c d e f "Understanding the Christian Broadcasting Network, the force behind the latest pro-Trump TV newscast". Vox. Dicapai pada January 13, 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]