Christie's

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Christie's ialah sebuah syarikat seni dan syarikat lelongan seni halus. Pada masa ini, Christie's merupakan syarikat lelong seni yang terbesar di dunia, dengan jualan sebanyak $3.5 bilion dolar Amerika pada setengah pertama tahun 2012. Jumlah ini merupakan jumlah tuntas yang tertinggi dalam sejarah pasaran seni dalam sejarah.[1]

Dokumentasi rasmi syarikat menyatakan bahawa pengasasnya, James Christie, membuat lelongan pertamanya di London, England pada 5 Disember 1766,[2] dan katalog lelong terawal yang masih kekal dengan syarikat ini bertarikh Disember 1766. Walau bagaimanapun, sumber-sumber lain menyatakan bahawa Christie menyewa bilik lelong bermula dari tahun 1762. Iklan surat khabar Christie's dalam tahun 1759 juga dapat dikesan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Crow, Kelly. "Art Sales: A Study in Contrasts", The Wall Street Journal. Dicapai pada 17 Julai 2012.
  2. ^ "Christies.com – About Us". Dicapai pada 3 Disember 2008. James Christie conducted the first sale in London on 5 December 1766. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ {{Gazetteer and London Daily Advertiser (London, England), Sabtu, 25 September 1762; Isu 10460}}

Kategori:Syarikat lelong


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.