Pergi ke kandungan

Christina Liew Chin Jin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Christina Liew)
Christina Liew Chin Jin
刘静芝
Menteri
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah
Menyandang jawatan
11 Januari 2023
Ketua MenteriHajiji Noor
Didahului oleh Jafry Ariffin
Dalam jawatan
16 Mei 2018  30 Julai 2020
Ketua MenteriMohd Shafie Apdal
Didahului oleh Masidi Manjun
Digantikan oleh Jafry Ariffin
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Api-Api
Menyandang jawatan
6 Mei 2013
Didahului oleh Yee Moh Chai
Majoriti795 (2013)
2,954 (2018)
5,347 (2020)
Naib Presiden Pakatan Harapan
Menyandang jawatan
11 September 2017
Pengerusi Pakatan Harapan Sabah
Dalam jawatan
11 September 2017  1 Disember 2024
Digantikan olehEwon Benedick
Ketua PKR Cabang Kota Kinabalu
Menyandang jawatan
2022
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sabah
Dalam jawatan
2 Oktober 2016  2022
Didahului olehLajim Ukin
Digantikan olehSangkar Rasam
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Tawau, Sabah
Dalam jawatan
16 Julai 2018  10 Oktober 2022
Didahului oleh Mary Yap Kain Ching
Digantikan oleh Lo Su Fui
Majoriti4,727 (PRU-14)
Timbalan Ketua Menteri Sabah [1]
Dalam jawatan
bersama
Wilfred Madius Tangau
Jaujan Sambakong
16 Mei 2018  30 Julai 2020
GabenorJuhar Mahiruddin
Ketua MenteriMohd Shafie Apdal
Digantikan olehBung Moktar Radin
Jeffrey Kitingan
Maklumat peribadi
Lahir (1952-09-14) 14 September 1952 (umur 73)
British Hong Kong
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
PasanganKurnadi Hadikusomo
Tempat belajarBond University, Gold Coast, Australia
Bidang pengkhususanPeguam

YB Datuk Seri Panglima Christina Liew Chin Jin (lahir 14 September 1952) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Pelancongan Sabah dan ADUN Api-Api. Di peringkat parti beliau ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR (dilantik), Pengerusi Biro Politik PKR Sabah dan Ketua PKR Cabang Kota Kinabalu.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Christina dilahirkan di Hong Kong British sebagai anak daripada ibu bapa Cina Hakka. Ibu bapanya berhijrah ke Tawau di bawah Jajahan Mahkota Borneo Utara ketika beliau berusia beberapa bulan.[2] Christina berkahwin dengan orang Cina Indonesia berketurunan Hokkien yang berhijrah ke Amerika Syarikat tetapi sering merantau untuk tinggal bersamanya dan anak-anak mereka.[2][3]

Kontroversi dan kritikan

[sunting | sunting sumber]

Christina mendapat kritikan daripada penduduk Tawau selaku Ahli Parlimen Tawau kerana dilihat kurang mengambil kisah berkenaan nasib penduduk Tawau. Menurut wakil penduduk, Christina didakwa jarang datang ke Tawau, dan dikatakan hanya pernah dilihat turun padang ketika pilihan raya negeri Sabah pada 2020.[4] Ketika meletusnya sebuah protes di Kampung Muhibbah Raya, Tawau pada April 2021 susulan tekanan penduduk akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, Christina dikutuk oleh pihak pemuda PKR Sabah kerana menunda pemberian bantuan makanan selama 'seminggu dua' selepas protes tersebut.[5] Pada Pilihan raya umum Malaysia 2022, beliau akhirnya telah dikalahkan di Parlimen Tawau oleh calon muda dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Tuan Lo Su Fui dengan menggunakan tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pada tahun 2014, Christina adalah salah satu daripada tiga orang yang diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada Borneo Samudera Sdn Bhd (BSSB) kerana mendorong peserta Skim Pekebun Kecil Bahagak secara salah untuk melanggar perjanjian usaha sama mereka (JVA) dengan BSSB.[6]

Sokongan Terhadap Hajiji

[sunting | sunting sumber]

Pada 6hb Januari 2023, Pengerusi UMNO Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah dan ADUN Lamag bersama beberapa ADUN UMNO yang lain telah menarik sokongan terhadap Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Hal ini disebabkan, tindakan beliau dan kesemua ADUN BERSATU telah keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN). Walau bagaimanapun terdapat beberapa ADUN UMNO yang bertindak kekal menyokong Hajiji seperti Shahelmey Yahya, James Ratib, Mohd Arsad Bistari, Jasnih Daya dan Yusof Yacob serta Andi Muhammad Suryady Bandy dan Harun Durabi.

Christina Liew sebagai Pengerusi PH Sabah telah membawa 7 ADUN PH iaitu 4 DAP, 2 PKR dan 1 UPKO untuk menyokong Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Tindakan 7 ADUN UMNO kekal menyokong Hajiji dengan sokongan 7 ADUN PH telah menyebabkan Hajiji memperoleh majoriti mudah untuk terus kekal sebagai KM Sabah.

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim merestui Hajiji Noor untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi juga turun ke Sabah mengiringi PM bagi membincangkan hal ini dan mencadangkan agar sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk di Sabah.

Walau bagaimanapun, berlaku rombakan kabinet Sabah yang mana Bung Moktar Radin telah digugurkan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerja Raya Sabah. Beliau telah digantikan oleh Shahelmey Yahya yang juga Ahli Parlimen Putatan. Beberapa ADUN UMNO yang berkhidmat sebagai Pembantu Menteri juga digugurkan.

Kesan daripada sokongan ADUN PH, Christina Liew (PKR) dan Phoong Jin Zhe (DAP) masing-masing dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Sabah dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah. Tan Lee Fatt (DAP) dilantik sebagai Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Peto Galim (PKR) dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian Sabah.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia[7][8]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1986 P151 Tawau Christina Liew (PBS) 4,814 27.12% Samson Chin Chee Tsu (DAP) 8,277 46.62% 17,923 3,463 63.12%
Abdul Ghapur Salleh (Bebas) 4,663 26.26%
2002 P150 Gaya Christina Liew (KeADILan) 2,613 11.89% Liew Teck Chan (SAPP) 15,639 71.19% 22,100 11,923 44.71%
Hiew King Cheu (DAP) 3,716 16.92%
2004 P172 Kota Kinabalu Christina Liew (PKR) 3,492 14.15% Yee Moh Chai (PBS) 15,993 64.82% 25,078 10,806 58.16%
Hiew King Cheu (DAP) 5,187 20.68%
2008 Christina Liew (PKR) 9,358 33.93% Hiew King Cheu (DAP) 9,464 34.31% 27,909 106 64.09%
Chin Tek Ming (PBS) 8,420 30.53%
Kong Yu Kiong (Bebas) 341 1.24%
2018 P190 Tawau Christina Liew (PKR) 21,400 50.05% Yap Kain Ching (PBS) 16,673 39.00% 43,734 4,727 73.20%
Mohamad Husain (PAS) 2,518 5.89%
Alizaman Jijurahman (PHRS) 2,162 5.06%
2022 Christina Liew (PKR) 16,065 31.69% Lo Su Fui (PBS) 19,865 39.19% 50,687 3,800 57.94%
Chin Ket Chuin (WARISAN) 11,263 22.22%
Mohd Salleh Bacho (Bebas) 1,776 3.50%
Herman Amdas (PEJUANG) 1,067 2.11%
Chin Chee Syn (Bebas) 651 1.28%
Dewan Undangan Negeri Sabah[9]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2001 N13 Likas Christina Liew (KeADILan) 1,724 12.54% Yong Teck Lee (SAPP) 9,758 70.97% 13,872 7,541 53.0%
Chong Eng Leong (PBS) 2,217 16.12%
Joshua Kong Yun Chee (Bebas) 50 0.36%
2004 N16 Luyang Christina Liew (PKR) 3,711 37.69% Melanie Chia Chui Ket (SAPP) 5,965 60.58% 9,846 2,254 59.42%
2008 N15 Api-Api Christina Liew (PKR) 3,245 48.69% Yee Moh Chai (PBS) 3,419 51.31% 6,832 174 63.41%
2013 Christina Liew (PKR) 5,853 49.64% Yee Moh Chai (PBS) 5,058 42.90% 12,099 795 80.20%
Wong Yit Ming (SAPP) 713 6.05%
Felix Chong Kat Fah (STAR) 152 1.29%
Marcel Jude Ms Joseph (Bebas) 14 0.12%
2018 Christina Liew (PKR) 8,174 57.04% Yee Moh Chai (PBS) 5,220 36.43% 14,729 2,954 76.40%
Lim Kat Chung (SAPP) 598 4.17%
Len Lip Fong (ANAK NEGERI) 244 1.70%
Chan Chee Ching (Bebas) 94 0.66%
2020 N20 Api-Api Christina Liew (PKR) 7,796 67.80% Yee Moh Chai (PBS) 2,449 21.29% 11,499 5,347 60.05%
Pang Yuk Ming (PCS) 431 3.75%
Chin Su Phin (LDP) 317 2.76%
Lo Yau Foh (PPRS) 280 2.43%
Chong Tze Kiun (PGRS) 97 0.84%
Sim Sie Hong (Bebas) 72 0.63%
Ng Chun Sua (Bebas) 41 0.36%
Marcel Jude (Bebas) 16 0.14%
  1. Profil Timbalan Ketua Menteri Sabah
  2. 1 2 "Liew demands apology from NGO Sec". Daily Express. 21 Jun 2013. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  3. Murib Morpi (20 Jun 2013). "RCI member shoots down claim Christina Liew an Indonesian". The Borneo Post. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  4. "MP Tawau: Lagi seminggu dua saya balik beri bantuan makanan". Malaysiakini. 25 April 2021. Dicapai pada 26 April 2021.
  5. "Pemimpin AMK Sabah bidas MP Tawau isu bantuan diberi 'lagi seminggu dua'". Malaysiakini. 25 April 2021. Dicapai pada 25 April 2021.
  6. "Liew to pay record RM557mil" (dalam bahasa Inggeris). Daily Express. 26 Oktober 2014. Dicapai pada 18 Mei 2018. In the suit, BSSB as plaintiff had named Siti Rahfizah Mihaldin as first defendant, Samsuri Baharudin as second defendant and opposition PKR's Api Api Assemblywoman Christina Liew as the third defendant.
  7. "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 18 Mei 2018. Peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  8. "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2018. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  9. "N53 Senallang". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-16. Dicapai pada 30 Mei 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]