Christopher Fernando

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Christopher Fernando

Christopher Fernando merupakan peguam terkenal di Malaysia. Namanya popular ketika menjadi peguam bela Anwar Ibrahim pada 2001 dalam kes sodom dan salahguna kuasa. Beliau adalah bekas Presiden Mahkamah Sesyen sebelum membuka syarikat guaman sendiri di Seremban.

Beliau berkahwin dengan Maria Kamarudin iaitu kakak kepada Datuk Suhaimi Kamaruddin , bekas Ketua Pemuda UMNO. Mereka mempunyai dua anak iaitu Marissa dan Rina . Adik Christopher Fernando ialah Shahreen Kamalludin. Beliau turut mempunyai dua orang cucu.

Beliau telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Aris Rizal Fernando Abdullah . Pada hari Ahad , 20 Januari 2008, beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara kerana serangan jantung. Jenazah beliau dibawa ke Jalan Titiwangsa dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Titiwangsa.