Chua Tuah Soon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Chua Tuah Soon (Bahasa Cina: 蔡大孫pinyin: Cài Dà​​ Sūn​​) adalah seorang Kapitan Cina yang dilantik oleh kerajaan negeri Johor melalui sistem Kangcu di Muar pada akhir abad ke-19 yang berasal dari Daya (Tuogeh), Shantou, Chaozhou, Chaoshan, Guangdong, China. Beliau telah banyak berjasa dan menyumbang bukan sahaja masyarakat peneroka dan penghijrah Cina terutama yang berloghat Teochew tetapi juga kepada pembangunan serta pembukaan daerah dan bandar Muar melalui sistem Kangchu.[1]

Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan ramai pembesar-pembesar Melayu tempatan di Muar khasnya dan Johor amnya seperti Dato' Bentara Luar Muhamad Salleh bin Perang dan pemerintah negeri Johor seperti Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan penggantinya, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim. Sumbangan beliau telah diakui dan diiktiraf oleh Sultan Abu Bakar yang telah mengurniakan beliau Darjah Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang membawa gelaran Dato'.[2]. Beliau telah membuka pelabuhan Muar serta banyak lagi kemudahan asas lain seperti pasar ikan Muar di mana beliau telah membawa masuk ramai pendatang berketurunan suku keluarga Chua dari loghat Teochew. Hasil daripada usaha beliau ini masih berkekalan sehingga kini di mana masih lagi ramai peniaga dan pekerja yang berkecimpung di dalam bidang perniagaan perikanan di pasar awam Muar adalah majoritinya adalah daripada berketurunan suku keluarga Chua dari loghat Teochew.

Rujukan dan nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chaozhoulese pioneers at Johor and Muar in Malaysia, Bab 18". Universiti Shantou. 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-03. Dicapai pada 2010-04-11.
  2. ^ "Prominent Person of Chua Clan of Muar". Chua Clan Chiyang Association Muar (teks Bahasa Cina). 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-20. Dicapai pada 2010-04-11.