Chungha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kim Chung-ha
Chungha at Clinique Event on June 11, 2019 02.png
Chungha pada bulan Jun 2019
Nama asal김찬미
KelahiranKim Chan-mi
(1996-02-09) 9 Februari 1996 (umur 23)
Seoul, Korea Selatan
Nama lain
  • Kim Chung-ha
  • Annie Kim
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penari
  • DJ radio
Kerjaya muzik
GenreK-pop
InstrumenVokal
Tahun aktif2016–sekarang
Syarikat rakaman
MNH Entertainment
(2016–sekarang)
YMC Entertainment
(2016–2017)
Kegiatan berkaitan
I.O.I
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanGim Cheong-ha
McCune–ReischauerKim Ch'ŏngha

Kim Chan-mi (lahir 9 Februari 1996), lebih dikenali dengan nama pentas beliau, Chungha, ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau menduduki tempat ke–4 di dalam Produce 101 dan merupakan bekas ahli kumpulan I.O.I.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Kim Chung-ha lahir dengan nama Kim Chan-mi pada 9 Februari 1996 di Korea Selatan. Beliau menetap di Dallas, Texas, Amerika Syarikat selama lapan tahun sebelum kembali ke Korea Selatan untuk menjadi seorang penyanyi. Beliau fasih berbahasa Inggeris dan Korea.[1] Beliau menjalani ujibakat untuk YG Entertainment dan merupakan bekas pelatih JYP Entertainment sebelum menyertai M&H Entertainment pada tahun 2016.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2016: Produce 101 dan I.O.I[sunting | sunting sumber]

Chungha membuat persembahan bersama I.O.I pada 2016.

Pada bulan Januari, Kim mewakili M&H Entertainment di dalam rancangan realiti kumpulan wanita, Produce 101. Beliau menduduki tempat ke–4 dengan 403,633 undi dan membuat kemunculan pertama bersama I.O.I pada 4 Mei menerusi album mini Chrysalis.[3]

Pada 10 Jun, YMC Entertainment mendedahkan Kim sebagai salah seorang daripada tujuh ahli kumpulan unit I.O.I untuk mempromosi lagu Whatta Man semasa musim panas tahun 2016.[4] Ia telah didedahkan bahawa tiga pasukan telah dihubungi untuk membuat koreografi lagu ini tetapi koreografi Kim telah dipilih kerana ia dianggap paling berkualiti.[5] Lagu ini mencapai kejayaan komersial dengan menduduki tempat ke–2 di dalam Carta Digital Gaon.

Pada 30 Jun, Kim telah didedahkan akan membuat penampilan kameo di dalam drama Entourage bersama ahli I.O.I, Lim Na-young.[6] Pada 24 Julai, Kim telah didedahkan sebagai ahli rancangan tarian, Hit The Stage.[7] Pada 17 Ogos, Kim telah diumumkan akan berkolaborasi bersama ahli I.O.I, Choi Yoo-jung dan Jeon So-mi serta ahli DIA, Ki Hui-hyeon untuk lagu "Flower, Wind and You" yang diterbitkan oleh Boi B.[8]

Pada 21 Disember, M&H Entertainment mengesahkan bahawa Kim akan membuat debut sebagai artis solo pada awal tahun 2017 selepas selesai promosi I.O.I.[9] Pada 23 Disember, Kim berkolaborasi bersama Heo Jung-eun dan Ooon dari HALO untuk lagu "Snow In This Year" yang ditampilkan di dalam drama My Fair Lady.[10]

2017: Debut solo dengan Hands on Me[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Januari, Kim telah dipilih untuk menjadi pengacara rancangan EBS, Ah! Sunday - A Running Miracle. Pada 21 April, Kim mengeluarkan lagu pra-debut bertajuk "Week" di dalam akaun Youtube M&H Entertainment.[11] Pada 7 Jun, Kim mengeluarkan album mini pertamanya bertajuk Hands on Me bersama lagu utama, "Why Don’t You Know".[12] Pada 17 Julai, Kim telah didedahkan akan muncul di dalam album Samuel Kim bertajuk Sixteen menerusi lagu "With U".[13]

Pada 24 Ogos, Kim telah didedahkan akan muncul di dalam lagu Babylon bertajuk LaLaLa.[14] Lagu ini dikeluarkan pada 31 Ogos. Kim kemudiannya mengambil alih tugas sebagai DJ bermula 3 September untuk program radio EBS, Listen.[15] Pada 19 September, Kim telah diumumkan akan menjadi pengacara rancangan Please Take Care of My Vanity bersama Leeteuk dari Super Junior dan Han Chae-young.[16]

Pada 22 November, episod pertama rancangan realiti beliau, "Chung Ha's Free Month" dikeluarkan di Youtube dan NaverTV.[17]

2018: Offset, dan Blooming Blue[sunting | sunting sumber]

Chungha mengeluarkan album mini kedua beliau bertajuk Offset pada 17 Januari 2018. Album mini ini mengandungi lima buah lagu termasuk lagu utama, "Roller Coaster".[18]

Pada 26 Jun, MNH Entertainment mengesahkan bahawa Chungha akan kembali pada 18 Julai bersama album mini ketiga beliau bertajuk Blooming Blue.[19] Chungha became the ambassador for the Seoul International Architecture Film Festival in October of the same year.[20] Ia diumumkan pada 8 Ogos bahawa dia akan menyertai kumpulan projek yang terdiri daripada Seulgi Red Velvet, Soyeon (G) I-dle dan SinB GFriend dipanggil SM Station X 0 untuk album projek SM Entertainment. Mereka mengeluarkan single "Wow Thing" pada 28 September.[21] Chungha bekerjasama dengan Yesung Super Junior dengan lagu, "Whatcha Doin'", dengan video muzik yang dikeluarkan pada 16 Disember.

2019–sekarang: XII dan Flourishing[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Januari 2019, Chungha telah mengeluarkan album single, XII, dengan lagu "Gotta Go".[22] Pada 9 Januari, dia memenangi trofi program muzik pertama di MBC Music Show Champion .[23] Chungha telah berkolaborasi dengan ahli VIXX iaitu Ravi untuk single "Live", yang dikeluarkan pada 18 Februari 2019.[24]

Chungha dijangka mengeluarkan album mini keempatnya Flourishing pada 24 Jun 2019.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi Chungha
  • Hands on Me (2017)
  • Offset (2018)
  • Blooming Blue (2018)
  • Flourishing (2019)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Peranan Nota Ref.
2016 Entourage tvN Kameo Episod 1 bersama Lim Na-young [25]
2017 Idol Drama Operation Team KBS Kameo Episod 5, 6
2018 YG Future Strategy Office Netflix Kameo Episod 4 [26]
Top Management YouTube Premium Kameo Episode 14 [27]

Rancangan TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Nota
2016 Produce 101 Mnet Peserta
2017 Please Take Care of My Vanity FashionN Pengacara
Chung Ha's Free Month Dokumentari
2018 Real Life Men and Women MBN

Rancangan radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Nota
2017 Listen EBS DJ

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Choi, R. (5 Ogos 2016). "I.O.I's Kim Chungha Amazes Fans With Her Native English Skills". Soompi. Dicapai 30 Jun 2017. 
  2. ^ elliefilet (3 Mei 2017). "Kim Chung Ha talks about her journey from JYPE trainee to IOI and solo debut". Allkpop. Dicapai 30 Jun 2017. 
  3. ^ Jeon Su-mi (4 Mei 2016). "I.O.I Debuts and Releases ′Dream Girls′ MV". mwave.interest.me. Dicapai 2 Jun 2017. 
  4. ^ Park, Hyun-min (10 Jun 2016). "아이오아이, 첫 유닛 확정…'전소미부터 김소혜'[공식입장]". Naver (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai 11 Jun 2016. 
  5. ^ Kim, Ye-na (1 Ogos 2016). "[단독] '역시 춤꾼'…I.O.I 청하, 유닛 타이틀곡 안무 짰다". Naver (dalam bahasa Korea). TV Report. Dicapai 22 Ogos 2016. 
  6. ^ yckim124 (30 Jun 2016). "IOI's Lim Na Young and Kim Chung Ha to cameo on upcoming tvN drama 'Entourage'". Allkpop. Dicapai 23 Disember 2016. 
  7. ^ yckim124 (23 Julai 2016). "More idol contestants to join the dance battle on 'Hit the Stage'". Allkpop. Dicapai 23 Disember 2016. 
  8. ^ Choi, R (17 Ogos 2016). "Members From I.O.I And DIA To Collaborate With Single Produced By Boi.B". Soompi. Dicapai 8 Januari 2017. 
  9. ^ yckim124 (20 Disember 2016). "IOI's Kim Chung Ha to make her solo debut in 2017!". Allkpop. Dicapai 23 Disember 2016. 
  10. ^ beansss (23 Disember 2016). "IOI's Kim Chung Ha and HALO's OOON to feature in actress Heo Jung Eun's OST for 'Oh My Geum Bi'". Allkpop. Dicapai 23 Disember 2016. 
  11. ^ "I.O.I 김청하, EBS '아! 일요일-기적의 달리기' MC 발탁". Naver (dalam bahasa Korea). 10 Januari 2017. Dicapai 10 Januari 2017. 
  12. ^ "I.O.I 첫 솔로, 청하 'Why Dont You Know'" (dalam bahasa Korea). KBS News. 7 Jun 2017. Dicapai 7 Jun 2017. 
  13. ^ jennywill (17 Julai 2017). "'Produce 101's Samuel Kim drops tracklist + cover image | allkpop.com". allkpop. Dicapai 18 Julai 2017. 
  14. ^ "베이빌론, 31일 신곡 'LaLaLa' 발표..청하 피처링". Naver (dalam bahasa Korea). 24 Ogos 2017. Dicapai 1 September 2017. 
  15. ^ jennywill (30 Ogos 2017). "Kim Chung Ha lands role as radio DJ!". Allkpop. Dicapai 1 September 2017. 
  16. ^ "청하, '화장대를 부탁해3' MC 발탁…데뷔 첫 뷰티쇼(공식)". Naver (dalam bahasa Korea). 19 September 2017. Dicapai 19 September 2017. 
  17. ^ "청하, 오늘(8일) 생애 첫 단독 리얼리티 '청하의 프리먼스' 촬영". Naver (dalam bahasa Korea). 8 November 2017. Dicapai 11 November 2017. 
  18. ^ Hong, Dam-young (18 Januari 2018). "Chungha rides love's 'Roller Coaster' in new single". kpopherald.com. Dicapai 16 Mac 2018. 
  19. ^ "[단독]청하, 내달 18일 컴백 확정…차세대 여성 솔로 아티스트의 귀환". Naver (dalam bahasa Korea). 26 Jun 2018. Dicapai 26 Jun 2018. 
  20. ^ Bae, Hyo-joo (October 10, 2018). "청하, 서울국제건축영화제 홍보대사 "소임 다할 것"(공식입장)". Newsen (dalam bahasa Korean). Dicapai December 14, 2018. 
  21. ^ "'SM 스테이션영의 프로젝트 걸그룹은 '슬기 X 신비 X 청하 X 소연'?". SportsKhan. 2018-08-08. 
  22. ^ "청하 '벌써 12시' 뮤비 티저 영상 공개 '몽환적이면서도 신비로운 분위기' 팬들 기대감↑". Naver (dalam bahasa korean). December 29, 2018. Dicapai December 29, 2018. 
  23. ^ "[종합] '쇼챔피언' 청하, 컴백 동시에 1위…에이핑크, 려욱 등 ★ 컴백러쉬". www.xportsnews.com (dalam bahasa Korea). January 9, 2019. Dicapai January 9, 2019. 
  24. ^ "빅스 라비 신곡 'live' 오늘(18일) 공개 … 청하 피처링 참여". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). February 18, 2019. Dicapai February 18, 2019. 
  25. ^ Kim, Kyeong-bin (June 30, 2016). "tvN '안투라지' 아이오아이부터 하정우까지…역대급 카메오 10인". Insight Korea (dalam bahasa Korean). Dicapai December 14, 2018. 
  26. ^ "'YG전자' 승리가 이끈 YG 셀프디스, B급유머 폭발..박봄·남태현 등장(종합)[Oh!쎈 리뷰]". OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai 2018-10-05. 
  27. ^ [Ep 14 Highlight] Yunwoo on backstage with Chungha. YouTube (dalam bahasa Korea). Top Management. Dicapai January 18, 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]