Cicakman 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cicakman 3
Cicakman3ms.jpg
Pengarah Yusry Abdul Halim
Ghaz Abu Bakar
Penerbit Norman Abdul Halim
Tengku Iesta Tengku Alaudin
Gayari Su-Lin Pillai
Dibintangi oleh Zizan Razak
Lisa Surihani
Fizz Fairuz
Bell Ngasari
Rykarl Iskandar
Adam Corrie
Syarikat
produksi
Pengedar TGV Cinemas
Mula ditayangkan
12 Mac 2015
Tempoh tayangan
128 minit
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 3.5 Juta[1]
Box office RM 2.53 Juta[2]

Cicakman 3 ialah sebuah filem aksi adiwira Malaysia 2015 dan merupakan kesinambungan untuk filem Cicak-Man dan Cicakman 2 - Planet Hitam. Filem ini diarahkan bersama-sama oleh Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta diterbitkan oleh KRU Studios[3]. Watak utama filem ini dilakoni oleh Zizan Razak yang menggantikan Saiful Apek. Filem ini mengisahkan Man (Zizan Razak), seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda (Lisa Surihani). Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak yang mana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro. Filem ini telah ditayangkan pada 12 Mac 2015.

Filem ini telah memenangi satu daripada empat pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 melalui Yusry Abdul Halim (Kesan Visual Khas Terbaik).

Plot[sunting | sunting sumber]

Selepas 7 tahun daripada peristiwa Cicakman 2 - Planet Hitam, Cicakman, bekas superhero Metrofulus telah hilang (khabar angin mengatakan Cicakman telah mati atau telah bersara). Sepanjang kehilangannya, superhero baru yang dikenali sebagai Super Bro telah muncul dan menjadi super hero baru Metrofulus.

Sekumpulan pengganas Mak Nyah cuba mencuri prototaip alat senjata baharu Tentera Metrofulus sebelum cubaan mereka digagalkan oleh Super Bro (Yus Jambu). Man (Zizan Razak), di ambang perceraian dengan isterinya, Linda (Lisa Surihani), berebut hak penjagaan anak mereka, Boboy (Reyqal). Inspektor Adam (Fizz Fairuz) pula merupakan kawan lama Linda dan adik kepada Komisioner Kahar (Rashidi Ishak).

Man tinggal di rumah rakannya, Jojo (Bell Ngasari). Pada satu malam, dia menjumpai lambang Cicakman yang asalnya diletakkan di parung Cicakman. Man meletakkan lambang terebut di tempat sepatutnya sebelum tindakannya itu menemukannya dengan sebuah kotak peninggalan Cicakman sebelumnya, Hairi. Man pulang ke rumah dan berbual dengan seorang gadis. Gadis itu kemudian telah diganggu oleh geng motosikal manakala Man berlari masuk ke dalam rumahnya. Man membuka kotak itu dan mendapati dia telah dipilih sebagai Cicakman yang baru. Man memakai pakaian Cicakman, dan dengan penuh keyakinan, dia pergi ke bawah untuk menghentikan serangan itu.

Gadis itu terus diganggu, dan untuk tempoh masa yang panjang. Gadis itu hampir diperkosa sebelum Cicakman mucul. Cicakman melawan samseng tetapi gagal kerana dia masih belum menemui potensi sebenar. Di dalam kotak itu terkandung serum yang memberi dia kupayaan seperti Cicakman. Bermula dari saat itu, barulah dia berjaya mencari potensi sebenarnya. Dia secara beransur-ansur memperoleh keupayaannya dengan lidah, bergerak laju dalam pertempuran, memanjat dinding dan sebagainya. Setelah itu, Cicakman sekali lagi bertemu dengan samseng yang menganggu gadis itu dan mengalahkan mereka.

Perjuangan Man mempertahankan rumah tangganya, pencerobohan Adam, dan usaha untuk menyelamatkan keretapi yang dirampas oleh sekumpulan samseng, gagal kerana Super Bro campur tangan. Orang ramai tidak lagi peduli dengan usaha Cicakman untuk menyelamatkan keadaan dan lebih mengagumi Super Bro. Cicakman kemudiannya telah dibelasah oleh Super Bro.

Terdapat satu ketika, Man campur tangan dengan kerja baru Linda sebagai penyanyi di bar tempatan (yang disediakan oleh Adam), dan menjumpai folder dalam darah yang mengandungi gambar Adam dan seorang lelaki tertentu.

Apabila Man pulang ke rumah, dia mendapati Jojo telah diliwat oleh Super Bro. Kesannya, Jojo mulai trauma apabila mendengar nama Super Bro.

Keesokan harinya, Man yang sepatutnya melihat hari sukan anaknya, terserempak dengan samseng yang cuba merampas keretapi tempoh hari. Dia menyiasat sebuah trak yang mencurigakan di bar di mana Linda menyanyi. Sebagai Cicakman, dia mengejar trak itu, tetapi telah ditembak di dadanya. Di sinilah Cicakman memperoleh potensi sepenuhnya penjanaan diri. Lalu dia pergi ke tempat hari sukan, tetapi lewat dan cuba untuk menjelaskan kepada Linda mengapa dia terlepas hari sukan anaknya itu. Pada masa yang sama, Adam mengancam Boboy jika dia mencuri dengar.

Pada ketika ini, Man, dengan rasa putus asa, telah membuang dan membakar sut Cicakman. Ketika dia berjalan berhampiran dengan dinding, dia melihat sebuah poster dikehendaki daripada orang yang sama dalam gambar dengan Adam. Menyedari Adam ialah penjenayah, Man mengeluarkannya kembali pakaiannya yang dibakar.

Linda ketika sedang dibawa oleh Inspektor Adam pulang ke rumah.

Cicakman membuktikan dirinya seorang wira yang mampu dengan menghantar gambar Adam dan pemimpin gangster itu kepada polis.

Adam membawa Linda kepada acara pra-jubli mana dia akan menyanyi. Adam meluahkan rasa cintanya dan niatnya untuk mengahwini Linda, tetapi dia bertindak ganas apabila lamarannya ditolak. Dia mengikat Lisa dan Boboy sebelum mencabar Cicakman untuk berlawan buat kali terakhir.

Cicakman datang untuk menyelamatkan Lisa dan Boboy. Ketika bertempur, Super Bro tertembak Roda Ferris. Penghuni Roda Ferris itu mendapat masalah dan Cicakman berjaya menyelamatkan mereka. Super Bro kemudiannya menembak sebuah stroller bayi. Jadi Cicakman menyelamatkan bayi itu. Cicakman, yang cedera akibat letupan stroller itu, dibelasah habis-habisan oleh Super Bro. Tetapi disebabkan oleh kuasa penjanaan semula beliau, Cicakman hanya perlu bertahan sehingga bateri Super Bro habis. Cicakman berjaya mengalahkan Super Bro yang kehabisan bateri dengan menendang dia ke dalam laut. Penjahat itu bangkit semula, tetapi dia mendapat kejutan elektrik dan akhirnya meletup.

Cicakman diberi pingat dan patung penghargaan baru oleh Datuk Bandar (Sathia) untuk keberaniannya. Man mendedahkan identiti sebenarnya untuk membuktikan betapa dia berjaya menjadi seorang bapa dan suami yang bertanggungjawab.


Pelakon[sunting | sunting sumber]

Zizan Razak menggantikan Saiful Apek sebagai Cicakman di dalam filem ini.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah kembali kepada formula asal filem Cicakman iaitu komedi dengan disulami elemen kekeluargaan.[4]Walaubagaimanapun, filem ini bukan filem kesinambungan dua filem sebelumnya mahupun reboot kerana berkisarkan watak serta jalan cerita yang berbeza secara keseluruhannya.[5] Teraju utama bagi dua filem sebelum ini iaitu Saiful Apek dan Fasha Sandha telah dibersarakan dan digantikan oleh Zizan Razak dan Lisa Surihani.[6][7]Zizan Razak sangat teruja untuk menggalas tanggungjawab sebagai Cicakman dan mengulas ianya sebagai "satu peluang yang tidak dapat dilepaskan". Filem ini merupakan filem pertama Lisa Surihani di bawah arahan suaminya, Yusry Abdul Halim.[8]

Filem ini telah menjalani pengambaraan di Kolej Segi, Kuala Lumpur dan Johor Bahru serta memakan masa selama 44 hari. Filem ini merupakan yang pertama dalam trilogi ini yang menampilkan arahan bersama Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta hasil terbitan tiga syarikat produksi, KRU Studios, Astro Shaw dan Grand Brilliance.[9] Nama-nama tempat di dalam filem ini mendapat inspirasi daripada filem P. Ramlee seperti nama negeri Isketambola dalam filem Tiga Abdul.[10]

Kostum bagi filem ini merupakan yang paling mahal berbanding dua filem sebelumnya dengan harga mencecah RM 100 ribu serta memakan belanja terbesar dalam produksi filem ini. Sut kostum Cicak Man dan Super Bro, masing-masing dihasilkan lebih daripada satu dengan antara salah satu kostum Cicak Man digunakan untuk adegan terbakar. Kostum Super Bro pula dihasilkan lengkap dengan sistem teknologi, menjadikannya lebih mahal daripada kostum Cicak Man. Fizz Fairuz mengakui kesukarannya untuk memakai kostum Super Bro. “Proses memakainya saja sudah rumit. Itu belum lagi ketika berlakon dan melakukan pergerakan. Memang saya tidak selesa, lebih-lebih lagi terpaksa memakainya selama tiga jam dalam sehari”. [11]

Kostum Cicakman telah dikritik oleh peminat kerana kelihatan kurang kemas dan terlalu ringkas.[12] Pengarah filem, Yusry Abdul Halim, walau bagaimanapun menjelaskan kostum tersebut memang direka sedemikian agar kelihatan lebih realistik dengan jalan cerita di mana kostum tersebut dibeli oleh Man (Zizan Razak) dari kedai kostum.[13]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Meneruskan tradisi filem ini, penaja bagi filem ketiga Cicak Man ialah Kit Kat.[14] Makanan ini dijadikan snek kegemaran bagi Boboy (Rykarl) dan Man (Zizan Razak).

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Tayangan perdana trailer filem ini telah dilakukan di Paviliion, Kuala Lumpur pada 28 Januari 2015.[15][16][17][18] Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di Cathay Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara pada 3 Mac 2015. Filem ini ditayangkan kepada umum pada 12 Mac 2015.[19]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Filem ini berjaya mengutip RM 1 Juta dalam tempoh empat hari tayangan. Selepas 10 hari, filem ini berjaya mengutip RM 2.5 Juta.[20]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

"Adiwira"
Single oleh Zizan Razak feat. KRU
Dikeluarkan pada 2014
Dirakam pada 2014
Genre Hip hop, Pop
Panjang 3:36 minit
Syarikat KRU Studios
Penulis KRU
Penerbit KRU Studios

Lagu tema rasmi filem ini ialah Adiwira hasil nyanyian Zizan Razak dan KRU.[21]

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Anugerah Lawak Warna 2015[22] Filem Komedi Terbaik Norman Abdul Halim Dicalonkan
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Azizah Mahzan Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-28 Kesan Visual Khas Terbaik Yusry Abdul Halim Menang
Busana Terbaik Hasnan Yaacob Dicalonkan
Lagu Tema Asal Terbaik Edry Abdul Halim Dicalonkan
Pelakon Kanak-kanak Terbaik Rayqal Dicalonkan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rizki, Ridhatul (4 Mac 2015). "'Cicakman 3' Telan Belanja RM3.5 Juta". extra Tonton. Dicapai pada 2015-11-29. 
  2. ^ "Cicakman 3 kutip RM2.5 juta 10 hari tayangan". Harian Metro. 24 Mac 2015. Dicapai pada 29 November 2015. 
  3. ^ Uyop, Umaira (9 Disember 2014). "'Sneak Peek' filem Cicakman 3". Astro Awani. Dicapai pada 29 November 2015. 
  4. ^ "Elemen komedi masih gah". Harian Metro. 26 Mac 2015. Dicapai pada 29 November 2015. 
  5. ^ Razak, Akmaliah (7 Februari 2015). "Cicakman 3 janji lebih mantap". Sinar Harian. 
  6. ^ "Cicak Man 3 Tonjol Kelainan — Gandingkan Lisa Surihani Dan Zizan Razak". Rotikaya.com. 26 Julai 2013. Dicapai pada 2015-11-29. 
  7. ^ "Pertaruhan bakat Zizan, Lisa, Fizz". KOSMO!. Dicapai pada 29 November 2015. 
  8. ^ Karim, Haryati. "Cicakman 3 penuh konflik". KOSMO!. Dicapai pada 29 November 2015. 
  9. ^ Shamsuddin, Rudy Imran (1 Mac 2015). "Cicakman 3: 2 pengarah, 3 studio". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2015. 
  10. ^ "Maaf jika senyap". Utusan Malaysia. 3 Februari 2015. Dicapai pada 29 November 2015. 
  11. ^ Baharom, Norhiadiani (6 Mac 2015). "Cicakman 3: Kostum paling mahal". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2015. 
  12. ^ "Kostum Cicakman 3 Nampak Tidak Sepadan Dengan Watak?". Beautifulnara.com. 5 Mac 2015. Dicapai pada 2015-11-29. 
  13. ^ Amry, Syanty Octavia (30 Januari 2015). "Cicakman3 bakal menggegar". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2015. 
  14. ^ Yusup, Nor Eryani. "Cicak Man 3 versi Zizan Razak, Lisa Surihani". KOSMO!. Dicapai pada 29 November 2015. 
  15. ^ (Inggeris)Yeoh, Angelin (29 Januari 2015). "Baby joy for Lisa Surihani". The Star. Dicapai pada 29 November 2015. 
  16. ^ (Inggeris)"Lisa Surihani is pregnant with her first child". Astro Awani. 28 Januari 2015. Dicapai pada 29 November 2015. 
  17. ^ Mustaza, Aqmar (1 Februari 2015). "Cicakman 3: Lisa, Zizan kembali bersatu". Sinar Harian. Dicapai pada 29 November 2015. 
  18. ^ (Inggeris)Brown, Todd (8 Disember 2014). "Malaysia's Lizard Powered Hero Returns In CICAKMAN 3 Teaser". Twitchfilm.com. Dicapai pada 2015-11-29. 
  19. ^ Othman, Kemalia (5 Mac 2015). "Kostum Cicakman 3 Kurang Padan Untuk Nampak Realistik". mStar. Dicapai pada 29 November 2015. 
  20. ^ "Filem Cicakman 3 Kutip RM2.5 Juta Dalam Tempoh 10 Hari Tayangan". Beautifulnara.com. 24 Mac 2015. Dicapai pada 2015-11-29. 
  21. ^ "Adiwira Lagu Tema Cicakman 3, Gabung KRU & Zizan Razak". astrogempak.com.my. Dicapai pada 2016-05-10. 
  22. ^ Azizi, Mohd Al Qayum (11 Julai 2015). "Filem 'Gila Baby' Ungguli Pencalonan Anugerah Lawak Warna 2015". mStar. Dicapai pada 29 November 2015. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]