Pergi ke kandungan

Cicero Moraes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cicero Moraes

Cícero Moraes (lahir 13 November 1982) ialah seorang pereka dan penyelidik 3D dari Brazil yang diiktiraf secara antarabangsa atas kerjanya dalam rekonstruksi wajah forensik, rekonstruksi digital wajah tokoh sejarah dan agama, serta reka bentuk prostesis cetak 3D untuk manusia dan haiwan.[1]

Beliau bertanggung jawab untuk merekonstruksi wajah pelbagai tokoh agama dan sejarah seperti Saint Valentine, Saint Anthony of Padua, Woman of Naharon[2] and Lord of Sipán.[3]

Di dalam bidang veterinar, beliau mereka bentuk secara digital dan membuat model prostetik untuk pelbagai haiwan, termasuk anjing, angsa, burung toucan, makaw[4] dan kura-kura.[5]

Di Malaysia, beliau telah bekerjasama dengan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) dalam projek rekonstruksi wajah Perak Man (rangka berusia 11,000 tahun) pada 2021[6] dan Penang Woman (rangka wanita berusia sekitar 5,700 tahun dari tapak Neolitik Guar Kepah) pada 2022.[7]