Cik Cinderella dan Encik Tengku (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cik Cinderella dan Encik Tengku
Umum
PengarangAirisz
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta
Penerbitan
PenerbitKarya Seni
Tarikh penerbitan
2014
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman475
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670883151

Cik Cinderella dan Encik Tengku ialah novel 2014 oleh penulis novel Malaysia, Airisz. Novel ini diterbitkan pada tahun 2014 oleh Karya Seni. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2015.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam! Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.

Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…

Dan dia hantar SMS…

Babe (Dia panggil aku babe.)

Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)

Lunch sama (Dia ajak.)

Okey (Aku nak.)

Kat mana (Dia tanya.)

Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.)

Okey cantikkk… (Dia setuju.)

Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.

Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Cik Cinderella dan Encik Tengku dikeluarkan pada 2014 oleh Karya Seni. Pada tahun 2015, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Lestary bermula 16 Disember di TV3, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Zahirah MacWilson.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cik Cinderella dan Encik Tengku by Airisz Goodreads. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  2. ^ Sinopsis drama Cik Cinderella dan Encik Tengku Sensasi Selebriti (9 Disember 2015). Dicapai pada 9 Disember 2015.
  3. ^ Cik Cinderella dan Encik Tengku My Info Taip (23 Disember 2015). Dicapai pada 23 Disember 2015.