Cik Serba Tahu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cik Serba Tahu
GenreDrama, cinta
Ditulis olehShida Zali
PengarahShuhaimi Zulkefli
Dibintangi oleh
Remy Ishak
Sari Yanti
Zairulkefli Husin (Zarul Umbrella)
Iedil Putra
Nadia Brian
Dynas Mokhtar
Ilya Buang
Lagu pembukaan"Cinta Apa Adanya" - Tasha Manshahar
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifDato' Sadupal Singh
Vareen Kaur
PenerbitDato' Sri Jaspal S. Korotana
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Astro Ria HD (Slot MegaDrama)
Siaran asal27 Mac 2017 – 21 April 2017
Kronologi
MengikutiDia Bidadariku
Diikuti olehHikayat Cinta Si Pematah Hati

Cik Serba Tahu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Shuhaimi Zulkefli terbitan Orangetee Productions yang diadaptasi daripada novel tajuk sama karya Syamnuriezmil. Dibintangi oleh Remy Ishak dan Sari Yanti, siri ini disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 27 Mac 2017, menggantikan Dia Bidadariku dan berakhir pada 21 April 2017.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Berbagai usaha yang dilakukan oleh Carl Adham untuk memikat hati Aerna, namun Aerna sukar menerima cinta dari Carl Adham sedangkan mereka baharu sahaja berkenalan. Memandangkan Carl dengan tiba-tiba mengajak Aerna bertunang kemudian bernikah.

Rakan-rakan sekerja di pejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, ayahnya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Ayah Aerna nekad untuk mempercepatkan perkahwinan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna terbuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan ayahnya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh ayahnya?

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Cik Serba Tahu ialah drama kedua arahan Suhaimi selepas Imam MudaKu Romantik. Pengarahnya juga memberitahu drama ini agak sukar dihasilkan memandangkan jalan cerita dari novelnya yang agak pendek untuk disesuaikan dengan drama berepisod, sehingga mengambil masa hampir dua bulan bagi menyiapkan skripnya.[1] Namun, beliau sangat berpuas hati dengan pelakon utamanya, Remy Ishak yang membawa watak sebagai Carl Adham.[1]

Menurut Zarul, walaupun ini ialah lakonannya yang kedua,[2] dan penampilan sulungnya dalam drama berepisod panjang,[3] namun dia telah berjaya mendapat pujian banyak pihak.[2] Beliau juga mengakui dunia lakonan lebih mencabar berbanding nyanyian.[3] Begitu juga Syazuwan yang menganggap watak Ridzuan sebagai lelaki psiko yang dipegangnya adalah sangat "memenatkan".[4]

Sari Yanti membawakan watak utama sebagai Aerna bagi menggantikan Mira Filzah yang menarik diri pada saat-saat akhir,[1] disebabkan jadual penggambarannya yang bertindan dengan beberapa program lain.[5]

Penggambaran drama ini dijalankan bermula Januari sehingga Februari 2017 di sekitar Kuala Lumpur.[6]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

No. TajukArtis Masa
1. "Cinta Apa Adanya"  Tasha Manshahar --
2. "Iya Iya"  Eleena Haris --
3. "Segalanya"  Haqiem Rusli --
4. "Ini Yang Ku Mahu"  Ernie Zakri --
5. "Setiaku"  Hez Hazmi --
6. "Bukan Aku"  Tasha Manshahar --
7. "Linangan Terakhir"  Forteen --
8. "My Crush"  Hashtag --
9. "Seindah Mimpi"  Jaclyn Victor --
10. "Semua Untuk Cinta"  Indah Ruhaila --
11. "Tanda Tanya"  Aishah Aziz --
12. "Di Amarah Mama"  Hazama --
13. "Istana"  Nina Nadira --
14. "Bohong"  Firman --
15. "Pencuri Hati"  Ayda Jebat --
16. "Jangan Pernah"  Zarul --
17. "Terakhir"  Sufian Suhaimi --
Jumlah masa:
-:--

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Simpan rahsia anak majikan". Harian Metro. 16 Mac 2017. Dicapai 2 Mei 2018. 
  2. ^ a b "Lakonan Dapat Pujian". Mstar. 18 April 2017. Dicapai 2 Mei 2018. 
  3. ^ a b "Zarul tak serik berlakon". Utusan Online. 15 April 2017. Dicapai 2 Mei 2018. 
  4. ^ "Syazuwan mahu jadi pelakon serba boleh". Berita Harian. 4 Mac 2017. Dicapai 2 Mei 2018. 
  5. ^ Kemalia Othman (4 Januari 2017). "Mira Filzah Kesal Terpaksa Tarik Diri Dalam 'Cik Serba Tahu'". Mstar. Dicapai 2 Mei 2018. 
  6. ^ "Zarul Seronok berlakon". Utara News. 5 Januari 2017. Dicapai 2 Mei 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

: Slot MegaDrama, Setiap Isnin - Khamis , 10:00 Malam
Sebelumnya Cik Serba Tahu Berikutnya
Dia Bidadariku Hikayat Cinta Si Pematah Hati