Pergi ke kandungan

Cikgu Sulizi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cikgu Sulizi
Kelahiran
Sulizi bin Che Awang

(1968-03-29) 29 Mac 1968 (umur 57)
Kampung Besar, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, guru sekolah, pensyarah,
Tahun aktif1984 - kini
Terkenal keranaTukang karut dikir barat

Cikgu Sulizi (lahir Sulizi bin Che Awang; 29 Mac 1968) merupakan seorang penyanyi dikir barat.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Cikgu Sulizi dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan dan dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai bakat dalam seni hiburan. Datuknya pernah menjadi peniup serunai bersama kumpulan wayang kulit Dollah Baju Merah, manakala ayahnya pula menjadi tukang karut dalam seni dikir barat dengan gelaran Che Awang Anak Ular.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau mula mendapat pendidikan awal di SK Sepulau di Pasir Puteh pada tahun 1981, seterusnya meneruskan persekolahan pada peringkat menengah di SMK Semerak dan SMK Hamzah di Machang.

Beliau menyambung pelajarannya ke peringkat tinggi di:

Cikgu Sulizi memulakan kerjayanya sebagai guru setiausaha sukan di SMK Kuala Besut, Besut pada tahun 1994, dan kemudiannya bertukar ke SMK Tengku Mahmud 2 pada tahun 1999, sebagai guru penolong kanan kokurikulum. Sejak 2008, beliau bertugas sebagai Pensyarah Kokurikulum di Unit Kokurikulum IPG Kampus Sultan Mizan, Besut.

Dikir barat

[sunting | sunting sumber]

Cikgu Sulizi mula menceburi dalam dikir barat sejak beliau berada di sekolah menengah pada tahun 1984. Ketika beliau berada di pengajian tinggi, beliau sempat menubuhkan dan mengetuai kumpulan dikir barat di Universiti Kebangsaan Malaysia serta di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim.

Beliau mendapat tunjuk ajar daripada tokoh-tokoh dikir barat yang lain, iaitu dari Jusoh Kelong dan Zainuddin Ismail dalam bidang seni dan ilmu tukang karut, manakala daripada Che Awang Anak Ular, Seman Wau Bulan, Hussin Gelang Mas dan Halim Yazid mendapat penambahan dari segi teknik asas dan penampilan watak.

Kini, beliau termasuk di antara penyanyi dikir barat yang terkenal. Antara lagunya ialah Beruntung Jadi Anak Kelantan yang mana rentaknya berdasarkan dari lagu tradisional Jong Jong Inai. Beliau menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan sikap hormat-menghormati dalam menggubah lagu. Misalnya, lagu berjudul Tuntutlah Ilmu mengandungi nasihat untuk menggalakkan tabiat pembelajaran dalam kalangan murid sekolah.[1]

Persembahan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Lokasi Sempena Anjuran
1995 Surakarta, Indonesia The Asean Tradisional Media Festival COCI-ASEAN
2004 Dataran Merdeka, Kuala Lumpur Sambutan Hari Keluarga ANSARA NTV7
2004 Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur Majlis Mengenang Jasa Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad
2005 Times Square Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur Sambutan Hari Ulang Tahun ke-21 Yang Mulia Tuanku Amalin Aishah Putri
2006 Kota Darul Naim Sambutan Hari Keputeraan DYMM Al Sultan Kelantan
Tahun Organisasi/Pertandingan
Presiden 1988-1992 Kumpulan Dikir Barat Kamsis Ungku Omar (KUDRAT KUO UKM)
1990-1992 Kelab Dikir barat (KADERA) Unit Kebudayaan UKM
2010-2012 Persatuan Dikir Barat Negeri Terengganu (PENDIKTER)
Timbalan Presiden 2006 Persatuan Penerbit Karya Seni Dikir Barat Kelantan
Naib Presiden 2000-2006 Persatuan Dikir Barat Malaysia (PENDIKMA)
Pengarah 1989/1990 Pertandingan Dikir Barat antara Kamsis UKM
1990/1991 Konsert Dikir Barat Tradisional Dan Moden UKM
1990/1991 Pertandingan Dikir Barat Antara Universiti/IPTA Malaysia
Ahli Jawatankuasa Persatuan Dikir Barat Kelantan (PENDIKIR)
Pengkritik Tetap 2011 Program Pentas Dikir — TV RTM
Ketua hakim 2009 & 2010 Pertandingan Dikir Barat IPTA MAKUM
2010 & 2012 Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan Anjuran RTM
Hakim 1997 Pertandingan Dikir Barat Kelab Gabungan Dikir Barat Singapura dan membuat persembahan di Suntec City, Singapura
1995 & 1996 Hakim Pertandingan Dikir Barat Festival Seni Universiti Malaya Kuala Lumpur
1997 Pertandingan Dikir Barat Kelab Gabungan Singapura
1997 Pertandingan Dikir Barat Gerakan Desa Wawasan PeringkatNegeri Kelantan
1999, 2000 & 2001 Pertandingan Dikir Barat Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan tahun
Jurulatih 1990-1993 Kelas Dikir Barat kokurikulum Unit Kebudayaan UKM
1990-1992 Kelab Dikir Barat Penjara Kajang
1990 Kelab Dikir Barat Nicom Steel, Bandar Baru Bangi, Selangor
1991-1992 Kelab Dikir Barat Sony, Bandar Baru Bangi, Selangor
1997 Kelab Dikir Barat PERKEP IPD Pasir Puteh
1995-2006 Kumpulan Dikir barat Kontinjen Negeri Terengganu ke Pertandingan Dikir Barat Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan
2006 & 2011 Kelab Dikir Barat IKM Besut
2008-2012 Kelab Dikir Barat IPG KSM

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Tahun Pertandingan Keputusan
1990 Pertandingan Dikir Barat Antara Kamsis UKM (sebagai Ketua Kumpulan dan Tukang Karut) Johan
1991 Pertandingan Dikir Barat Antara Universiti/IPTA Johan
1991/1992 Anugerah Seni Unit Kebudayaan UKM Menang
1994 Pertandingan Dikir Barat Peringkat Negeri Kelantan (Tukang Karut Terbaik) Johan
1995 Pertandingan Dikir Barat Peringkat kebangsaan RTM (Tukang Karut Terbaik) Johan
1996 Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan Naib Johan
1996 Pertandingan Dikir Barat Rancangan Panjang Akal TV3 Johan
Anugerah Keseluruhan Rancangan Panjang Akal TV3 Johan
1996 Anugerah Khas dari Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Menang
1997 Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan RTM (Tukang Karut Terbaik) Naib Johan
1998 Johan
1999 Johan
2000 Johan
2005 Naib Johan
2006 Anugerah Tukang Karut Paling Popular Dari Kerajaan Negeri Kelantan Menang

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Album Dikir Budak U
  • 1992: Beruntung Jadi Anak Kelate – bersama Halim Yazid
  • 1993: Bohsia
  • 1995: Hilang Di Mata Di Hati Jange – bersama Halim Yazid
  • 1996: Hidup Seribu Jangkaan
  • 1997: Cikgu – bersama Cikgu Naim
Album Dikir
  • 1998: Hati-Hati Dijalanraya – bersama Cikgu Naim
  • 1998: Ulat Bulu – bersama Cikgu Naim
  • 2002: Budi
Album Nyanyian Dikir
  • 2000: Pencarian
  • 2001: Da Di Du
  • 2002: Epilog Cinta Demo Tak Ser Kawe Tak Sesal
  • 2002: Titian Perjalanan
  • 2003: Epilog Cinta 2 Hatiku Hancur Relai
  • 2004: Epilog Cinta 3 Cinta Seorang Saing
  • 2006: Epilog Cinta 4 Hatimu Kupegang
  • 2006: Tanah
  • 2006: Koleksi Terbaik 2000-2006
  • 2009: Epilog Cinta 5 Hatiku Hancur Relai 2
Album Dikir Muzik Terhebat
  • 2005: Vol 1 Pelabuhan Kasih
  • 2007: Vol 2 Airmata Perpisahan
  • 2010: Vol 3 Izinkanlah Aku Pergi
  • 2011: Vol 4 Rahsia Dua Hati
Lain-lain
  • 1995: Album Dikir Pertandingan Akhir Dikir Barat RTM
  • 1997: Album Dikir Asli KarutJerebu
  • 1999: Album Dikir AsliSusah Benar Pera Anak Ramai
  • 2004: Album Nyanyian Dikir AkustikUntukmu Ibu – bersama Cikgu Naim
  • 2007: Album Nostalgia Nyanyian Dikir KlasikJahanam Habis Keranamu
  1. ^ Raja Halid, Raja Iskandar (2011). "Modernizing tradition: the media and dikir barat of Kelantan" (PDF). Cite journal requires |journal= (bantuan)