Cikgu sulizi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cikgu Sulizi
Latar belakang
Nama lahirSulizi bin Che Awang
Kelahiran (1968-03-29) 29 Mac 1968 (umur 52)
Kelantan, Malaysia
GenreDikir Barat
PekerjaanPenyanyi, Penulis lirik, Komposer, Guru,perniaga
Tahun aktif1984 - sekarang
Syarikat rakaman
SLZ Production (2006-kini)

Sulizi bin Che Awang atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sulizi (dilahirkan pada 29 Mac 1968) merupakan seorang penyanyi, composer, penerbit rakaman, dan seorang pensyarah.Cikgu Sulizi juga memiliki syarikat rakamannya yang diberi nama SLZ Production.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Cikgu Sulizi merupakan anak kedua daripada empat adik beradik. Beliau dilahirkan dalam keluarga seni yang mana datuk pernah menjadi peniup serunai bersama kumpulan Wayang kulit Dollah Baju Merah manakala ayah pula menjadi tukang karut dalam seni  dikir barat dengan gelaran “Che Awang Anak Ular”.

Karier dikir barat nya bermula ketika beliau masih di bangku sekolah lagi. Selepas tamat zaman persekolahan beliau melanjutkan pengajian beliau di Universiti Kebangsaan Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik. Ketika beliau masih menuntut di UKM, beliau telah menumbuhkan satu kumpulan dikir barat yang di beri nama Kumpulan Dikir Barat Kamsis Ungku Omar atau lebih dikenali sebagai KUDRAT KUO UKM pada tahun 1989. Beliau telah mengetuai dan menjadi juara dan Tukang karut kepada Kelab Dikir Barat  (KADERA) Unit Kebudayaan UKM pada sesi 1988/1989 sehingga sesi 1991/1992.

Setelah tamat pengajian di UKM dengan mendapat keputusan kepujian Sains Politik, beliau melanjutkan pengajian beliau di dalam bidang penguruan di Maktab Penguruan Temenggong Ibrahim dan mendapat Diploma Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ketika di dalam MPTI beliau juga telah menumbuhkan satu kelab dikir dan menjadi Tukang Karut kepada Kelab Dikir Barat MPTI Johor Bharu pada tahun 1993.

Setelah menamatkan pengajian beliau, beliau telah menjadi tukang karut kepada Kumpulan Dikir Barat Belia 4B Sri Peraksi, Semerak, Pasir Puteh,  Kelantan 1994 hingga 1996 dan Kumpulan  Dikir Barat Belia 4B Bakti MurniTelaga Papan, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan 1997 hingga 2000. Semenjak pada tahun 1984 beliau sudah bergerak aktif dalam dunia dikir barat.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album

Sejak tahun 1992 sehingga sekarang sebanyak 26 album telah dihasilkan antaranya :

a) Album Dikir Budak U “Beruntung Jadi Anak Kelate” Bersama HalimYazid 1992

b) Album Dikir Budak U2 “BOHSIA” 1993

c) Album Dikir Pertandingan Akhir Dikir Barat RTM 1995

d) Album Dikir Budak U3 “Hilang Di Mata Di Hati Jange” Bersama HalimYazid 1995

e) Album Dikir Budak U4 “Hidup Seribu Jangkaan” 1996

f) Album Dikir Budak U5 “CIKGU” Bersama Cikgu Naim 1997

g) Album Dikir Asli karut “JEREBU” 1997

h) Album Dikir “HATI-HATI DIJALANRAYA” Bersama CikguNaim 1998

i) Album Dikir “ULAT BULU” Bersama Cikgu Naim 1998

j) Album Dikir Asli “Susah Benar Pera Anak Ramai” 1999

k) Album Nyanyian Dikir “PENCARIAN” 2000

l) Album Nyanyian Dikir “DA DI DU” 2001

m) Album Dikir “BUDI” 2002

n) Album Nyanyian Dikir “EPILOG CINTA DEMO TAK SER KAWE TAK SESAL” 2002

o) Album Nyanyian Dikir “Titian Perjalanan” 2002

p) Album Nyanyian Dikir “EPILOG CINTA 2 HATIKU HANCUR RELAI” 2003

q) Album Nyanyian Dikir Akustik “UNTUKMU IBU” bersamaCikguNaim 2004

r) Album Nyanyian Dikir “EPILOG CINTA 3 CINTA SEORANG SAING” 2004

s) Album Dikir Muzik Terhebat Vol 1 “PELABUHAN KASIH” 2005

t) Album Nyanyian Dikir “EPILOG CINTA 4 HATIMU KUPEGANG” 2006

u) Album Nyanyian Dikir “TANAH” 2006

v) Album Nyanyian Dikir “KOLEKSI TERBAIK 2000-2006” 2006

w) Album Nostalgia Nyanyian dikir Klasik “JAHANAM HABIS KERANAMU” 2007

x) Album Dikir MuzikTerhebat Vol 2 “AIRMATA PERPISAHAN” 2007

y) Album Nyanyian Dikir “EPILOG CINTA 5 HATIKU HANCUR RELAI 2” 2009

z) Album Dikir MuzikTerhebat Vol 3 “IZINKANLAH AKU PERGI” 2010

aa) Album Dikir MuzikTerhebat Vol 4 “RAHSIA DUA HATI” 2011

Dalam Proses Penerbitan Album NyanyianDikir “EPILOG CINTA 6 TRAVELOG SEBUAH CINTA” 2013

Rujukan[sunting | sunting sumber]

[1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]