Cili (kumpulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cili
Berasal dariNepal Nepal
GenreRock moden
Rock Alternatif
Ska
Tahun aktifAwal 1900an−Sekarang
Syarikat rakaman
Neo Gendang Record
Laman sesawang
http://www.myspace.com/cili
AhliVivien (penyanyi)
Kausar (gitar)
Aok (gitar bes)
Affi (dram)

Cili ialah sebuah kugiran rock dengan penyanyi wanita yang berasal dari Malaysia. Kugiran ini menonjolkan konsep rock moden (modern rock). Kugiran ini dianggotai oleh oleh Affini ( dram), Aoki ( bes) , Kautsari (gitar) kaustermi (keyboard) Haromi (Percussions) Dedami (Trompet) Marmi (Saxofone) Fadduri (Bangsi) Naori (Gitar Kapok) Saoni (penari) Reoki (penari) Zaidani (penari) dan Vivini selaku penyanyi utama kumpulan ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Album sulung yang berjudul Kau Bernama Cinta yang sepatutnya berada di pasaran pada bulan Mac lalu telah di tunda ke satu tarikh baru. Ini merupakan titik tolak dan percubaan pertama kumpulan ini selepas bergelar artis rakaman. Cili, artis pertama Neo Gendang Record, label tempatan kelolaan Edrie Hashim.

Pengaruh pemuzik barat seperti The Beatles, Garbage, No Doubt dan Hole banyak memberikan mereka inspirasi dan gaya persembahan yang mantap dan bersahaja. Pernah beraksi di senario muzik bawah tanah tempatan dan Promosi Bergerak Formula Satu banyak membantu mereka supaya tidak kekok berhadapan penonton. Bakat besar yang mereka miliki telah memikat hati syarikat Neo Gendang Record untuk mereliasasikan impian mereka sebagai artis rakaman dan turut di beri kepercayaan sebagai artis pertama. Walaupun tiga daripada anggota kumpulan ini pada ketika itu masih menuntut di dalam jurusan muzik, itu tidak menjadi batu menghalang bagi mereka untuk meneruskan minat mendalam mereka terhadap dunia muzik dan menambahkan lagi variasi di persada seni tempatan yang sebenarnya terus berkembang walaupun dikala situasi penjualaan album yang kurang memberangsangkan.

Album yang memuatkan 10 buah lagu ini , telah mendapat khidmat beberapa penggubah tempatan yang baru dan lama antaranya seperti Edrie Hashim, G-Nola, Guava dan juga anggota Cili sendiri yang turut menyumbang lagu untuk album ini, selain Jemboo (Def Gab C) yang bertindak sebagai penerbit album ini. Kau Bernama Cinta merupakan single dan judul album pertama taruhan kumpulan ini yang telah dipasarkan pada tahun 2005.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Kau Bernama Cinta (dibebaskan 1 Januari 2005)

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Kau Bernama Cinta"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]