Cinderella (filem 2013)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinderella
PengarahAhmad Idham
Lakon layarMeor Shariman
Dihasilkan olehMohd Kasturi
Dibintangi
SinematografiDiana Rashad
Disunting olehShamsul Zain
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 19 Disember 2013 (2013-12-19) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Cinderella ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 2013 arahan Ahmad Idham. Filem ini dibintangi oleh Nelydia Senrose dan Fizo Omar sebagai watak utama.

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem Cinderella mengisahkan tentang Nurul, gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil. Di kampung, keluarga tiri Nurul melayan Nurul bagai orang gaji. Tiada langsung rasa belas kasihan. Mereka terpaksa membenarkan Nurul tinggal di situ kerana terpaksa dan juga kerana menunjukkan kepada orang-orang kampung tentang kemuliaan hati mereka membela seorang gadis yatim piatu.

Pada masa yang sama, Zamil pula teruja dengan keayuan adik tirinya dan menunggu masa yang sesuai saja untuk mencabul Nurul. Salman berusia lewat 20an adalah anak kepada Datuk Mohktar, seorang tokoh korporat terkemuka. Datuk Mokhtar mempunyai syarikat pembinaan yang mendapat kontrak kerajaan. Datuk Mokhtar ada kabel besar dengan orang dalam. Atas sebab itu, syarikat beliau dapat bayaran tepat pada masa dan tiada masalah gaji tertunggak. Salman merupakan anak tunggal Datuk Mokhtar yang akan mewarisi syarikat tersebut. Salman yang belajar di luar negara dalam bidang perniagaan baru pulang ke Malaysia bagi proses mengambil alih syarikat ayahnya kerana Datuk Mokhtar terpaksa bersara awal kerana serangan strok. Datuk Mohktar dan Salman tinggal bersama-sama Mak Jah, orang gaji. Datuk Mokhtar yang membesarkan Salman setelah kematian ibu Salman sewaktu Salman masih kecil.Salman juga mempunyai seorang rakan baik, Ray.

Mereka juga punyai hobi yang sama - berfoya-foya dengan perempuan. Suatu malam, Zamil mencabul Nurul. Zamil meluahkan rasa hatinya tetapi ditolak oleh Nurul menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu. Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah untuk menyembunyikan diri sehingga ke tempat perkhemahan Salman. Mereka berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang kampung. Salman dan Nurul diberi dua pilihan di bawa ke balai polis dan didakwa di mahkamah syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke kampung tersebut. Bagi menjaga namanya, Salman bersetuju dengan pilihan ke dua.

Pulang ke Kuala Lumpur, Mak Jah terkejut apabila Salman membawa balik Nurul. Salman kemudian memberitahu Mak Jah, dia bertemu dengan Nurul yang memerlukan pekerjaan. Dan Nurul akan bekerja di rumah itu membantu Mak Jah serta menjaga Datuk Mokhtar. Harapan Nurul untuk kehidupan yang lebih selesa musnah apabila dia dilayan sebagai orang gaji oleh Salman, Nurul terpaksa memanggil Salman sebagai Encik Salman dan menurut saja semua kata-kata Salman. Mak Jah pula dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena antara Nurul dan Salman. Mak Jah cuba merisik tetapi Nurul menutup mulut. Mak Jah pula mulai menyukai Nurul kerana gadis itu bukan saja baik, bersopan santun dan warak, malahan mengikut kata. Nurul juga menjaga dan melayan Datuk Mokhtar dengan penuh kasih. Pada suatu malam, dalam keadaan mabuk, Salman telah masuk ke dalam bilik Nurul dan menidurinya.

Keesokan paginya, Salman langsung tidak ingat apa yang sudah berlaku. Tetapi entah mengapa, hatinya tergerak untuk membawa Nurul bersiar-siar sekitar KL. Apabila Salman mengajak Nurul keluar, Nurul tersentuh hati dan gembira. Nurul fikir apa yang berlaku malam tadi telah mengubah Salman untuk melayannya dengan lebih baik. Zamil dan Farah berdepan untuk meminta wang daripada Salman, Salman tidak melayan mereka malahan mengugut untuk melaporkan kepada pihak polis. Pada waktu itu, Zamil yang sakit hati memberitahu Salman bahawa ‘Nurul itu sudah jadi bekasnya’. Kata-kata Zamil itu menghantui Salman. Di rumah pula, Mak Jah pelik kerana Nurul muntah-muntah menandakan dia berbadan dua. Mak Jah dan Nurul berdepan dan akhirnya Nurul memberitahu Mak Jah apa sebenarnya berlaku. Apabila mendapati Nurul berbadan dua, Salman naik berang dan mempercayai kata-kata Zamil.

Salman menuduh Nurul perempuan jalang yang memerangkapnya kerana mahu dia bertanggungjawab atas dosa yang Nurul lakukan bersama Zamil. Tekanan menguruskan syarikat, serta menyembunyikan rahsia peribadinya menyebabkan Salman jatuh pengsan Setelah mendapat rawatan di hospital, Salman mendapat berita paling mengejutkan dia disahkan menghidap HIV. Nurul membimbing Salman tentang agama. Salman mulai berubah dan melayan Nurul dengan penuh kasih sayang. Salman mulai sedar kesilapannya dan memohon ampun kepada Nurul.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]