Cinta 11 Syarat
Cinta 11 Syarat adalah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Keoi Hj. Khalid dan MP Roslin Md Sharif, dibintangi Aqasha, Bella Dally, Iqram Dinzly dan Syamin Azlah. Siri drama ini bersiaran mulai 6 Jun 2016 di Slot Tiara, Astro Prima bagi menggantikan Akadku Yang Terakhir.
| Cinta 11 Syarat | |
|---|---|
| Genre | Melodrama Cinta |
Berdasarkan daripada | Cinta 11 Syarat karya Muna Mahira |
| Ditulis oleh | Maizura Ederis |
| Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Katakan" oleh Harris Baba |
| Lagu penutup | "Katakan" oleh Harris Baba |
| Negara asal | |
| Bahasa | Bahasa Malaysia |
| Bilangan episod | 20 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Zetty Adilla Dato' Ramly Zetty Alia Dato' Ramly |
| Penerbit | Datin Zaiton Muhd Jiwa |
| Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Prima Astro Maya HD |
| Siaran asal | 6 Jun 2016 – 1 Julai 2016 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Akadku Yang Terakhir |
| Diikuti oleh | Rumi & Jawi |
Siri ini diadaptasi daripada novel Cinta 11 Syarat karya Muna Mahira terbitan Idea Intens Publication Sdn Bhd.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Rasya yang merupakan seorang pelajar tahun akhir. Rasya tidak pernah bercinta kerana itu merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh ayahnya. Namun terjadinya satu tragedi bila kesucian Rasya diragut oleh seseorang yang sangat dipercayainya. Lebih merumitkan keadaan bila Rasya mengandung akibat insiden hitam itu dan orang kampung mula mengata tentangnya.
Haziq merupakan seorang lelaki yang sering berbuat dajal di kampung. Kerjayanya di kota pula sering membuatkan dirinya dihimpit oleh perempuan-perempuan yang bebas pergaulan. Tiba-tiba Haziq melamar Rasya. Motif lamaran Haziq mula menjadi persoalan, bukan sahaja sebab keadaan Rasya yang berbadan dua tetapi juga Haziq yang hampir dua kali membunuh Rasya dulu.
Biarpun tiada persetujuan dari ibu Haziq, perkahwinan Rasya dan Haziq tetap diteruskan dalam suasana yang meriah. Rasya sekadar akur biarpun dia benci berkahwin dengan lelaki yang hampir membunuhnya. Perasaan Rasya berbelah bahagi antara rasa takut, sakit hati dan terhutang budi pada Haziq yang sudi menjadikannya isteri walaupun sedang berbadan dua.
Rasya membuat keputusan untuk menghabiskan satu lagi semester yang tinggal tetapi dia perlu akur dengan 11 syarat yang diletakkan oleh Haziq. Syarat-syarat tersebut nampak remeh tetapi hidup Rasya seolah kucar kacir akibat syarat-syarat tersebut. Haziq pula bertambah ceria melihat keletah Rasya melaksanakan syarat-syaratnya itu.
Syahrie berasa tidak tenteram melihat penerimaan Rasya terhadap Haziq. Syahrie yakin bahawa Haziq mempunyai niat tidak baik kepada Rasya. Syahrie nekad mendapatkan Rasya, lebih-lebih lagi setelah dia mendapat tahu bahawa Rasya mengandungkan anaknya hasil dari insiden yang tidak disengajakan.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Aqasha sebagai Haziq
- Bella Dally sebagai Rasya
- Iqram Dinzly sebagai Syahrie
- Syamin Azlah sebagai Jaslene
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Afifah Nasir sebagai Hana
- Kazar Saisi sebagai Pak Omar
- Anne Abdullah sebagai Saodah
- Farisha Irwayu sebagai Jannah
- Cinta Deline sebagai Syairah
- Delimawati sebagai Mak Eton