Cinta Adam dan Hawa (drama)
| Cinta Adam Dan Hawa | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Konflik Agama |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Azman Yahya |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Cahaya Kasih" oleh Baharin |
| Lagu penutup | "Cahaya Kasih" oleh Baharin |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 26 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Azman Yahya |
| Penerbit | Pn Hajjah Sheila Rusly |
| Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | JS Pictures |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV1 |
| Format gambar | Dolby Digital |
| Format audio | |
| Siaran asal | 30 April 2013 – 13 Jun 2013 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Puteri Santubong |
| Diikuti oleh | Violet Sukasih |
Cinta Adam Dan Hawa ialah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Azman Yahya, dibintangi Norman Hakim, Wan Nor Azlin dan Sahronizam Noor. Siri ini membuat tayangan perdananya menerusi Slot Bidadari di TV1 bermula 30 April 2013 menggantikan Puteri Santubong.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Adam Hanzalah, seorang pemuda moden yang berpenampilan ranggi namun memiliki ilmu agama yang mendalam, muncul dalam keluarga Tengku Taz yang penuh dengan masalah dalaman dan terlalu mementingkan urusan duniawi. Kehadirannya bertujuan membantu menyelesaikan konflik berkaitan tanah pusaka yang ingin dikomersialkan sebagai pusat peranginan mewah.
Pertemuan tidak sengaja Adam dengan teman lamanya, Tengku Rayyan, membuka jalan untuknya mendekati keluarga tersebut. Sejak itu, hubungan baik terjalin, terutamanya dengan Tengku Taz yang melihat potensi Adam dalam membantu projek pembangunan yang terbengkalai. Namun, Adam mula menyedari kepincangan dalam keluarga itu, terutama sikap Wan Hasimah yang mengongkong suami serta dua anaknya, Rayyan dan Zeera, yang hanya gemar membazirkan harta keluarga.
Dalam masa yang sama, Adam ditugaskan untuk meyakinkan Tengku Rugayyah, pemilik asal tanah pusaka yang menolak projek tersebut kerana bimbang akan pencemaran budaya, gangguan terhadap amalan agama, serta perubahan sosial akibat kehadiran pelancong asing. Dengan personaliti yang berkarisma dan pendekatan berlandaskan agama, Adam berjaya melembutkan hati Rugayyah untuk mempertimbangkan projek itu tanpa mengetepikan nilai agama dan budaya.
Namun perjalanan Adam tidak mudah. Dia terpaksa berdepan dengan rancangan jahat Wan Hasimah yang sentiasa cuba menggagalkan usaha baiknya untuk memperbetulkan keluarga Tengku Taz. Dalam masa sama, Adam turut terbelenggu dengan konflik perasaan antara Tengku Zeera yang ikhlas berubah kerana agama, dan Sumayyah, bekas isterinya yang tiba-tiba muncul kembali dalam hidupnya.
Nasib Adam sedikit terubat apabila dibantu oleh Siti Humairah, anak angkat Tengku Rugayyah dan rakan lamanya ketika menuntut dalam bidang agama. Humairah turut berdepan dilema antara menerima kembali cinta Tengku Taz atau membuka hati kepada Ustaz Huzaifah. Bagaimana segala konflik ini berakhir? Semuanya terjawab dalam drama Cinta Adam dan Hawa di TV1.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Norman Hakim sebagai Adam Hanzalah
- Wan Nor Azlin sebagai Wan Hashimah
- Sahronizam Noor sebagai Tengku Abu Zahar
Pelakon pembantu utama
[sunting | sunting sumber]- Hamidah Wahab sebagai Tengku Rogayah
- Yus Waisar sebagai Tengku Rayyan
- Azza Suaymi sebagai Tengku Zarra
- Naim Daniel sebagai Tengku Ammar
- Zarina Zainuddin sebagai Siti Humairah
- Sasha Saidin sebagai Sumayyah
- Ungku Ismail Aziz sebagai Ustaz Huzaifah
- Acong Sweetchild sebagai Muaz
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Jesse Lim sebagai James