Cinta Belum Tamat Tempoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Belum Tamat Tempoh
GenreMelodrama
Romantik
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Cinta Belum Tamat Tempoh Karya Rehal Nuharis
Ditulis olehRehal Nuharis
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanRatu - Faizal Tahir
Lagu penutupsetia Elizabeth Tan & ]]Faizal Tahir]]
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifJane Lim
PenerbitMejar (K) David Teo
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
MIG Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal9 September 2019 – 3 Oktober 2019
Kronologi
MengikutiSweet Dreams
Diikuti olehDemi Rindumu

Cinta Belum Tamat Tempoh ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Jamal Khan dibintangi oleh Bella Astillah, Nafiz Muaz dan Fendy Bakry. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria dari 9 September 2019 menggantikan Sweet Dreams.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara (Bella Astillah) bekerja keras meneruskan kehidupan bersama adiknya, Qhalish (Hun Haqeem) sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe. 

Kini adiknya, Qhalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa (Dayang Areeda) dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin kerana ditakuti langkah bendul. 

Qhalish mempelawa sahabat baiknya, Radin (Nafiz Muaz) untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qhalish dan juga desakan daripada mamanya, Puan Iris (Liza Abdullah) untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri.

Namun Radin harus bersaing dengan Megat Haikal (Fendy Bakry), seorang CEO dan pewaris syarikat yang merupakan cinta pertama dan bekas kekasih Qaisara sewaktu zaman universiti. Perpisahan mereka terjadi apabila Megat Haikal meminta Qaisara memilih dirinya atau keluarga Qaisara. Qaisara memilih untuk bersama keluarganya . Megat Haikal pula disukai oleh pembantunya yang dia anggap sebagai sahabat, Aween (Sissy Imann).

Dapatkah Radin memikat hati Qaisara?. Siapakah yang bertakhta di hati Qaisara? Radin atau Megat Haikal?.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Info drama Cinta Belum Tamat Tempoh Iluminasi (22 Ogos 2019). Dicapai pada 30 November 2019.
Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin–Khamis, 10:00 Malam
Sebelumnya Cinta Belum Tamat Tempoh Berikutnya
Sweet Dreams Demi Rindumu