Pergi ke kandungan

Cinta Beruang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Beruang
PengarahRamanarayanan
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Fantastic Villa
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
11 Oktober 2012
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM RM50,000

Cinta Beruang merupakan sebuah filem komedi yang ditayangkan pada 11 Oktober 2012 di Malaysia. Filem ini juga dilakukan dalam dua versi iaitu Melayu dan India serta dibintang oleh Nabil Ahmad, Jue Aziz, Mat Over, Ropie Cecupak, Tauke Jambu, Angeline Tan, Khatijah Tan dan Kamarool Haji Yusoff. [1]

Cinta Beruang mengisahkan ibu kota Kuala Lumpur digemparkan berita seekor beruang terlepas dari sangkar jagaan dua penjaga Zoo Negara, Nabu (Nabil Ahmad) dan kawannya. Bagi menyelamatkan keadaan, Nabu membuat satu tindakan yang melampaui batas pemikiran iaitu mengenakan sut beruang bagi menyelamatkan kerjayanya dengan menyamar menjadi beruang. Taktik menjadi apabila tidak seorang pekerja Zoo Negara perasan akan ketiadaan beruang. Bagaimanapun, konflik berlaku apabila Nabu ditugaskan mencari beruang yang hilang, pada masa sama, dia terpaksa menyamar menjadi binatang itu. Nabu sebelum itu didesak keluarga mencari kerja supaya boleh berkahwin dengan Liza (Jue Aziz).

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ 21 Oktober 2012. Cinta Beruang tangkap muat - Hiburan. Kosmo Online.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]