Cinta Hati Batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Hati Batu
GenreCinta
Melodrama
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof
Ditulis olehInawza Yusof
PengarahAmor Rizan
Dibintangi oleh
Aishah Azman
Ashraf Muslim
Fadlan Hazim
Indah Emeerlda
Farisha Irwayu
Alif Hadi
Fazren Rafi
Lagu pembukaanKata Akhirmu -Ariff Bahran
Lagu penutupKata Akhirmu -Ariff Bahran
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod20 Episod
Penerbitan
PenerbitZafran Aziz
Fadhil Hamdan
Tempoh siaranRabu - Khamis, 9 malam.
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lestary)
Siaran asal28 Disember 2017 – 7 Mac 2018
Kronologi
MengikutiRaisha
Diikuti olehCinta Lemon Madu

Cinta Hati Batu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan oleh Amor Rizal, di bintangi oleh Aishah Azman, Ashraf Muslim, dan Fadlan Hazim. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 28 Disember 2017 mengantikan Cinta Lemon Madu. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Berkisar tentang Anith Fitriah (Aishah Azman) yang hanya mahukan sebuah kisah percintaan yang sempurna, tetapi akhirnya penderitaan yang diperolehinya. Perkahwinannya bersama Dzul Ehsan (Ashraf Muslim) merupakan desakan dan aturan keluarganya hanyalah untuk melupakan bekas tunangnya, Nik Afezal (Fadlan Hazim) yang terkorban dalam satu kemalangan.

Perkahwinan yang pada dasarnya atas niat yang murni, sebenarnya membebankan Anith kerana Ehsan merupakan seorang duda beranak satu yang dinamakan Aya (Indah Emeerlda). Walau bagaimanapun, Anith dapat menyesuaikan dan melatih dirinya untuk menjadi seorang ibu yang penyayang. Sungguhpun begitu, perkahwinannya bersama Ehsan terpaksa ditamatkan kerana perkahwinan mereka tidak bahagia. Ketika berduka itu, Anith bertemu semula dengan bekas tunangnya disangkanya yang telah meninggal, Nik Afezal. Anith mendapati bahawa kematian Nik Afezal beberapa tahun dahulu sebenarnya hanyalah satu helah keluarga Nik Afezal untuk memisahkan mereka.

Setelah tiga tahun bertemu kembali, Anith mula mencintai Nik Afezal semula. Walau bagaimanapun, Nik Afezal sebenarnya sedang menghidap penyakit kemurungan yang menyebabkannya sering bertindak diluar pemikiran yang waras. Dapatkah Anith menemukan percintaan yang sempurna seperti yang diinginkannya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Siaran semula[sunting | sunting sumber]

  • Cinta Hati Batu diulang siar di TV9 mulai 8 September 2020.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Cinta Hati Batu. MyInfoTaip. Dicapai 6 Ogos 2021

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

: Lestary, Rabu - Jumaat 9:00 Malam
Sebelumnya Cinta Hati Batu Berikutnya
Raisha Cinta Lemon Madu