Cinta Hilang Kata
Cinta Hilang Kata adalah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Kyoll Hamzah, terbitan Country & Universal Sdn Bhd. Dibintangi oleh Shahz Jaszle, Sophia Albarakbah, Iqram Dinzly, Nelissa Nizam dan Hariz Hamdan. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Prima bermula 18 Julai hingga 9 September 2022 menggantikan Dendam Seorang Isteri.[1]
| Cinta Hilang Kata | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Konflik Dendam |
Berdasarkan daripada | Cinta Hilang Kata karya Lily Haslina Nasir |
| Pencipta | Starmax |
| Pengarah | Kyoll Hamzah |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Bahagiakan Dia" oleh Shila Amzah & Liza Hanim |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 40 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Syawal Aiman |
| Penerbit | Jalena Rejab |
| Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Country & Universal Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Prima |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 18 Julai 2022 – 9 September 2022 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Dendam Seorang Isteri |
| Diikuti oleh | Takdir Cinta Dhia |
Siri ini diadaptasi dari novel Cinta Hilang Maya karya Lily Haslina Nasir terbitan Tokoh Buku Arisa Publication.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Nurul Masmin (Sophia Albarakbah) dalam diam sukakan Rain Akhtar (Shahz Jaszle) tetapi terpaksa menurut kemahuan ibunya berkahwin dengan Amirul (Iqram Dinzly). Rain yang juga menyukai Nurul rasa kecewa dan membawa diri. Amirul sangat pandai mengambil hati ibu Nurul untuk merealisasikan impian ibunya, Jah Gayah (Liza Abdullah).
Jah Gayah sangat bencikan Nurul kerana cintanya pada ayah Nurul tidak berbalas. Nurul hanya alat untuk dia hidup mewah. Sepanjang perkahwinan, Nurul tidak pernah bahagia, semua dilakukan untuk menjaga hati arwah ibunya.
Setelah kematian ibunya, Nurul tekad untuk bercerai, tindakannya itu membuatkan Jah Gayah meradang. Nurul menderita akibat terkena sihir. Mujur Nurul mempunyai rakan baik Ezra (Amelia Christie), Wanie (Faa Zaini) dan Deens (Aqil Taqee) yang sentiasa ada disisinya.
Rain pula tidak putus asa mengejar cinta Nurul. Nurul sering mengelak kerana trauma dengan apa yang berlaku dan dia juga tidak mahu di gelar perampas.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Shahz Jaszle sebagai Rain Akhtar
- Sophia Albarakbah sebagai Nurul Masmin
- Iqram Dinzly sebagai Amirul
- Nelissa Nizam sebagai Sabby / Sabirah
- Hariz Hamdan sebagai Zaili
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Anne Abdullah sebagai Mahyun
- Liza Abdullah sebagai Jah Gayah
- Amanda Misbun sebagai Atiqah
- Puteri Khareeza sebagai Farah
- Zalfa Zin sebagai Julia
- Manan Sulaiman sebagai Tuan Razali
- Amelia Christie sebagai Ezra
- Aqil Taqee sebagai Deens
- Faa Zaini sebagai Wanie
- Ayunie Rizal sebagai Arissa
- Ainina Ahmad B sebagai Azmeena
Pelakon jemputan
[sunting | sunting sumber]- Fadilah Mansor sebagai Zakiah
- Azhar Sulaiman sebagai Dato Aaron
- Syazwan Zulkifly sebagai Ustaz Arif
- Azri Iskandar sebagai Dato Jeffry
- Aida Aris sebagai Datin Lola (Siti Amira Samad)
- Talha Harith sebagai Taib
- Shweta Sekhon sebagai Mahyun (muda)
- Nadia Kesuma sebagai Mahani
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Mikael Noah Mohd Nazrul Izham
- Airis Amanda
Episod
[sunting | sunting sumber]| Bil. | Ringkasan | Tarikh tayangan |
|---|---|---|
| 1 | Ibu Nurul gembira dapat membawa Nurul keluar membeli-belah. Wanie dan Ezra cuba memberi alasan kenapa Nurul tidak hadir ke kolej. Nurul terkenang saat dia berjumpa dengan Rain dahulu. | 18 Julai 2022 |
| 2 | Rain terkejut apabila mendapat tahu yang Nurul akan berkahwin. Nurul akur dengan harapan ibunya agar dia cepat berkahwin. Rain mula terkenang memori silam bersama Nurul. | 19 Julai 2022 |
| 3 | Nurul tidak mahu Ezra terburu-buru untuk menerbitkan novelnya sendiri. Nurul dapat merasakan yang dia sering dimanipulasikan Amirul dan Jah Gayah. Rain cuba untuk menghubungi Nurul. | 20 Julai 2022 |
| 4 | Mahyun teringat tentang bagaimana rumahtangganya dahulu runtuh. Nurul tidak pasti jika dia patut menghubungi Rain. Jah Gayah masih lagi tidak berpuas hati dengan Nurul. | 21 Julai 2022 |
| 5 | Nurul terkejut apabila menerima banyak surat notis pembayaran daripada bank diterima di pejabatnya. Sabby masih tidak berpuas hati dengan Nurul. Kelibat Rain yang kelihatan sangat ceria di pejabat. | 22 Julai 2022 |
| Bil. | Ringkasan | Tarikh tayangan |
|---|---|---|
| 6 | Rain masih berahsia tentang Nurul daripada Farah. Jah Gayah mengugut Nurul dan menganggap Nurul sebagai lubuk duit. Amirul merasa bersalah terhadap Nurul. Sabby mula berbaik dengan Amirul. | 25 Julai 2022 |
| 7 | Nurul bertemu Ezra dan Wanie dan menceritakan tentang perkahwinannya yang tidak bahagia. Jah Gayah memaksa Nurul supaya tidak bercerai dengan Amirul. Sabby semakin rapat dengan Amirul. | 26 Julai 2022 |
| 8 | Nurul dan Amirul bergaduh kerana tidak berpuas hati dengan Jah Gayah masuk campur hal rumah tangganya. Mahyun mandikan Sabirah dengan bunga-bungaan bersama jampi serapah. Ketika berkursus di hotel, Rain terkenangkan Nurul. | 27 Julai 2022 |
| 9 | Kafe Nurul yang disabotaj dengan kata-kata kesat membuatkan Nurul kecewa. Rain terbaca tentang berita itu dan mahu berjumpa dengan Nurul. Sabby meneruskan hubungannya dengan Amirul. | 28 Julai 2022 |
| 10 | Nurul hairan kerana masih ada orang yang menggunakan kepercayaan mistik untuk tujuan jahat. Jah Gayah disamun perompak. Amirul secara rahsia membaca mesej didalam telefon Nurul. | 29 Julai 2022 |
| Bil. | Ringkasan | Tarikh tayangan |
|---|---|---|
| 11 | Ezra marah kerana lambat dibayar royalti. Amirul menuduh Nurul curang. Sabby masih terus berhubungan dengan Amirul. Mahyun pulang ke rumah lamanya di kampung. | 1 Ogos 2022 |
| 12 | Nurul syak Rain yang cuba hendak membakar pejabatnya dan mahu polis menyiasat. Ustaz Arif dapat rasakan ada sesuatu yang mencurigakan tentang Mahyun. Jah Gayah terus menuduh Nurul sebagai pembawa bala. | 2 Ogos 2022 |
| 13 | Sabby marahkan Zali kerana tidak dapat melaksanakan sabotaj terhadap Nurul dengan sempurna. Rain terkejut mendengar berita tentang projek baru daripada Zali dan Sabby. Nurul merasa bersalah terhadap Rain. | 3 Ogos 2022 |
| 14 | Nurul terkejut dengan tawaran Zali yang seperti mahu membelakangkan Sabby. Ezra tiba-tiba seperti tidak senang dengan perilaku Deens. Amirul cuba dapatkan duit daripada Nurul untuk satu pelaburan perniagaan baru. | 4 Ogos 2022 |
| 15 | Rain dan Nurul pertama kali bertemu semula untuk berbincang tentang projek kosmetik bersama Sabirah dan Zali. Amirul dan Nurul bergaduh lagi, semua kerana hutang Amirul. Nurul tak sanggup lagi hendak mendengar janji daripada Amirul. | 5 Ogos 2022 |
| Bil. | Ringkasan | Tarikh tayangan |
|---|---|---|
| 16 | Rain pulang ke kampung dan Rain dinasihati supaya jangan cuba berhubung lagi dengan Nurul. Amirul berusaha untuk memenangi hati Nurul semula. Sabby terkejut dengan berita terbaru berkenaan dengan Nurul. | 8 Ogos 2022 |
| 17 | Sabirah rasa puas kerana Nurul sudah bercerai, kerana bagi dirinya, Nurul telah merampas Amirul daripada dirinya. Nurul hilang sabar kerana Amirul masih mengganggunya. Jah Gayah datang berjumpa Nurul hingga pertengkaran berlaku. | 9 Ogos 2022 |
| 18 | Rain menegur Farah kerana menuduhnya tanpa usul periksa. Nurul semakin tertekan kerana dirinya masih terlibat dengan masalah kewangan Amirul. Dato Aaron bersemuka dengan Sabby dan Zali tentang projek kosmetik mereka. | 10 Ogos 2022 |
| 19 | Rain masih tertanya-tanya kenapa Nurul bercerai. Nurul pula tiba-tiba jatuh sakit, menangis sendirian kerana tidak tertahan sakitnya. Jah Gayah nekad hendak sihirkan Nurul kerana tidak berjaya memujuk Nurul dengan cara baik. | 11 Ogos 2022 |
| 20 | Nurul bertemu dengan doctor untuk mencari punca penyakitnya. Rain mahukan kepastian daripada Ezra tentang status kesihatan Nurul. Jah Gayah teruskan rancangan untuk mengainaya Nurul secara halus. | 12 Ogos 2022 |
| Bil. | Ringkasan | Tarikh tayangan |
|---|---|---|
| 21 | Nurul mula rasa tidak selesa apabila Amirul sering menghubunginya. Nurul cuba mengelak daripada berjumpa dengan Amirul. Kesan daripada perbuatan jahat Jah Gayah bertemu dukun, Ezra mula jatuh sakit. | 15 Ogos 2022 |
| 22 | Jah Gayah masih lagi marahkan Amirul kerana bercerai dahulu. Sabby dan Zaili mula bertengkar sesama sendiri. Rain memberitahu Nurul yang nama Nurul tetap ada dalam ingatannya selama ini. | 16 Ogos 2022 |
| 23 | Farah terjumpa novel lama Nurul di dalam bilik Rain, Jah Gayah terkejut apabila mengetahui yang Nurul masih lagi berjumpa dengan kekasih lama, Zali dan Sabby masih teruskan agenda mereka. | 17 Ogos 2022 |
| 24 | Pekerja café Nurul risau jika mereka juga akan menerima templas perbuatan sihir yang ditujukan kepada Nurul. Zali cuba kenalkan Sabby dengan seseorang. Nurul mula berkongsi masalahnya dengan Rain. | 18 Ogos 2022 |
| 25 | Amirul pelik dengan sikap ibunya yang tidak sukakan Nurul, tetapi tetap sanggup lakukan apa saja supaya Nurul kembali kepada keluarga mereka. Farah cuba berterus-terang kepada Rain. Rain masih risaukan keadaan kesihatan Nurul. | 19 Ogos 2022 |
| Bil. | Ringkasan | Tarikh tayangan |
|---|---|---|
| 26 | Amirul berharap Sabby dapat menolongnya. Rain tegur Nurul supaya jangan terlalu mesra dengan lelak sebarangan. Mahyun mahu menolong Zali untuk mendapatkan teman wanita. Sabby tidak sangka Zali akan ada teman wanita. | 22 Ogos 2022 |
| 27 | Nurul tidak tahu bagaimana lagi mahu membantu masalah kewangan Amirul. Sabby terlalu marahkan seseorang sehingga menyebabkan Zali bingung. Nurul terkejut dengan keputusan mengejutkan daripada Rain. | 23 Ogos 2022 |
| 28 | Sabby tahu kalau ada gambar, pasti lagi senang untuk jadikan 'viral' hal Nurul dan Dato Aaron. Rain tahu niatnya baik terhadap Nurul, tetapi Rain risau jika Nurul masih belum bersedia. Rain juga risau jika ayah Nurul tidak dapat menerimanya. | 24 Ogos 2022 |
| 29 | Zali dan Sabby membuat kecoh di kafe Nurul, hingga Kak Melah terpaksa masuk campur. Nurul risaukan kesihatannya dan mahu Rain sentiasa menjaganya. Zali dan Sabby terus menjaja cerita Nurul kepada Amirul. | 25 Ogos 2022 |
| 30 | Ada seorang Datin datang mencari Nurul di kafe selepas dia bertemu dengan Sabby. Farah risau keadaan emaknya yang kedengaran di telefon seperti kurang sihat. Amirul cuba mendapatkan bantuan daripada ibunya. | 26 Ogos 2022 |
| Bil. | Ringkasan | Tarikh tayangan |
|---|---|---|
| 31 | Sabby mahu pastikan dia berjaya dapatkan lebih banyak lagi duit daripada suami Datin Lola. Kak Melah risaukan keadaan Nurul yang diserang oleh Datin Lola tempoh hari. Farah mahu tahu tentang status hubungan Rain dan Ezra. | 29 Ogos 2022 |
| 32 | Zali dan Sabby masih menyangka yang Nurul sudah berkahwin dengan Dato' Aaron. Amirul merancang untuk mencuri dokumen asset daripada bilik ibunya. Ezra cakap walaupun dia berpantang, dia tetap rasa tidak sihat. | 30 Ogos 2022 |
| 33 | Sabby terkejut apabila diserang Datin Lola. Nurul terserempak dengan Dato Aaron. Rain yang berada di situ terpaksa menyembunyikan diri. Rain marahkan Farah kerana balik lewat malam. Jah Gayah berang apabila tidak dapat mencari dokumen hartanahnya. | 31 Ogos 2022 |
| 34 | Ibu Farah risaukan Farah yang terpaksa tinggal berseorangan semasa ketiadaan Rain, Sabby dapat merasakan yang Rain dan Nurul sudah berkahwin. Sabby menjadi batu api dengan memberitahu Dato Aaron hal tersebut. | 1 September 2022 |
| 35 | Sabby pelik kenapa Amirul marah apabila menerima berita yang Nurul dan Rain sudah berkahwin. Ezra rasa susah hati apabila dia seperti tersepit antara dua persahabatan. Rain membawa Nurul pulang ke kampung berjumpa emaknya. | 2 September 2022 |
| Bil. | Ringkasan | Tarikh tayangan |
|---|---|---|
| 36 | Mak Rain masih tidak dapat menerima Nurul sebagai menantu. Nurul berharap dia tidak akan dipisahkan daripada Rain. Amirul masih terus mencari Nurul. | 5 September 2022 |
| 37 | Sabby terkejut melihat keadaan Amirul yang tidak terurus. Zali berjumpa dengan Farah dan bertanya Farah tentang hal kahwin. Farah beritahu Zali mereka perlu kenal keluarga masing-masing dahulu. Sabby masih risau tentang lamaran Dato Jeffrey. | 6 September 2022 |
| 38 | Rain terkejut apabila melihat perubahan ketara pada perwatakan Nurul. Mahyun marahkan Zali diatas apa yang sudah berlaku kepada Sabby. Rain tegur Farah kerana tidak menghormati dirinya sebagai abang kandung. | 7 September 2022 |
| 39 | Zali risau jika dia tidak dapat meneruskan hubungan dengan Farah. Sabby masih cuba memujuk Amirul. Farah tidak mahu Nurul masuk campur dalam urusannya. | 8 September 2022 |
| 40 | Amirul mahu ibunya cepat sembuh, Farah masih menyalahkan Rain kerana merumitkan keadaan. Sabby merayu kepada Amirul untuk menerimanya. | 9 September 2022 |
Muzik dan Runut Bunyi
[sunting | sunting sumber]Bahagiakan Dia ialah lagu tema OST Cinta Hilang Kata yang dinyanyikan oleh Shila Amzah dan Liza Hanim. Selain itu, terdapat juga lagu sisipan lain yang dimuatkan dalam drama ini:
- "Sempurna" - Insomniacks
- "Nekad" - Anna Hanifa
- "Tanda Setia" - Nomad
- "Menunggu" - Meerqeen
- "Semakin" - Siti Sarah
- "Pesona Kamu" - Hanbyul Jang
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Cinta Hilang Kata mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.