Cinta Ibadah
Cinta Ibadah ialah sebuah siri drama Malaysia 2014 arahan Sridhar Jetty dan Ayie Mustafa dibintangi oleh Aishah Ilias, Fattah Amin, Raja Ilya, Nor Albaniah Raffie, Sherry Ibrahim, Syazwan Zulkifly, Hisyam Hamid, Elly Mazlein, Fauzi Nawawi, Lana Nordin dan Aidil Aziz. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Prima dan Astro Maya HD pada 8 September 2014.
Cinta Ibadah | |
---|---|
Genre | Cinta Drama Keluarga Konflik |
Ditulis oleh | Zarihah Hassan |
Pengarah | Sridhar Jetty Ayie Mustafa |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Cinta dan Ibadah - Melly Goeslaw |
Lagu penutup | Cinta dan Ibadah - Melly Goeslaw |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 175 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | A.R. Malik |
Penerbit | Raam Punjabi |
Tempoh siaran | 25 minit |
Syarikat penerbitan | Nusantara Seni Karya |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Prima Astro Maya HD |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 8 September 2014 – 8 Mei 2015 |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan ketabahan hati seorang isteri iaitu Siti (Aishah Ilias) apabila suaminya Hafiz (Fattah Amin) menjadi rebutan bekas kekasih Hafiz, merangkap bekas ipar duainya iaitu Ratna(Raja Ilya). Lebih mengeruhkan keadaan, perkahwinan Siti dan Hafiz ditentang hebat oleh ibu Hafiz sendiri, Che Ani.(Nor Albaniah Raffie)
Sesungguhpun begitu, kehidupan suami isteri Hafiz dan Siti dilimpahi kebahagian. Malah diserikan lagi dengan kehadiran anak lelaki mereka iaitu Alif. Alif berusia 5 tahun. Mereka tiada masalah kesuburan seperti dihadapi banyak pasangan suami isteri. Pada awal, Che Ani merencana ingin menjodohkan Hafiz dengan model terkenal, Ratna. Bagi Che Ani, Ratna begitu sempurna untuk dijadikan menantu. Mempunyai pakej lengkap, iaitu berkerjaya, berpelajaran, wajah dan kulit cantik serta berketrampilan, terkenal malah berharta. Akan tetapi, hajat Che Ani tidak kesampaian apabila Hafiz terlebih dahulu mengambil keputusan menikahi Siti, wanita yang sangat dicintainya.
Namun Che Ani tidak berputus asa. Dia merancang menjodohkan pula dengan anak keduanya, adik kepada Hafiz iaitu Halim. Majlis pertunangan berlangsung dengan lancar. Namun jodoh mereka tidak juga panjang, Halim meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sekali lagi, Ratna kecewa. Ratna bertekad ingin mendapatkan kembali Hafiz. Che Ani berpakat ingin menyatukan Ratna dan Hafiz. Pelbagai rancangan diatur agar Hafiz menceraikan Siti. Namun, kesemuanya tidak berjaya. Siti diuji dengan ujian berat apabila dia disahkan menghidap barah, iaitu penyakit yang boleh mengancam nyawanya. Dr. Irma (Sherry Ibrahim) merupakan doktor yang merawat Siti. Siti memohon agar penyakitnya dirahsiakan tanpa pengetahuan sesiapa. Siti tidak mahu orang kesayangannya bersedih menerima berita itu.
Selepas berusaha menjalankan rawatan kemoterapi selama beberapa bulan, akhirnya Siti pasrah. Penyakit barahnya tidak boleh diubati. Mengetahui ajalnya semakin menghampiri, Siti mencari calon isteri buat suaminya iaitu Hafiz. Harapannya, agar insan menggantikan tempatnya akan menjaga Hafiz dan anaknya Alif setelah ketiadaannya nanti. Siti inginkan seorang isteri yang setia, bertanggungjawab, sihat dan subur untuk suaminya.
Siti berkira-kira ingin menjodohkan Dr. Irma dengan suaminya. Memandangkan Dr. Irma pernah menjadi kekasih Hafiz suatu ketika dahulu. Ketika Siti ingin merapatkan kembali hubungan Dr. Irma dan Hafiz, Dr. Irma menyampaikan berita yang mngejutkan Siti. Siti diperkenalkan oleh Dr. Irma akan seorang wanita yang iras-iras seperti dirinya, iaitu Rina (Aishah Ilias).
Ketika Siti mendapatkan rawatan penyakitnya, Siti mengupah wanita tersebut untuk menggantikan tempatnya di rumah. Ini kerana Siti perlu ditahan selama sebulan di hospital. Hanya melalui Rina, tiada siapa akan perasan akan ketiadaannya. Malah, rahsia penyakitnya tidak diketahui umum.
Manakala Rina bersetuju dengan tawaran Siti untuk menyamar sebagai dirinya kerana dia amat memerlukan wang untuk mengubati ibunya. Pada mulanya rancangan itu berjalan lancar sehinggalah dia mendapati dirinya telah benar-benar jatuh cinta dengan Hafiz. Ratna yang perasan dengan sikap Siti (Rina) yang berbeza dari sebelumnya berusaha untuk membongkar rahsia penyamaran tersebut. Namun kerana dendam dan terlalu taksub ingin merampas semula Hafiz, Ratna akhirnya menemui ajalnya sendiri. Hafiz juga akhirnya mengetahui bahawa wanita yang tinggal bersamanya adalah Rina, bukannya Siti. Hafiz akhirnya mengahwini Rina. Ibu Hafiz, Che Ani akhirnya insaf dan berubah menjadi baik setelah keluarga mereka dikhianati oleh adiknya sendiri. Che Ani jatuh kedalam perangkap adiknya yang menyebabkan harta benda mereka dirampas. Kini Hafiz (Hisyam Hamid) dan keluarganya menjadi miskin. Siti kini kembali setelah sembuh daripada penyakitnya. Siti bertemu Hafiz dan mendedahkan tentang penyakitnya sebelum ini, dan disebabkan penyakitnya itulah dia mengupah Rina untuk menyamar sebagai dirinya. Siti terperanjat apabila Hafiz kini jatuh miskin akibat perbuatan khianat bapa saudaranya. Siti kemudian meminta bantuan ibu angkatnya, Puan Jenny untuk membantunya mengambil semula kembali harta keluarga Hafiz yang telah dirampas oleh bapa saudara Hafiz. Dengan menyamar sebagai Jenny, Siti berjaya memperdaya bapa saudara Hafiz. Bapa saudara Hafiz akhirnya diberkas polis.
Kebahagiaan yang mula dirasai oleh Hafiz bersama keluarganya mula terbantut apabila Hafiz cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang diculik oleh kumpulan yang diketuai oleh Khalid (Fauzi Nawawi) iaitu adik tiri kepada Ryan (Hisyam Hamid). Hal ini telah menemukannya dengan Nurul (Elly Mazlein) isteri kepada Ryan dan ibu kepada Sarah iaitu kanak-kanak yang diculik. Nurul yang pada mulanya yakin bahawa Hafiz itu adalah suaminya Ryan mula menerima hakikat bahawa itu adalah Hafiz setelah mendengar penjelasan darinya. Nurul meminta bantuan Hafiz untuk terus menyamar jadi Ryan bagi menjejaki suaminya yang sudah lama hilang itu. Kemunculan Agnes (Lana Nordin) kekasih Khalid telah menyebabkan Khalid ditangkap oleh polis dan Ryan berjaya dijumpai.
Agnes kemudiannya bekerjasama dengan Ryan untuk menghancurkan rumah tangga Hafiz setelah Ryan membaca diari Nurul yang tertera bahawa Nurul memiliki perasaan terhadap Hafiz. Ryan ditangkap polis kerana bersubahat dengan Hariss (Sahronizam Noor) untuk merampas kembali harta Hafiz daripada Siti.
Ryan yang berada didalam lokap masih lagi berhubung dengan Agnes dan menyuruhnya memasuki keluarga Hafiz sebagai pembantu rumah. Siti yang mula termakan dengan kata-kata hasutan Agnes mula cemburu dengan Rina kerana Alif dan Hafiz lebih mengutamakan Rina daripada dirinya tanpa mengetahui perkara sebentar. Rina merahsiakan berita berkaitan kandungannya yang lemah supaya Hafiz lebih memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Siti. Hafiz mendapat tahu berita setelah memdapati Rina jatuh rebah di rumah emaknya.
Siti membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dan tinggal di kondominium miliknya bersama-sama dengan Agnes. Kini Siti berada didalam genggamannya. Agnes juga berjaya menjadikan Alif dan Sarah seorang budak yang jahat. Nurul cuba memberitahu Siti bahawasanya segala kekusutan yang berlaku adalah angkara Agnes tetapi Siti tidak mempercayainya dan mementang Nurul. Kejahatan Agnes terbongkar apabila Che Ani berjaya merakam tingkah laku Agnes yang sedang menghasut Alif. Siti mula sedar dan kembali kepangkuan keluarganya. Agnes yang tiada hala tuju bersembunyi di rumah Nurul dengan bantuan Sarah. Nurul yang menyedari perubahan Sarah berjaya menjumpai Agnes yang sedang bersembunyi dirumahnya. Agnes kemudian melarikan diri dan sembunyi di rumah emak Rina. Nurul, Hafiz dan Siti bekerjasama untuk memerangkan Agnes. Nurul berpura-pura ingin pulang ke kampung. Dia mengajak Sarah untuk pulang tetapi Sarah menolaknya. Setelah Nurul tinggalkan rumah beserta anaknya, Agnes kembali bersembunyi kerumah tersebut atas bantuan Sarah. Hafiz & Siti yang memerhati dari jauh segera menghubungi Nurul. Nurul pulang kerumah dan menerjah Agnes yang sedang bermain bersama anaknya. Agnes lari Dan bersembunyi di belakang Hilux kepunyaan Hafiz. Agnes yang pelik kerana kereta tersebut berhenti secara tiba-tiba keluar dari kereta itu. Agnes terkejut bahawa dirinya sudah dikelilingi oleh polis dan sedar bahawa dia telah terjatuh ke dalam perangkap. Agnes berjaya diberkas dan mereka kembali bahagia.
Rina selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Aisyah. Keluarga Hafiz kembali bahagia. Kebahagiaan tersebut kembali tergugat apabila Ehsan (Aidil Aziz) muncul membawa dendam terhadap keluarga Hafiz (Fattah Amin). Ehsan beranggapan bahawa kematian abangnya Erfan (Syazwan Zulkifly) adalah berpunca dari Hafiz. Rina dan Dr.Irma menolak cinta Erfan kerana mereka berdua memiliki perasaan terhadap Hafiz. Ehsan menyamar sebagai pesakit kanser kerana ingin mendekati Siti dan Dr.Irma. Ehsan berjaya menghasut Dr.Irma dengan memberikan harapan kepada Dr.Irma bahawasanya cinta Hafiz dapat dimilikinya kembali. Siti yang pulih dari sakit kanser terpaksa menerima hakikat bahawa sel kansernya kini kembali aktif hasil pemeriksaan Dr.Azman. Beliau meminta agar Dr.Azman merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Dr.Irma.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Aishah Ilias sebagai Siti / Rina (ep 1-175)
- Fattah Amin sebagai Hafiz (ep 1-75, ep 136-175)
- Hisyam Hamid sebagai Hafiz / Ryan (ep 76- 135)
- Raja Ilya sebagai Ratna (ep 1-79)
- Nor Albaniah Raffie sebagai Che Ani (ep 1-175)
- Sherry Ibrahim sebagai Dr. Irma (ep 1-79, ep 134-175)
- Syazwan Zulkifly sebagai Irfan (ep 41-75)
- Elly Mazlein sebagai Nurul (ep 80-133)
- Ziema Din sebagai Tutti (ep 1-79)
- Roslan Shah sebagai Amir (ep 1-5)
- Sahronizam Noor sebagai Uncle Hariz (ep 1-103)
- Fauzi Nawawi sebagai Khalid (ep 81-96)
- Lana Nordin sebagai Agnes (ep 87-130)
- Aidil Aziz sebagai Ehsan (ep 133-175)
- Harith Haziq sebagai Alif (ep 1-175)
- Puteri Adrianna sebagai Sarah (80-133)