Cinta Koko Coklat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Koko Coklat
Genre
Berdasarkan daripada
Diadaptasi dari telenovela Argentina, Candy Love oleh Telefe
Ditulis oleh
  • Raja Azida Raja Jaafar
  • Haida Mazni
  • Baizura Kahar
  • Muhammad Hafiizah
  • Ain Fazurin
  • Nik Ala Nik Othman
PengarahMohd. Fazli Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Sabar" oleh Ismail Izzani
Lagu penutup"Sabar" oleh Ismail Izzani
Penggubah
  • Omar K
  • Adib Hamdi
  • Ismail Izzani
  • Zynakal
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod50
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Rozita Mat Isa
  • Francis Foo
PenerbitKevin Foo
Penyunting
  • Aliff JJ
  • Zat Azmi
  • Ahmad Syahir
  • S.C. Elliot
SinematografiMahadi Said
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran40–43 minit
Syarikat penerbitan
Juita Viden Sdn. Bhd.
Syarikat pengedaran
Penyiaran
Saluran asalNTV7
Format gambarHDTV 1080i
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal23 Julai 2018[1] – 1 Oktober 2018[2]

Cinta Koko Coklat ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan sulung Mohd. Fazli Yahya[3] terbitan Juita Viden. Siri ini diadaptasi daripada telenovela Argentina, "Dulce Amor" (Candy Love) terbitan Telefe. Dibintangi oleh Raja Afiq, Sweet Qismina, Zahirah MacWilson, Aqasha, Azrel Ismail, Mimi Lana dan Sasqia Dahuri. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot GlamaDrama NTV7 dari 23 Julai 2018 hingga 1 Oktober 2018 menggantikan Inai Yang Hilang dan digantikan oleh Terima Aku Seadanya.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Damia, Pengerusi ‘Rich Chocolate’ terima seorang pelumba kereta yang terpaksa bercuti dari perlumbaan litar akibat krisis kewangan, Haikal sebagai pemandunya setelah Haikal selamatkan Damia dari satu cubaan culik.

Damia turut menggaji rakan baik Haikal, Faizal sebagai pemandu keluarganya setelah adiknya, Darwina pulang dari luar negara. Pergeseran dalam keluarga serta rahsia silam yang disembunyikan oleh ibunya, Puan Sri Soraya membuka ruang untuk pengurus jasmin & jasnita syarikat yang juga teman lelaki Damia, Malik memanipulasi, mengeksploitasi serta mensabotaj Damia dan keluarga arwah Tan Sri Farish.

Ekoran dari pelbagai krisis dan konflik, hubungan majikan dan pemandu di antara Damia dan Haikal serta adiknya, Darwina dan Faizal bertukar kepada cinta manakala adik bongsu mereka, Danisya bertemu kasih dengan cucu pembantu rumah mereka, Naim.

Setelah segala pergolakan berakhir, Haikal dan Faizal kembali semula ke medan lumba kereta dan berjaya merangkul gelaran juara.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cinta Koko Coklat". rajadrama.com.
  2. ^ "Cinta Koko Coklat". layandrama.online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-20. Dicapai pada 2018-10-20.
  3. ^ "Drama Cinta Koko Coklat lakonan Zahirah Macwilson dan Aqasha". Kepala Bergetar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-06. Dicapai pada 2018-09-06.
  4. ^ "Cinta Koko Coklat (ntv7)". myinfotaip.com. 22 Julai 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]