Cinta Kura Kura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Cinta Kura-Kura)
Lompat ke: pandu arah, cari
Cinta Kura Kura
Cinta Kura-Kuraposter01.jpg
Poster keluaran tayangan
Pengarah Nizam Zakaria
Penerbit Norman Abdul Halim
Yusry Abdul Halim
Edry Abdul Halim
Penulis Nizam Zakaria
Dibintangi oleh Aeril Zafrel
Tiz Zaqyah
Zizan Razak
Mula ditayangkan
1 Mac 2012
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Pecah panggung RM 1.17 juta

Cinta Kura Kura merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2012 terbitan KRU Studios arahan Nizam Zakaria. Dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel dan Zizan Razak. Filem ini mengisahkan tentang Nani, gadis ceria berusia 21 tahun yang tinggal bersama haiwan peliharaannya, seekor kura-kura bernama Nico. Ia ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 1 Mac 2012.[1][2][3][4][5][6][7]

Plot[sunting | sunting sumber]

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.[8]

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum. [9]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Tiz Zaqyah memegang watak sebagai Nani di dalam filem ini.

Watak pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Patrick Lim Moey Cheng sebagai Bos Besar
  • Sabrina Mohamed Ali sebagai Teman Wanita Bos Besar
  • Mohamad Sharifman Omar sebagai Pengawal Peribadi 1
  • Muhammad Harminder Singh sebagai Pengawal Peribadi 2
  • Tan Ai Nee sebagai Pelayan 1
  • Jainis Mangkoi (Jeany) sebagai Pelayan 2
  • Masshila Abd Talib sebagai Pelayan 3
  • Thomas Lee Teck Hock sebagai Tukang Masak 1
  • Mohd Jasbir Khan Mohd Johari sebagai Tukang Masak 2
  • Kanapathy a/l Karunakaran sebagai Tukang Masak 3
  • Eddie Afro & The Geng sebagai Busker

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Artis Masa
1. "Pencinta Terbaik"   Sofazr 3:32
Jumlah masa:
3:32

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Kerja Pencalonan Keputusan
2012
Festival Filem Malaysia ke-25
Pengarah Harapan[10][11] Nizam Zakaria Dicalonkan
Lagu Tema Terbaik Sofazr (Pencinta Terbaik) Dicalonkan
Poster Terbaik Cinta Kura-Kura Dicalonkan
2013
Anugerah Blokbuster
Anugerah Filem Terhebat Dicalonkan
Anugerah Filem Kelakar Terhebat Dicalonkan
Anugerah Hero Terhebat Aeril Zafrel Dicalonkan
Anugerah Heroin Terhebat Tiz Zaqyah Dicalonkan
Anugerah Tuan Direktor Terhebat Nizam Zakaria Dicalonkan
Anugerah Direktor Baru Terhebat Dicalonkan
Anugerah Watak Penjahat Terhebat Fizz Fairuz Dicalonkan
Anugerah Lagu Tema Terhebat Sofazr (Pencinta Terbaik) Dicalonkan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]