Cinta Mat Semperit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Mat Semperit
GenreDrama, Komedi-Romantik
Ditulis olehAzlina Pa'Wan
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3

Cinta Mat Semperit ialah sebuah drama televisyen telemovie istimewa Aidil Adha yang ditayangkan di TV3 mulai 15 Oktober 2013 (Selasa). Drama Cinta Mat Semperit ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, hasil skrip nuklilan Azlina Pa'Wan dan terbitan Primeworks Studios.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Ringkasan Drama[sunting | sunting sumber]

Drama bersiri Cinta Mat Semperit mengisahkan mengenai seorang pembuat kuih, Kak Lola yang handal membuat kuih semperit. Kelebihannya itu membuatkan dia dikenali sebagai pembuat kuih semperit terbaik di kampungnya. Namun, bakat Kak Lola itu dicemburui oleh Chef Kamus yang merupakan pesaingnya. Chef Kamus ingin mengetahui rahsia dan bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Lola dalam membuat kuih semperit. Jadi, Chef Kamus meminta adik perempuannya, Ariani menjadi perisik untuknya bagi mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola. Chef Kamus mahu Ariani berkawan rapat dengan anak lelaki Kak Lola iaitu Ariel. Kebetulan pula ketika itu Ariel sememangnya menyimpan perasaan terhadap Ariani dalam diam, menyebabkan ianya mudah bagi Ariani untuk merapati Ariel.

Pada mulanya Ariani keberatan untuk memenuhi permintaan abangnya namun Chef Kamus berjanji sebuah motosikal kepada Ariani sekiranya Ariani berjaya mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola. Oleh kerana dia telah lama mengidamkan untuk mendapatkan motosikal, Ariani sanggup berkawan rapat dengan Ariel. Ariani mula menjalankan tugasnya dan meminta Ariel mendedahkan resipi kuih semperit Kak Lola kepadanya. Demi memenangi hati Ariani, Ariel sanggup belajar cara-cara untuk membuat kuih semperit dari Kak Lola. Pelbagai adegan lucu dan menarik yang terjadi sepanjang usaha kedua-dua pihak untuk mendapatkan resipi istimewa kuih semperit Kak Lola. Berjayakah Chef Kamus mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola? Bagaimana pula dengan kisah cinta Ariel dan Ariani?