Cinta Samar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Samar
Genre
Ditulis olehAhmad Saa'bon
PengarahMalek Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanCerita Cinta Kita - Erry Putra ft. Elly Mazlein
Lagu penutupCerita Cinta Kita - Erry Putra ft. Elly Mazlein
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifRosdi Mohd Yusuf
PenerbitMohd Azlan Ghazali
PenyuntingMohd Andy Fairuz
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
MDAG Marketing Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV1
Siaran asal11 February 2017 – 7 Mei 2017

Cinta Samar ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Malek Rahman, dibintangi oleh Syatilla Melvin, Amar Asyraf, Erry Putra dan barisan pelakon lain. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 dari 11 Februari sehingga 7 Mei 2017.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan perjalanan hidup watak Azli yang tidak tamat pengajian dalam jurusan perancang bandar kerana masalah kewangan. Di sebabkan terlalu minat dengan kereta mewah, dia sanggup untuk menjadi pemandu peribadi kepada seorang kontraktor, Hisham. Dua bulan bertugas dia telah menyamar sebagai Pengarah Urusan syarikat ketika Hisham bercuti dan berkenalan dengan Juliana, anak kepada Tan Sri Malik.

Setelah masing-masing jatuh cinta dan berjanji untuk sehidup semati serta dikenalkan kepada Tan Sri Malik, Azli mula rasa bersalah dan menyesal dengan perbuatannya. Dia telah mengaku kepada Juliana yang dia sebenarnya hanya seorang pemandu yang menyamar sebagai ahli perniagaan.

Juliana tidak percaya dan menuduh Azli menipunya dan cuba lari daripada dia. Tan Sri Malik juga tidak percaya berdasarkan penampilan, memandu kereta mewah dan mengetahui banyak perkara selok belok perniagaan hartanah. Malah Juliana jatuh sakit kerana terlalu kecewa rindukan Azli.

Azli memberitahu Hisham yang dia hendak berhenti kerana rasa bersalah menyamar dan sekarang Juliana anak Tan Sri Malik terlalu mempercayainya. Hisham tidak membenarkan Azli berhenti malah meminta dia terus menyamar kerana syarikat Hisham sedang melobi kontrak dari syarikat Tan Sri Malik. Malah Hisham sanggup menjadi pemandu kepada Azli.

Akhirnya, Azli dan Hisham saling bertukar-tukar penyamaran bagi mencapai misi mereka. Hisham berjanji akan memberi syer kepada Azli dalam syarikatnya sekiranya berjaya memperolehi kontrak dari Tan Sri Malik.

Tan Sri Malik tetap mahu menyerah projek tersebut kepada Azli. Juliana membantah. Di masa yang sama Tan Sri bersama rakan kongsinya telah merancang untuk menjodohkan Juliana dengan anak saudara Tan Sri Johar. Azli adalah anak saudara Tan Sri Johar. Namun adakah rancangan Tan Sri Malik dan Tan Sri Johar berjaya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]