Cinta Si Wedding Planner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cinta Si Wedding Planner
Cinta Si Wedding Planner.jpg
Genre Drama
Cinta
Pengarah Along Kamaludin
Dibintangi Mira Filzah
Ady Putra
Shima Anuar
Fadlan Hazim
Dian P.Ramlee
Shiqin Kamal
Lagu pembukaan Kekal Bahagia "nyanyian" Ippo Hafiz
Lagu penutup Takkan Pergi "nyanyian" Hyper Act
Negara asal  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Penerbitan
Tempoh siaran Isnin - Khamis, 6:58 petang (Mula Ditayangkan: 30 Disember 2015)
Syarikat pengedaran Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asal TV3
Siaran asal 30 Disember 2015 – 16 Februari 2016

Drama Cinta Si Wedding Planner ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan di Slot Akasia TV3, lakonan hebat Mira Filzah dan Ady Putra.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

(Sinopsis drama Cinta Si Wedding Planner ini adalah di ambil dari novel Cinta Si Wedding Planner karya Dhiyana)

Perebutan tempar parkir menjadi permulaan peristiwa kisah Zara (Mira Filzah) si wedding planner dengan Fariz, (Ady Putra) bekas tentera laut berhati batu.

Dalam hati Zara ketika itu hanya ada Bazli, (Fadlan Hazim) sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur di tengah jalan.

Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.

"Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badanlah." - Fariz Adryan.

"Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!" - Izara Batrisya.

"Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke." - Fariz Adryan.

Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalin ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.

"Abang teringin pankek, jem blueberry and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?" - Fariz Adryan.

"For you, my dear. I will do anything for you." - Izara Batrisya.

Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih.

"Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang."

"Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?"

Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara? Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Mira Filzah memegang watak sebagai Izara Batrisya/Zara dalam drama ini.
Ady Putra memegang watak sebagai Fariz Adryan/Fariz dalam drama ini.
TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 6:58 petang
Sebelumnya Cinta Si Wedding Planner Berikutnya
Akulah Balqis Tundukkan Playboy Itu (drama)

Rujukan[sunting | sunting sumber]