Pergi ke kandungan

Cinta Si Wedding Planner (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Si Wedding Planner
Umum
PengarangDhiyana
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik
Penerbitan
PenerbitPenulisan 2U
Tarikh penerbitan
Februari 2015
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman577
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670567488

Cinta Si Wedding Planner ialah sebuah novel 2015 oleh penulis novel Malaysia, Dhiyana, diterbitkan pada Februari 2015 oleh Penulisan 2U.[1][2] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2015.

Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa kisah Zara si wedding planner dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.

Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan. Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.

“Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” – FARIZ “Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA “Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” – FARIZ

Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.

“Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” - FARIZ “For you, my dear... I will do anything for you.”- ZARA

Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. “Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak kejujuran daripada abang.” “Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”

Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara. Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara? Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga kebahagiaan dapat diselamatkan?

Televisyen

[sunting | sunting sumber]

Cinta Si Wedding Planner telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia pada 30 Disember 2015 di TV3, dibintangi oleh Adi Putra dan Mira Filzah sebagai pelakon utama.[3]

  1. ^ Dhiyana (2015). Cinta Si Wedding Planner. Penulisan 2U. ISBN 9789670567488.
  2. ^ Cinta Si Wedding Planner by Dhiyana Goodreads. Dicapai pada 1 Februari 2017.
  3. ^ Drama Cinta Si Wedding Planner (TV3) My Info Taip (31 Disember 2015). Dicapai pada 31 Disember 2015.