Citra (perisian pelagak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Citra
Citra Logo.svg
Syarikat / Pembangun
Kumpulan Citra
Laman webcitra-emu.org (Inggeris)
Maklumat keluaran
Versi pratontonMalaman [1] (Hampir setiap hari)[perlu rujukan]
LesenGPLv2
Pelantar disokongWindows, OS X, Linux

Citra ialah perisian pelagak pertama untuk Nintendo 3DS yang dibangun oleh Kumpulan Citra. Ketua Kumpulan Citra ialah bunnei, sedangkan Timbalan Ketua Kumpulan Citra ialah neobrain. Perisian pelagak ini dibangun dalam bahasa pengaturcaraan C++. Citra dapat menjalankan hampir semua permainan buatan rumah atau homebrew dan menjalankan sesetengah permainan komersial. Citra memerlukan cip yang menyokong sekurang-kurangnya OpenGL versi 3.

Permainan komersial pertama yang boleh dijalankan Citra ialah The Legend of Zelda: Ocarina of Time 3D. Selain itu, Citra boleh menjalankan sesetengah permainan lain, misalnya Animal Crossing 3D dan Sonic Generations.

Sejak 30 Disember 2015 Citra dapat memainkan permainan Pokémon X/Y,[2] dan sejak 1 Januari 2016, dapat memainkan Pokémon Omega Ruby dan Pokémon Alpha Sapphire. Citra dengan rasmi memainkan Pokémon Omega Ruby sejak 12 Mac 2016.

Sejak 22 Februari 2016, tapak web rasmi Citra (citra-emu.org) berubah banyak, dan cuba untuk melagak suara. Citra dapat memainkan kebanyakan permainan sejak April 2016. Sejak 1 Mei 2016, Citra menyokong paparan dalam definisi tinggi (HD).

Sejak 21 Mei 2016, Citra dapat melagak suara melalui Audio HLE.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]