City Hunter (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
City Hunter (siri TV)
City Hunter02.jpg
Genre Aksi
Romantis
Format Drama
Ditulis oleh Hwang Eun-kyung
Choi Soo-jin
Pengarah Jin Syuk
Dibintangi oleh
Lee Min-ho
Park Min-young
Lee Joon-hyuk
Kim Sang-joong
Hwang Sun-hee
Gou Ha-ra
Chun Ho-jin
Lagu pembukaan It's Alright, Yang Hwa-jin
Lagu penutup Suddenly, Kim Bo-yung
Negara asal Korea Selatan Korea Selatan
Bahasa Bahasa Korea
Penerbitan
Penerbit Kim Young-sup
Sebastian Dong-hun Lee
Lokasi Korea, Thailand
Penyiaran
Saluran asal Korea Selatan SBS
Siaran asal 25 Mei 201128 Julai 2011

City Hunter ialah sebuah Drama Korea Selatan yang dibintangi oleh Lee Min-ho, Park Min-young, Lee Joon-syuk, Hwang Sun-hee dan Goo Ha-ra. Drama television ini di tayangkan pada tarikh 25 Mei 2011 di SBS.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama

  1. Lee Min-ho - Lee Yun-seong
  2. Park Min-young - Kim Na-na
  3. Lee Joon-hyuk - Kim Young-joo
  4. Hwang Sun-hee - Jin Soo-hee
  5. Goo Ha-ra - Choi Da-hye
  6. Kim Sang-joong - Lee Jin-pyo
  7. Kim Song-he - Bae Man-duk/Bae Shik-joong
  8. Chun Ho-jin - Choi Eung-chan

Pelakon Pembantu

  1. Park Sang-min - Park Mu-yeol
  2. Kim Mi-sook - Lee Kyung-hee
  3. Lee Seung-hyung - Sung Young-duk
  4. Yang Jin-sung - Shin Eun-ah
  5. Lee Kwang-soo - Ko Ki-joon
  6. Lee Hyo-jung - Lee Kyung-wan

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama City hunter diawalkan dengan kejadian tewasnya Park Moo-yul (Park Sang-min) ayah Lee Yoon-sung (Lee Min-ho) kepada pasukan elit negaranya sendiri kerana hanya untuk menutupi rahsia yang dimiliki oleh 5 anggota polis jahat. Lee Jin-pyo (Kim Sang-joong) ialah kawan Park Moo-yul yang selamat dari insiden itu. Ia bernekad untuk membalas dendam ke atas kematian kawannya itu. Selepas itu Jin-pyo telah menculik Yoon-sung yang masih kecil untuk menjayakan rancangannya. Jin-pyo kemudian membawa Yoon-sung yang masih kecil ke pedalaman Thailand untuk dilatih ilmu seni mempertahankan diri sehingga ia pandai dalam pertarungan menggunakan senjata ataupun tangan kosong. Namun tidak sampai di situ saja. Yoon-sung juga dihantar ke MIT Amerika Syarikat untuk mempelajari ilmu teknologi informasi dan mengoperasikan alat-alat canggih yang nanti akan digunakan untuk misi balas dendamnya.

Selama bertahun-tahun akhirnya Yoon-sung kembali ke Korea untuk melancarkan misi utamanya. Ia mencuba mendaftar sebagai anggota IT istana presiden dan dengan penampilannya yang sekarang, Yoon-sumg berjaya menjadi anggota kumpulan IT Blue House. Jin-pyo pernah memberitahu Yoon-sung untuk tidak jatuh cinta kepada wanita ketika misi sedang berjalan kerana akan merosakkan rancangan membalas dendamnya. Namun dengan keadaan rumit seperti ini membuat Yoon-sung menjadi gelisah dan bingung yang mana ia mesti pilih, meneruskan misinya atau mengejar cintanya!.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]