City of Damnation

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
City of Damnation
PengarahKim Dong-won
PenulisKim Dong-won
DibintangiJung Joon-ho
Jung Woong-in
Jung Woon-taek
SinematografiKim Hyo-jin
Disunting olehJeong Gwang-jin
Muzik olehKim Si-hwan
Diedarkan olehCJ Entertainment
Tarikh tayangan
22 Januari 2009
Masa tayangan
121 minit
NegaraKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Pecah panggungAS$7,545,744

City of Damnation (Hangul유감스러운 도시; RRYoogamseureowoon dosi; MRYugamsŭrŏun tosi) ialah sebuah filem Korea Selatan tahun 2009 diarahkan oleh Kim Dong-won. Filem ini merupakan sebuah buatan semula filem Hong Kong tahun 2002, Infernal Affairs.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Jang Choon-dong ialah seorang pegawai trafik yang bercita-cita untuk menjadi seorang detektif kes pembunuhan. Selepas mendapat perhatian daripada pegawai atasannya, Choon-dong ditugaskan untuk menyamar dan menyusup masuk ke dalam rangkaian gangster yang diketuai oleh Yang Kwang-seob. Sementara itu, Lee Joong-dae (Jung Woong-in), seorang ahli geng Kwang-seob juga menyamar dengan menyertai pasukan polis. Joong-dae mencuba dengan bersungguh-sungguh untuk memihak bersama ketua pasukan dan pengarah bironya dalam usaha untuk membongkarkan identiti Choon-dong tetapi dia kemudiannya jatuh cinta dengan seorang rakan sekerja, Cha Se-rin.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Jung Joon-ho sebagai Jang Choon-dong
  • Jung Woong-in sebagai Lee Joong-dae
  • Jung Woon-taek sebagai Moon Dong-sik, aka Dae Ga-ri
  • Park Sang-min sebagai Ssang-kal
  • Kim Sang-joong sebagai Yang Kwang-seob
  • Han Go-eun sebagai Cha Se-rin
  • Sunwoo Jae-duk sebagai Park Jong-ki
  • Park Yong-gi sebagai Cheon Seong-ki
  • Kim Dae-hee sebagai Won Sam-eeh, aka Won Soong-eeh
  • Kang Seong-pil sebagai Yang Pal-eeh

Tayangan[sunting | sunting sumber]

City of Damnation mula ditayangkan di Korea Selatan pada 22 Januari 2009[2] dan merupakan satu-satunya filem Korea untuk dikeluarkan semasa cuti Tahun Baru Korea, secara tradisinya musim besar untuk filem-filem domestik.[3] Semasa hujung minggu pembukaan, filem ini menduduki tempat ketiga dalam box office dengan 249,720 penonton.[4] Setakat 22 Februari, City of Damnation menerima sejumlah 1,555,039 penonton di seluruh negara[5] dan setakat 1 Mac, filem ini telah mengutip AS$7,545,744.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Infernal Affairs vs. the remake, The Departed". Film.com. Retrieved 2011-06-22.
  2. ^ "City of Damnation (Movie - 2008)". HanCinema. Retrieved on 23 March 2009.
  3. ^ Yang Sung-jin. "Foreign films lead weekend". HanCinema, 24 January 2009; originally published by The Korea Herald. Retrieved on 23 January 2009.
  4. ^ "Korean Box Office, Week-end 2009.01.23 ~ 2009.01.25". HanCinema. Retrieved on 23 March 2009.
  5. ^ "Korean Box Office, Week-end 2009.02.20 ~ 2009.02.22". HanCinema. Retrieved on 23 March 2009.
  6. ^ "South Korea Box Office February 27–March 1, 2009". Box Office Mojo. Retrieved on 23 March 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]