Cityliner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cityliner adalah anak syarikat Konsortium Transnasional Bhd (KTB) mungkin menghentikan sepenuhnya perkhidmatan bas henti-hentinya di enam negeri mulai Disember 2011 kerana sentiasa rugi.Negeri Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang melibatkan 80 laluan dan 400 buah bas.

Pada 20 November 2011, Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional ,Tengku Hasmadi Tengku Hashim memaklumkan kerugian RM300 juta setiap tahun.Kerajaan-kerajaan negeri dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang berjanji akan membantu tetapi belum ada usaha ke arah itu.Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matmahu memberi bantuan RM100,000 sebulan selama empat bulan kepada anak syarikat KTB, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK), yang mengendalikan perkhidmatan Cityliner di negeri itu bagi mengurangkan bebas kos operasi.[1]

Pada 16 November 2011, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akan segera bertemu dengan pengerusi syarikat bas Cityliner yang menghentikan operasi tujuh anak syarikat bas henti-henti Cityliner di 10 laluan di Negeri Sembilan kerana mendakwa mengalami kerugian.Kita mahu meringankan beban orang ramai sebab bukan semua orang boleh mampu memiliki kereta dan pengangkuran awam masih lagi diperlukan. Kita nak tahu dia rugi sebab apa. Kalau dia rugi sebab kurang penumpang, cara penyelesaiannya lain. Begitu juga kalau dia rugi kerana dia terpaksa lalu jalan tersebut, cara penyelesaiannya lain kerana bukan semua jalan yang dia rugi.Cityliner adalah pemegang konsesi pengangkutan bas yang terbesar di Negeri Sembilan.Semua pemandu diarah menghantar bas ke depoh bas Cityliner di Seremban 2.[2]

Pendedahan Tun Dr Mahathit 2008[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Jun 2008, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan tentang persoalan 1000 buah bas milik Rapid KL yang tersadai dan tidak digunakan , menjadi besi buruk dan menjejaskan keselesaan orang ramai.[3] Bab-bas itu masib baru tetapi pada masa sama Rapid KL membeli bas baru. 1000 bas itu tersadai di kawasan lapang berhampiran sebuah taman perumahan di Sungai Choh, Sungai Buaya, Rawang, Selangor.

Ia turut dibangkitkan oleh Dato’ Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) di Dewan Rakyat. Kenapa 'gabungkan' dua syarikat ini tetapi tidak gunakan bas tersebut dan beli bas baru. Sedangkan bas-bas lama dibiar tersadai dan sengsarakan rakyat. Kos bas terbiar itu dianggarkan RM500 juta.

Bas-bas ini asalnuya milik syarikat Intrakota , Parkmay dan City Liner yang telah diambilalih oleh Rapid KL yang dipercayai adalah milik syarikat GLC - Khazanah. Bas-bas ini masih boleh diguna atau boleh diperbaiki dan dijual oleh Rapid KL.

Pembekal bas Rapid KL dan Rapid Penang ialah M-Trans Technology Sdn Bhd yang dimiliki 100% oleh Scomi yang dimiliki oleh keluarga mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Abdullah Ahmad Badawi Scomi Coach Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Sdn Bhd) yang berada di tempat yang sama dengan Scomi Rail Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Technology Sdn Bhd). Scomi Coach Sdn Bhd dan Scomi Rail Bhd (Scomi) tidak mampu membina permintaan bas , lalu import dari China.[4]

Pada 28 Mei 2008, Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi Korporat RapidKL, Ebi Azly Abdullah menjelaskan, RapidKL hanya bertanggungjawab dalam mengendalikan pengoperasian bas harian sahaja. 1,000 buah bas yang tersadai di Sungai Choh, Rawang bukan milik Rangkaian Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) sebaliknya dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).RapidKL dan Prasarana merupakan dua buah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan tetapi masing-masing mengambil alih tanggungjawab yang berlainan dalam aspek mengendalikan bas tersebut.

1000 bas tersebut sebenarnya bukan milik RapidKL. RapidKL hanya bertanggungjawab atas mengendalikan pengoperasian bas harian sahaja.Kesemua bas RapidKL yang beroperasi atas jalan raya dan juga bas-bas yang dikatakan tersadai itu sebenarnya adalah harta yang dimiliki Prasarana.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rugi RM300 juta, Cityliner henti operasi di enam negeri bulan depan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-22. Dicapai pada 2011-11-21.
  2. ^ "MB Akan Bertemu Pihak Cityliner". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2011-11-21.
  3. ^ 1,000 bas RapidKL tersadai
  4. ^ "RAPID KL". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-04. Dicapai pada 2011-11-21.
  5. ^ 1,000 bas tersadai bukan milik RapidKL[pautan mati kekal]