Clément Lenglet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Clément Lenglet
Lenglet beraksi untuk Sevilla pada 2017
Maklumat peribadi
Nama penuh Clément Nicolas Laurent Lenglet[1]
Tarikh lahir (1995-06-17) 17 Jun 1995 (umur 28)
Tempat lahir Beauvais, Perancis
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Barcelona
Nombor 15
Kerjaya remaja
2001–2007 Montchevreuil
2007–2010 Chantilly
2010–2013 Nancy
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2014 Nancy B 33 (6)
2013–2017 Nancy 77 (2)
2017–2018 Sevilla 52 (4)
2018– Barcelona 84 (4)
Pasukan kebangsaan
2010–2011 Perancis B16 6 (0)
2011–2012 Perancis B17 14 (0)
2012 Perancis B18 3 (0)
2013 Perancis B19 6 (0)
2014 Perancis B20 2 (0)
2015–2016 Perancis B21 10 (0)
2019– Perancis 12 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Mac 2021

Clément Nicolas Laurent Lenglet (Sebutan bahasa Perancis: [klemɑ̃ lɑ̃ɡlɛ]; lahir 17 Jun 1995) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Sepanyol, Barcelona dan pasukan kebangsaan Perancis.

Beliau memulakan kariernya bersama kelab Nancy sebelum beraksi dalam 85 perlawanan sejak penampilan sulungnya pada tahun 2013. Beliau meraih gelaran Ligue 2 bersama Nancy pada musim 2015-16. Pada Januari 2017, beliau berpidnah ke Sevilla dengan perpindahan yang bernilai 5.4 juta euro. Di Sevilla, beliau tampil dalam 73 perlawanan dan menjaringkan empat gol sebelum menyertai Barcelona menerusi perpindahan bernilai 35 juta euro.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Nancy[sunting | sunting sumber]

Lenglet melakukan penampilan sulungnya di Ligue 2 bersama Nancy pada 27 September 2013 dalam aksi terikat seri tanpa jaringan menentang AC Arles-Avignon selepas menggantikan Rémi Walter pada minit ke-32.

Beliau seterusnya tampil dalam 34 perlawanan Nancy pada musim 2015–16 yang menyaksikan pasukannya itu dinobatkan sebagai juara liga. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Nancy pada 29 Januari 2016 dengan menyamakan kedudukan permainan sebelum pasukannya meraih kemenangan 3-1 ke atas Clermont.[2] Pada 12 Februari, beliau telah dibuang padang dan menyebabkan pasukan lawan dianugerahkan tendangan penalti selepas beliau mengasari pemain Sehrou Guirassy dalam pertembungan menentang Auxerre yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.[3] Pada 25 April, beliau menjaringkan gol tunggal permainan semasa menentang Sochaux sekali gus mengesahkan kedudukan pasukannya ke saingan Ligue 1 selepas tiga tahun beraksi di divisyen kedua.[4]

Pada separuh pertama bagi musim 2016-17, beliau beraksi dalam 18 perlawanan Ligue 1 untuk Nanci sebagai kesebelasan utama.[5]

Sevilla[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Januari 2017, Lenglet berpindah ke Sepanyol dengan menyertai kelab La Liga, Sevilla menerusi kontrak sehingga tahun 2021. Bayaran perpindahan Sevilla kepada Nancy bernilai 5 juta euro. Beliau telah dibawa masuk untuk menggantikan pemain yang berasal dari negaranya juga, Timothée Kolodziejczak yang baru menyertai Borussia Mönchengladbach.[6]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk kelab Andalusia itu pada lapan hari kemudian dalam perlawanan pusingan ke-16 Copa del Rey menentang Real Madrid yang berkesudahan seri 3-3 namun secara agregat pasukannya tewas 6-3.[7] Pada 15 Januari, beliau melakukan penampilan sulungnya di La Liga menentang lawan yang sama yang berakhir dengan keputusan kemenangan 2-1 memihak kepada Sevilla sekali gus meleburkan rekod 40 perlawanan tanpa kalah oleh Real Madrid dalam semua kejohanan.[8] Beliau sterusnya beraksi dalam 17 perlawanan liga pada separuh kedua musim.

Pada 19 Ogos 2017, Lenglet telah menjaringkan gol pertamanya untuk Sevilla dengan menghasilkan gol pembukaan permainan ketika menentang Espanyol pada perlawanan pertama musim baru. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan jaringannya itu dipertikaikan selepas perlawanan sama ada melepasi garisan atau sebaliknya.[9] Beliau menjaringkan gol pertamanya dalam kejohanan Eropah pada 1 November dengan menanduk masuk bola ke dalam gawang lawan hasil hantaran lintang Éver Banega ketika menentang Spartak Moscow pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.[10] Semasa beliau mempamerkan prestasi cemerlang dengan memastikan gawang pasukannya tidak dibolosi sewaktu menentang Manchester United pada aksi pertama peringkat kalah-mati Liga Juara-Juara, ESPN FC telah meletakkan Lenglet ke dalam kesebelasan utama terbaik Liga Juara-Juara.[11]

Barcelona[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Julai 2018, Lenglet menyertai Barcelona apabila pihak kelab itu telah memetik klausa pelepasan Lenglet yang bernilai 35 juta euro.[12] Beliau beraksi sehingga wisel penamat dari sepak mula ketika perlawanan Piala Super Sepanyol 2018 menentang kelab lamanya, Sevilla yang berakhir dengan kemenangan Barcelona. Pada 23 September, Lenglet telah dibuang padang dalam perlawanan sulungnya bersama Barcelona di La Liga ketika menentang Girona selepas beliau bertindak untuk menyiku Pere Pons.[13] Beliau menjaringkan gol kemenangan Barcelona pada perlawanan Copa del Rey menentang Cultural Leonesa 1–0. Beliau menjaringkan gol pertamanya di La Liga ketika bersama Barcelona semasa menentang Real Sociedad di Camp Nou. Kemudian, beliau membantu jaringan gol Antoine Griezmann untuk menghasilkan gol pertama Barcelona semasa mereka menundukkan Eibar pada 19 Oktober.[14]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mei 2019, Lenglet telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Perancis di bawah kendalian pengurus Didier Deschamps untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Bolivia dan perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Andorra dan Turki yang berlangsung pada Jun 2019.[15] Beliau melakukan penampilan sulungnya ketika menentang Andorra pada 11 Jun[16] dan menjaringkan gol pertamanya menentang lawan yang sama pada 10 September.[17]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Adik Lenglet, Corentin juga merupakan seorang pemain pertahanan. Beliau berpindah dari Nancy ke Sevilla menerusi perjanjian yang sama dan menghabiskan satu musim bersama pasukan-C di Tercera División.[18]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 7 Mac 2020.[19]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Nancy 2013–14 3 0 0 0 0 0 3 10
2014–15 22 0 2 0 2 0 26 0
2015–16 34 2 1 0 1 0 36 2
2016–17 18 0 0 0 2 0 20 0
Jumlah 77 2 3 0 5 0 85 2
Sepanyol Sevilla 2016–17 17 0 1 0 1[b] 0 19 0
2017–18 35 3 8 0 11[b] 1 54 4
Jumlah 52 3 9 0 12 1 73 4
Sepanyol Barcelona 2018–19 23 1 9 1 12[b] 0 1[c] 0 45 2
2019–20 19 2 3 1 7[b] 0 0 0 29 3
Jumlah 42 3 12 2 19 0 1 0 74 5
Jumlah kerjaya 171 8 24 2 5 0 31 1 1 0 232 11
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan Copa del Rey.
  2. ^ a b c d Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  3. ^ Penampilan di Piala Super Sepanyol.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 17 November 2019.
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2019 7 1
Jumlah 7 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
10 September 2019 Saint-Denis, Perancis  Andorra
2–0
3–0
Kelayakan UEFA Euro 2020

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Nancy
Barcelona

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Acta del Partido celebrado el 16 de agosto de 2019, en Bilbao" [Minutes of the Match held on 16 August 2019, in Bilbao] (dalam bahasa Spanish). Royal Spanish Football Federation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-17. Dicapai pada 17 August 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Nancy - Clermont : 3-1" (dalam bahasa French). Clermont Foot. 29 January 2016. Dicapai pada 9 December 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "À trop se frotter, l'A.J. Auxerre toute proche de se faire piquer par le chardon nancéien" [Rubbing itself too much, A.J. Auxerre got very close to being stung by Nancy's thorn] (dalam bahasa French). Auxerre TV. 13 February 2016. Dicapai pada 9 December 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Lieto, Cédric (25 April 2016). "Revivez la montée en Ligue 1 de l'ASNL et sa victoire contre Sochaux (1-0)" [Relive ASNL's promotion to Ligue 1 and their victory over Sochaux (1-0)] (dalam bahasa French). France Bleu. Dicapai pada 9 December 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Garcia, Adriana (4 February 2017). "Nancy's Clement Lenglet completes move to Sevilla for €5 million fee". ESPN FC. Dicapai pada 19 February 2017.
  6. ^ "Sevilla bring in Lenglet as Kolodziejczak completes Gladbach switch". FourFourTwo. 4 January 2017. Dicapai pada 9 December 2017.
  7. ^ "Lenglet, "orgulloso" de su debut, dice que están "bien" para el domingo" [Lenglet, "proud" of his debut, says that they are doing "well" for Sunday]. La Vanguardia (dalam bahasa Spanish). 13 January 2017. Dicapai pada 9 December 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Sevilla 2-1 Real Madrid". BBC Sport. 15 January 2017. Dicapai pada 9 December 2017.
  9. ^ "Quique: "Ya estamos tardando en incorporar la tecnología"" [Quique: "We're lagging behind in bringing in technology"]. Marca (dalam bahasa Spanish). 20 August 2017. Dicapai pada 9 December 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Sevilla 2 Spartak Moscow 1: Lenglet and Banega complete revenge mission". FourFourTwo. 1 November 2017. Dicapai pada 9 December 2017.
  11. ^ Ames, Nick (22 February 2018). "David De Gea, Sadio Mane, Thomas Muller in Champions League Best XI". ESPN FC. Dicapai pada 22 February 2018.
  12. ^ Bertran, Joaquim M. (11 July 2018). "Lenglet deal done: Barça pay Sevilla man's release clause". Sport. Dicapai pada 12 July 2018.
  13. ^ "Barcelona 2 Girona 2: Stuani brace punishes Lenglet red". Goal. 23 September 2018. Dicapai pada 23 September 2018.
  14. ^ "Eibar vs. Barcelona - Football Match Commentary - October 19, 2019 - ESPN". ESPN.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-19.
  15. ^ "Equipe de France : Clément Lenglet, Léo Dubois et Mike Maignan appelés pour la première fois". FranceTV Info. 21 May 2019. Dicapai pada June 5, 2019.
  16. ^ "Deschamps praises 'great attitude' after France's revival". The Straits Times. 13 June 2019.
  17. ^ "France 3–0 Andorra". BBC Sport. 10 September 2019. Dicapai pada 11 September 2019.
  18. ^ Yatkin, Anthony (9 October 2018). "De Beauvais, Corentin Lenglet s'inspire de son frère professionnel" [Beauvais' Corentin Lenglet is inspired by his professional brother]. Le Parisien (dalam bahasa French). Dicapai pada 3 October 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ Biodata Clément Lenglet di Soccerway

Pautan luar[sunting | sunting sumber]