Claymore (manga)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Claymore (manga)
Clare, watak utama siri Claymore.
GenreShōnen
Fantasi
Pengembaraan
Manga
PengarangNorihiro Yagi
PenerbitJepun Shueisha
Itali Star Comics
Amerika Syarikat VIZ Media
Perancis Glenat
Indonesia Elex Media Komputindo
Anime
PengarahHiroyuki Tanaka
StudioJepun Madhouse Studios
Penyiaran AsalJepun NTV
Dikeluarkan pada3 April, 200725 September, 2007
Portal Anime dan Manga

|} Claymore (Jepun: クレイモア, Hepburn: Kureimoa) merupakan siri manga fantasi gelap oleh Norihiro Yagi, dihasilkan untuk Monthly Shonen Jump. Mulai 6 Jun 2007, isu terakhir Monthly Shonen Jump telah diterbitkan dan majalah itu digantung, manakala Claymore muncul dalam manga Weekly Shonen Jump buat sementara waktu secara bulanan. Siri ini masih diterbitkan, dan setakat 2 Julai, 2010, terdapat 18 buah jilid yang dikeluarkan oleh Shueisha dalam bentuk tankōbon. Setiap bab dalam manga siri ini dirujuk sebagai scene ataupun "babak".

Bermula 6 Jun 2007, isu terakhir Monthly Shonen Jump dikeluarkan dan diikuti dengan pembatalan majalah tersebut, dan manga Claymore muncul secara bulanan untuk beberapa bulan dalam Weekly Shonen Jump. Manga Claymore mula disirikan dalam isu pertama Jump Square pada 2 November, 2007.

Sebuah siri anime telah mula ditayangkan pada 3 April, 2007[1] dan mengandungi 26 episod.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Latar tempat kisah Claymore ialah sebuah dunia fiksyen dengan unsur-unsur teknologi zaman pertengahan. Secara politik, dunia tersebut mempunyai sekumpulan besar pekan-pekan yang bertaburan di merata tempat dan bergantung pada diri masing-masing sahaja. Dalam dunia ini, manusia hidup bersama-sama makhluk yang digelar Yoma (Jepun: 妖魔), raksasa pemangsa yang hidup dengan melapah isi perut manusia. Golongan Yoma berupaya mengubah bentuk mereka dan sering mengambil bentuk fizikal manusia, kemudian menyamar dan hidup di kalangan mereka. Dengan memakan otak-otak manusia, golongan Yoma ini juga mampu untuk menyerap memori yang dikandung mereka, membolehkan diri mereka menyamar sebagai orang-orang tertentu tanpa disyaki rakan karib atau keluarga mangsa.

Sebuah organisasi penuh rahsia dan tidak diketahui namanya telah mencipta sekumpulan manusia luar biasa untuk melindungi para manusia daripada golongan Yoma. Pahlawan-pahlawan ini dirujuk sebagai Claymore atas sebab-sebab populariti oleh pedang claymore yang mereka gunakan. Penduduk-penduduk yang diserang Yoma meminta pertolongan Claymore untuk membunuh Yoma untuk sejumlah bayaran yang tinggi.

Organisasi ini mencipta Claymore tersebut dengan baka Yoma dan manusia, menanamkan daging Yoma dan darah manusia pada manusia, mencipta kacukan baru yang lebih kuat daripada Yoma asal, sebagai tambahan oleh latihan pedang mereka dan tahap kepandaian mereka yang lebih tinggi. Kemampuan asas seorang Claymore termasuklah peningkatan keberanian fizikal secara menyeluruh (yang paling menonjol adalah kekuatan), penyembuhan yang singkat, modifikasi bentuk terhad dan kemampuan untuk mengesan makhluk dan kacukan lain. Setiap daripada mereka memakai perisai yang sama dan bersenjatakan pedang claymore besar yang tidak mampu digunakan manusia biasa, dan dikenalpasti oleh mata dan rambut mereka yang berwarna perak. Namun begitu, kuasa Yoma dalam setiap Claymore akan bertambah dari masa ke masa sehingga Claymore tersebut kehilangan segala sifat kemanusiaannya dan menjadi Yoma yang kuat, cerdik dan ganas yang disebut sebagai Awakened (Bangkit). Mereka juga sentiasa berisiko tinggi untuk mempercepat proses perubahan diri kepada Yoma jika mereka menggunakan kuasa yang berlebihan. Seorang Claymore yang baik akan meminta seorang rakan (selalunya seorang Claymore juga) untuk membunuhnya jika ia terasa ingin "Bangkit" supaya ia tidak bertukar menjadi Yoma.

Organisasi rahsia ini dihubung oleh sesebuah majlis pekan tentang pembunuhan oleh Yoma dan kemudiannya akan menghantar seorang Claymore untuk membunuh makhluk tersebut, namun bukan semua melakukannya secara sukarela. Jika sesuatu misi itu berjaya, organisasi ini kemudiannya menghantar seorang agen untuk mengutip sejumlah bayaran yang besar di atas perkhidmatannya. Pekan-pekan yang gagal membayar tidak akan lagi dilayan permintaan mereka dan akan dibiarkan sebagai bahan makanan pada golongan Yoma. Ia pernah dikiaskan bahawa organisasi itu sendiri yang menghantar Yoma pada pekan-pekan sebegini. Organisasi ini selalunya bersifat tegas dan keras; kacukan yang melanggar peraturan yang ditetapkan (sebagai contoh, membunuh seorang manusia, tidak kira secara sengaja ataupun untuk melindungi pihak lain) akan diburu oleh kaum mereka sendiri. Para Claymore yang sering menyebabkan kekacauan ataupun di pinggir Kebangkitan akan ditugaskan pada misi-misi bahaya tanpa pengetahuan mereka. Beberapa watak dalam siri ini mengesyaki organisasi tersebut sebagai "udang disebalik batu".

Walaupun menyelamatkan manusia adalah tugas biasa para Claymore, mereka sentiasa dipinggirkan dan digeruni oleh manusia kerana tahap kuasa mereka yang tinggi, hubungan mereka dengan Yoma dan sikap "meminggir" mereka. Manusia sering memanggil mereka "dukun mata perak" (silver-eyed witches) ataupun raksasa. Ahli keluarga Yoma samaran yang terselamat selalunya dihalau keluar pekan kerana dikhuatiri mereka akan bertukar menjadi Yoma. Kaum wanita yang bertemu nasib ini selalunya dipaksa menjadi Claymore untuk terus hidup. Claymore selalunya hidup dalam kesepian tanpa kegembiraan kerana cara kehidupan mereka yang menyendiri dan di atas pengetahuan bahawa lama-kelamaan mereka akan mati ataupun menjadi raksasa. Kemungkinan disebabkan oleh darah daging Yoma mereka, latihan-latihan yang dilalui, dan kehidupan mereka yang penuh kekerasan, ramai Claymore yang bersikap serius ataupun kejam. Sesetengah daripada mereka mudah naik angin dan panas baran, manakala yang lain pula membangkitkan perasaan ingin membunuh dan gemar mengambil nyawa makhluk lain, sekaligus menjadi lebih kejam dan ganas berbanding Yoma yang mereka buru. Hampir kesemua Claymore mengelak daripada berkawan dengan manusia.

Kisah Claymore mengelilingi pengembaraan seorang pahlawan Claymore, iaitu Clare. Plotnya menceritakan kisahnya bertarung dengan golongan Yoma dan berjuang menyimpan sifat manusiannya. Bermula dengan jilid ketiga, terdapat sebuah babak imbasan kembali pada zaman kanak-kanaknya di mana dia "dikutip" oleh seorang Claymore, iaitu Teresa. Apabila Teresa menentang organisasi rahsia itu dan kemudiannya terbunuh, Clare secara rela menjadi seorang Claymore menggunakan darah daging Teresa untuk membalas dendam terhadap The Awakened yang telah membunuhnya. Dengan keazaman memuncak dan rakan manusiannya Raki, di sampingnya, Clare melawan kuasa syaitannya dengan mengilir kemahiran yang diwarisinya daripada Teresa. Dalam pengembaraan Clare yang berterusan, saban hari dia menjadi seorang pahlawan yang lebih hebat, beransur-ansur dihormati di kalangan sekutu-sekutu yang kuat dan memulas sebuah konflik dengan organisasi, para Claymore unggul yang menyokong mereka, dan golongan Awakened yang kuat.

Ciri-ciri Claymore[sunting | sunting sumber]

Muka hadapan jilid pertama menunjukkan Clare memegang sebilah claymore

Oleh kerana baka kacukan mereka, Claymore mempunyai kekuatan, kepantasan dan refleks jauh lebih hebat berbanding manusia biasa. Disebabkan tahap kekuatan mereka, para Claymore mampu bersenjatakan sebilah pedang claymore yang berat menggunakan sebelah tangan sahaja. Tambahan pula, Claymore mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan diri dan daya ketahanan badan dengan pantas sekali, membenarkan mereka untuk terselamat daripada kecederaan-kecederaan melampau contohnya seperti pengeviseratan. Apa jua luka atau kecederaan yang tidak membunuh mereka akan sembuh sepenuhnya dalam beberapa jam. Claymore yang berbakat untuk pertumbuhan, seperti Deneve, juga berupaya untuk "menumbuhkan" semula seluruh anggota tubuh dalam beberapa minit. Keupayaan-keupayaan tersebut, jika digabungkan bersama-sama latihan berlawan dan senjata, membolehkan para Claymore untuk bertarung dengan tahap yang sama dengan kebanyakan Yoma.

Di samping tahap kekuatan mereka yang tinggi, salah satu keupayaan para Claymore yang diketahui ramai (juga paling disanjungi pelanggan-pelanggan mereka) adalah kemampuan mereka untuk mengesan Yoma. Ini dicapai apabila 'Yoki' (Jepun: 妖気) dikesan, iaitu "tenaga kehidupan" golongan Yoma. Seorang Claymore boleh mengesan Yoki seorang Yoma dari beberapa batu jauhnya, bergantung kepada kemahiran Claymore tersebut. Clare sendiri telah membuktikannya kebolehannya mengesan sisa-sisa Yoki pada manusia yang berhubungan dengan Yoma.

Kesemua keupayaan seorang Claymore adalah bergantung pada pengawalan Yoki tubuhnya. Dengan mengatur jumlah Yoki yang digunakan atau menyetempatkannya pada bahagian-bahagian badan/fungsi yang tertentu, para Claymore mampu menambah sifat-sifat fizikal mereka yang sudakhpun berupa luar biasa, ataupun menggunakan beberapa kebolehan eksotik. Claymore biasa selalunya akan melepaskan peratus Yoki yang lebih tinggi berbanding Yoki keseluruhan mereka, menyebabkan penambahan dalam asas kekuatan, kepantasan, dan penyembuhan. Jika seorang Claymore melepaskan 10% daripada kuasa mereka, mata mereka akan bersinar warna emas. Apabila mereka melepaskan 30%, muka mereka akan mula berkerut. Jika mereka melepaskan 50%, tubuh badan mereka mula berubah. Melepaskan peratus Yoki yang tinggi (melebihi 80% tenaga keseluruhan badan mereka), maka, badan mereka mulai Bangkit (lihat di bawah). Claymore tahap tinggi selalunya menunjukkan kebolehan mengawal dengan lebih baik dan mempamerkan kuasa-kuasa yang unik, seperti Quicksword (pedang pantas) Ilena, ataupun kebolehan Helen untuk memanjangkan tangannya.

Claymore memerlukan bekalan makanan yang sedikit untuk terus hidup berbanding manusia. Mereka hanya perlu makan beberapa cebisan makanan dalam beberapa hari, dan jika perlu, mereka mampu bertahan selama seminggu tanpa sebarang jenis makanan. Mereka secara umumnya dilihat berehat dengan melekatkan pedang claymore mereka ke dalam tanah dan bersandar di sampingnya, tanpa berbaring dasar ataupun di atas katil. Menurut suatu babak dengan Teresa, ini disebabkan tabiat para Claymore. Dalam soal paras fizikal mereka, Claymore berupa manusia sepenuhnya kecuali mata dan rambut mereka yang berwarna perak (sesetengah Claymore yang lemah mampu menyimpan sebahagian warna asal rambut mereka). Di bahagian hadapan perut mereka, walaupun mempunyai bentuk normal, dengan sebab-sebab tertentu kelihatan cacat. Namun begitu, sebab kemunculan kecatatan itu dan sama ada ianya adalah sama untuk setiap Claymore, tidak diketahui sama sekali.

Hampir setiap Claymore dicipta berlawanan dengan kemahuan mereka; menjadi Claymore kerana mereka tidak lagi mempunyai kaedah lain untuk meneruskan kehidupan. Ramai daripada mereka terdiri daripada anak-anak yatim, kanak-kanak yang terbiar, ataupun mereka yang terselamat daripada serangan-serangan Yoma di pekan-pekan. Hanya Clare sahaja yang secara rela hati meminta organisasi itu untuk menanam darah dari kepala teresa untuk menjadi seorang Claymore dan membalas dendamnya terhadap Priscilla.

Organisasi Claymore tersebut mempunyai sebuah hierarki yang tegas, di mana setiap Claymore diberikan pangkat berdasarkan purata kekuatan mereka. Claymore #1 adalah yang terkuat, manakala #47 merupakan yang paling lemah (dan kurang dihormati). Bilangan kewujudan Claymore pada setiap masa secara rasminya adalah 47 disebabkan bilangan kuasa serantau di mana para Claymore ditugaskan adalah 47. Claymore menurut arahan daripada mereka yang ditugaskan mengutip bayaran apabila sesuatu tugas itu dilaksanakan dengan berjayanya, dan mereka ini pula menurut arahan daripada majlis kecil yang diketuai beberapa lelaki tua. Walaupun perkataan 'Claymore' ditujukan khas untuk pahlawan-pahlawan organisasi tersebut, sebutan ini pada asalnya tidak digunakan para pahlawan itu sendiri, dan dari awal lagi organisasi tersebut dan pahlawan mereka tidak mempunyai nama rasmi. Maka, kebanyakan Claymore jarang merujuk diri mereka sebagai 'Claymore'.

Pada asalnya, kebanyakan pahlawan Claymore adalah kaum lelaki, tetapi suatu penemuan telah dibuat tidak lama kemudian, di mana melepaskan Yoki adalah memuaskan bagi lelaki. Disebabkan ini, mereka sukar untuk mengawal lepasan Yoki mereka dan menjadi golongan Bangkit dengan cepat. Maka, semua pahlawan Claymore yang baru dihasilkan adalah kaum wanita.

Perubahan Fizikal[sunting | sunting sumber]

Dari segi rupa paras fizikal, Claymore kelihatan seperti manusia biasa kecuali mata mereka yang berwarna perak dan rambut mereka yang mempunyai warna-warna cerah (Claymore yang terlalu lemah dapat menyimpan warna rambut mereka). Suatu anggapan telah dibuat mengatakan bahawa mereka meluntur dan mencelup warna rambut mereka sendiri, disebabkan pemikiran Teresa yang mendedahkan bahawa rambut asalnya berwarna hitam, namun berwarna hijau sebagai Claymore.

Dalam jilid ketiga manga Claymore, Teresa, Claymore yang telah menemani dan menjaga Clare, dikelilingi oleh sekumpulan perompak yang ingin melepaskan keinginan mereka untuk merogolnya. Dia mendedahkan tubuh badannya kepada mereka, dan ramai yang telah menyoal tentang apa yang dilihat mereka adalah benar ataupun tidak, namun mereka semua berasa jijik lalu meninggalkannya. Clare yang muda memberitahunya bahawa dia semestinya berada dalam keadaan yang selalu menyakitkan atas kesan perubahan tubuh mereka yang tidak diketahui, tetapi Teresa menjelaskan bahawa dia tidak berasa apa-apa. Para Claymore dianggap mempunyai kecacatan yang ketara di tubuh badan mereka selepas apa yang disaksikan para perompak sebelum ini menakutkan mereka.

Walaubagaimanapun, seorang Claymore yang ditonjolkan wataknya dalm bab-bab seterusnya dilihat tanpa sebarang kecacatan pada tubuhnya. Kes ini membawa kepada satu lagi teori yang mengatakan jika seorang Claymore tidak mampu mencederakan manusia, mereka mampu mengubah rupa fizikal tubuh mereka, dan mereka sengaja berbuat demikian untuk menakutkan dan menjijikkan manusia yang ingin merogol mereka, justeru menghalangnya daripada berlaku.

Dengan bukti yang bercanggah dengan teori ini yag wujud dalam manga, kemungkinan besar pengarang telah terlupa atau telah membuang bahagian plot ini untuk memudahkannya melakar watak-watak.

Gaya Serangan[sunting | sunting sumber]

Dalam Jilid #7, Ophelia mendedahkan dua kategori yang boleh dicapai dalam serangan keberanian Claymore: Gaya offensive (menyerang) dan gaya defensive (melindung). Asas gaya serangan seorang Claymore menentukan keupayaan penyembuhannya. Menurut Ophelia, pertarungan seorang Claymore ditentukan oleh "semangat ingin menang melalui kemahuan untuk hidup, atau dengan membunuh lawannya." Dalam penjelasan yang lebih mendalam dalam Jilid #10 oleh Deneve, kekuatan naluri seorang Claymore untuk terus hidup akan menentukan gaya serangan yang akan digunakannya. Lebih kuat keinginannya untuk meneruskan kehidupan, lebih tinggi kemungkinan gaya serangannya ke arah defensive.

Kategori defensive membantu para Claymore dengan kebolehan penyembuhan yang menakjubkan. Antara ciri yang menarik ialah apabila seorang Claymore kehilangan mana-mana anggota badannya dan berpengetahuan menumbuhkannya semula, bahagian yang digantikan tersebut akan mempunyai kekuatan asalnya. galatea, Veronica, Cynthia, Deneve dan Yuma tergolong dalam kategori ini.

Mereka yang berada dalam kategori offensive berupaya melakukan serangan-serangan yang lebih kuat. Walaupun begitu, mereka tidak berupaya untuk menumbuhkan anggota bahagian mereka dengan begitu berkesan. Jika seorang Claymore dalam kategori ini kehilangan mana-mana bahagian tubuhnya dan berpengetahuan menumbuhkannya semula, bahagian yang digantikan tersebut mempunyai kekuatan yang sama dengan manusia biasa. Clare, Ophelia, Rafaela dan Ilena tergolong dalam kategori ini. Namun begitu, mereka mampu menyambung semula mana-mana bahagian yang baru-baru terkerat atau cedera.

Pakaian Seragam[sunting | sunting sumber]

Claymore memakai pakaian seragam yang terdiri daripada sehelai baju lengan panjang dan seluar berwarna kelabu yang dipasang ketat pada tubuh badan. Claymore dengan kebolehan mengubah badan menggantikan sebahagian atau semua pakaian tersebut dengan sejenis bahan hitam yang boleh diregangkan untuk menurut perubahan. Mereka kemudian memakai beberapa kepingan perisai, but-but yang diperbuat daripada logam (kasut mereka agak bertumit-tinggi), pelindung lengan tangan, bahagian pelindung bahu yang besar dan skirt pendek. Akhir sekali, mereka memakai jubah pendek dan sejenis fabrik bertandakan simbol pengesahan tertentu seorang Claymore itu yang terletak di leher mereka.

Kad Hitam[sunting | sunting sumber]

Dalam setiap pemegang pedang seorang Claymore terdapat segulung kad hitam bersertakan simbol pemiliknya. Jikalau seorang Claymore itu merasakan dirinya di pinggir pembangkitan dan kejadian ini tidak mampu dihalangnya, kad hitam ini akan dikeluarkan dan diberikan kepada penjaganya untuk dihantar kepada Claymore yang dipilih. Para Claymore yang menerima kad hitam ini, selalunya mereka yang rapat dengan pemberi, akan berjumpa dengan rakan mereka di suatu tempat yang ditetapkan dan sekaligus membunuh Claymore itu, membenarkannya mati sebagai seorang manusia dan bukan sebagai raksasa yang mereka buru.

Yoma[sunting | sunting sumber]

Yoma adalah antagonis utama untuk bahagian pertama siri Claymore, juga merupakan spesies raksasa yang hidup bersama-sama manusia dalam dunia Claymore.

Yoma boleh membesar di antara 2 hingga 3 meter dalam ketinggian. Tubuh mereka dari segi bentuk secara umumnya tidak berbeza dengan manusia, kecuali bahagian perut mereka dan ke atas adalah lebih berotot, sekaligus memberi mereka kesukaran untuk berdiri menegak dan terpaksa membongkok. Ramai Yoma mempunyai barisan-barisan ceracak pendek yang terletak di bahagian atas belakang mereka. Anggota badan mereka adalah panjang-panjang, dan mereka mempunyai rahang yang dipenuhi taring-taring dan mempunyai telinga orang bunian.

Secara keseluruhannya, Yoma dianggap lebih unggul daripada manusia. Keupayaan intelek mereka adalah setara dengan manusia, namun kadang-kala dipengaruhi oleh sifat liar mereka. Kekuatan, kepantasan, dan ketahanan mereka jauh melangkaui batas-batas manusia biasa, membenarkan Yoma biasa untuk menyerang sekumpulan manusia yang tidak bersenjata atau sekumpulan kecil manusia yang bersenjata dengan bebas. Seorang Yoma sahaja pernah digambarkan menggerunkan sekumpulan penjahat-penjahat yang bersenjata. Keupayaan menyembuh di kalangan Yoma membolehkan mereka terselamat daripada kecederaan dalam dan sembuh lebih cepat daripada biasa. Bahagian badan yang tidak boleh tumbuh semula oleh manusia, contohnya seperti mata, akan tumbuh semula di kalangan Yome dalam beberapa hari.

Antara aset kaum Yoma yang paling menonjol adalah keupayaan mereka untuk mengubah bentuk badan mereka. Setiap Yoma mampu memampatkan diri mereka yang besar dan mengubah bentuk serta warna badan mereka menjadi bentuk manusia secara fizikalnya. Kebolehan ini adalah cekap sekali, dan mana-mana bentuk manusia yang ditirunya adalah serupa dengan yang asal, dan ia adalah hampir mustahil untuk membezakan mereka. Dengan melapah otak-otak manusia, Yoma berupaya untuk menyerap memori serta personaliti mereka. Dengan menggabungkan kedua-dua kebolehan ini, Yoma mampu melengkapkan diri mereka untuk suatu penyamaran yang unggul, menggantikan sesiapa sahaja dalam mana-mana pekan atau komuniti tanpa mendedahkan identiti mereka kepada sesiapa sahaja, mahupun keluarga atau sahabat handai.

Yoma yang lebih tua dan berpengalaman akhirnya belajar mengeksploitasi kebolehan mengubah bentuk badan mereka untuk kegunaan pemburuan mereka. Ini selalunya melibatkan pemanjangan jari atau anggota badan mereka pada kelajuan yang tinggi. Digabungkan dengan sifat ketahanan mereka, golongan Yoma mampu menggunakan teknik ini untuk menembusi perisai manusia dari jarak sejauh sepuluh meter dengan satu tumbukan, memberi mereka kelebihan dari segi jarak serangan apabila berlawanan dengan para Claymore. Yoma yang lain pernah membuktikan keupayaan mereka untuk menumbuhkan sayap-sayap berupa kelawar, membenarkan mereka terbang di udara dan melakukan serangan dari atas.

Yoma hidup bersendirian secara asalnya, selalunya mengelak daripada bertemu golongan mereka sendiri. Namun, ada juga keadaan di mana sekumpulan Yoma bersatu untuk melindungi diri mereka daripada Claymore. Dalam kes-kes yang melampau, kumpulan-kumpulan ini boleh terdiri daripada dua atau tiga dozen Yoma.

Bagaimanapun, kebelakangan ini sekumpulan besar Yoma telah mula berkumpul di bawah sepanduk Awakened, iaitu bekas Claymore yang telah kehilangan bahagian manusia mereka dan ditakluki baka Yoma.

The Awakened (Yang Bangkit)[sunting | sunting sumber]

'Yoki' (Jepun: 妖気) ataupun 'tenaga kehidupan' Yoma mengalir di dalam tubuh badan para Claymore dan Yoma. Claymore berupaya untuk mengawal lepasan Yoki untuk meningkatkan keupayaan mereka. Namun begitu, sebaik sahaja seorang Claymore melepasi 80% kuasanya, lepasan ki tidak lagi berada di bawah kawalannya, dan akan terus meningkat menuju 100% dalam beberapa ketika. Apabila ini berlaku, aspek Yoma akan mendapat kawalan, dan kacukan Claymore tersebut berubah menjadi suatu makhluk yang digelar Awakened (Bangkit). Awakened merupakan makhluk yang mempunyai kuasa yang mengalahkan para Claymore dan Yoma biasa, dan mempunyai keinginan kuat untuk melapah isi perut manusia. Awakened mengekalkan taraf kecerdikan dan memori kehidupan Claymore dan manusia mereka, tetapi masih mempunyai mentaliti seorang Yoma. Ia dipercayai bahawa makhluk Awakened tidak akan berupaya menjadi manusia ataupun Claymore lagi. Makhluk Awakened merupakan kesilapan yang dilakukan organisasi rahsia itu sendiri. Para Claymore menggunakan perkataan Voracious Eaters (Pemangsa Rakus) apabila merujuk kepada Awakened dengan orang-orang luar, dan menuntut bahawa mereka merupakan Yoma yang hidup terlalu lama dan mempunyai kekuatan dan kebijaksanaan yang tinggi dengan tujuan melindungi asal-usul mereka. Ini membolehkan para Claymore untuk menafikan hubungan mereka dengan kewujudan mereka. Sebelum peperangan di utara, organisasi tersebut tidak akan memburu Awakened melainkan jika mereka menerima permintaan untuk berbuat demikian. Namun dalam bahagian baru siri Claymore, organisasi rahsia itu telah mengubah operasinya memburu Awakened dengan aktif. Ini adalah respon terhadap percubaan Isley untuk mengumpul sekumpulan Awakened di tanah-tanah utara.

Apabila lawan mereka adalah golongan Awakened, organisasi tersebut selalunya menghantar sekumpulan Claymore yang terdiri daripada 4 orang, dipimpin oleh seorang Claymore satu digit (mereka yang berpangkat 9 ke bawah).

Setakat ini, setiap Awakened tidak mempunyai sebarang persamaan dari segi fizikal di antara golongan mereka sendiri (sesetengah daripada mereka mengekalkan bentuk manusia seperti Priscilla, atau menjadi serpentin seperti Ophelia), mencadangkan bahawa proses tersebut berbeza-beza di antara satu individu dengan individu yang lain. Antara persamaan di antara Awakened termasuklah saiz mereka yang gergasi (berukuran dari ketinggian dua meter sehingga beberapa tingkat) dan kulit mereka yang kebal dan keras.

Golongan Awakened juga berbeza-beza dengan sifat mereka; ada yang secara terbuka-buka bersikap ganas dan sewenang-wenangnya bersikap pemusnah dan ada juga yang bersikap tenang. Namun begitu, setiap satu Awakened dahagakan darah dan daging manusia. Mereka yang berpura-pura bersikap mesra dan tenang hanya berbuat begitu untuk mengumpan mangsanya. Kuasa setiap Awakened juga berbeza-beza, bergantung kepada kuasanya sebelum Bangkit. Proses Bangkit dengan sendirinya memberi peningkatan kuasa yang tinggi, membolehkan si Bangkit yang pernah berada di bahagian bawahan Claymore untuk berlawanan dalam tahap yang sama dengan Claymore berpangkat tinggi.

Di kalangan Awakened yang masih hidup, terdapat tiga yang pernah berpangkat 1 di organisasi Claymore mereka dalam generasi mereka tersendiri. Ketiga-tiga mereka dirujuk sebagai People of the Abyss atau Mereka daripada Jurang, dan secara umumnya dipercayai bahawa mereka merupakan makhluk yang paling kuat dalam dunia Claymore.

Sesetengah Claymore tergolong dalam kategori separuh Bangkit. Ini terjadi apabila seorang Claymore kehilangan kawalan Yoki atau tenaga Claymore, tetapi masih berupaya untuk mengekalkan bentuk kacukannya tanpa Bangkit dengan penuh/kekal dalam bentuk Bangkit terlalu lama. Ini dapat menguatkan lagi Claymore tersebut, dan membenarkan mereka melepasi kuasa 80% yang dihadkan kepada mereka tanpa dikhuatiri Bangkit, namun organisasi Claymore itu mengesyaki golongan Claymore ini dengan penuh keraguan.

Ia tidak dijelaskan bagaimana perasaan seorang Claymore wanita apabila mereka Bangkit. Clare menggambarkannya sebagai "memuaskan" dan "menyakitkan" [2], manakala Helen pula merasakan sensasi yang agak serupa dengan orgasma (juga merupakan sensasi yang dinikmati kebanyakan kacukan kaum lelaki apabila mereka Bangkit). Ramai Claymore menggambarkan perasaan Bangkit sebagai "kesakitan pahit" dan ekstasi.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Clare (Jepun: クレア, Hepburn: Kurea)
Clare (anime)
Disuarakan oleh: Houko Kuwashima
Clare (クレア Kurea) merupakan protagonis siri ini. Dia merupakan seorang Claymore, bersifat menyendiri dan agak senyap. Selepas salah satu misinya, Clare ditemani seorang budak lelaki bernama Raki, yang telah dibuang keluar daripada pekannya. Raki secara perlahan-lahan berjaya melepasi belenggu kesepian Clare dan mereka kelihatan membina suatu hubungan persaudaraan.
Raki (Jepun: ラキ, Hepburn: Raki)
Raki (anime)
Disuarakan oleh: Motoki Takagi
Raki (ラキ Raki) merupakan seorang budak lelaki yatim piatu; ibu bapanya dibunuh oleh seorang Yoma. Yoma ini dibunuh oleh Clare, tetapi Raki yang dikhuatiri menyamar sebagai Yoma, juga telah dibuang keluar oleh pekannya. Clare pada awalnya menawarkan pertolongan sehingga mereka sampai di pekan seterusnya, namun akhirnya mereka mengembara dan menyambung perjalanan mereka bersama-sama.
Teresa (Jepun: テレサ, Hepburn: Teresa)
Teresa (anime)
Disuarakan oleh: Romi Paku
Teresa (テレサ Teresa) merupakan Claymore yang paling handal dalam generasinya. Dia dengan mudahnya membunuh musuh-musuhnya sambil mengukirkan senyuman yang sayup di bibir, maka dia dikenali sebagai Teresa of the Faint Smile (Teresa Bersenyuman Sayup).
Sebagai seorang Claymore, Teresa merupakan seorang pembunuh yang kejam, tidak mengendahkan orang lain, dan hanya menolong orang kampung kerana dia diarahkan berbuat demikian, pada masa yang sama menikmati ketakutan mereka disekelilingnya. Tetapi kemudiannya Teresa menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang telah disimpan sebagai tahanan dan alat mainan bagi seorang Yoma, dan kanak-kanak itu berazam tidak akan meninggalkan sisinya terlalu awal.
Priscilla (Jepun: プリシラ, Hepburn: Purishira)
Priscilla (anime)
Disuarakan oleh: Aya Hisakawa
Seorang Claymore pada zaman Teresa, Priscilla segera dinaikkan kedudukannya ke #2. Priscilla telah dihantar dalam sebuah kumpulan yang terdiri daripada empat orang Claymore untuk membunuh Teresa sebagai hukuman melanggar peraturan organisasinya. Kejadian ini akhirnya telah mengakibatkan pembangkitan Priscilla, diikuti dengan pembunuhan Teresa dan kumpulannya sendiri. Priscilla merupakan punca utama Clare menjadi seorang Claymore.

Simbologi[sunting | sunting sumber]

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Manga[sunting | sunting sumber]

Anime[sunting | sunting sumber]

Siaran anime Claymore berasaskan manganya telah disiarkan Nippon Television bermula daripada 3 April, 2007 hingga 25 September, 2007. Siri ini berlangsung selama 26 episod.

Bermula dengan episod 20, siri anime Claymore telah mula mengikuti haluannya sendiri, dengan menerapnya kejadian yang penting sahaja daripada manganya. Dalam episod 25, plot Claymore telah diubah sepenuhnya.

Siri animenya diarahkan oleh Hiroyuki Tanaka dan Madhouse Studios dengan reka cipta watak-watak oleh Takahiro Umehara, organisasi siri oleh Yasuko Kobayashi dan muzik oleh Masanori Takumi.

Muzik[sunting | sunting sumber]

  • Tema Pembuka: "Raison D’être" oleh Nightmare
  • Tema Penutup: "Danzai no Hana~Guilty Sky" oleh Riyu Kosaka

OST[sunting | sunting sumber]

Soundtrack Asli dikeluarkan pada 25 Julai, 2007.
Penggubah: MASANORI TAKUMI
Penggubah: LOVE+HATE
Penyusun: Kotaro Nakagawa

Imej hadapan TV Animation Soundtrack Claymore.


Senarai Lagu O.S.T. Siri Animasi Televisyen CLAYMORE:
1 Gingan no Majo 銀眼の魔女
2 Ookina Ken 大きな剣
3 Youma no Okite 妖魔の掟
4 Sabaku to Kaze 砂漠と風
5 Kirisaku Mono Tachi 斬り裂く者たち
6 Osoroshiki Fujin 恐ろしき布陣
7 Bishou no Teresa 微笑のテレサ
8 Kanashiki Shukumei 哀しき宿命
9 Kakusei no Kodou 覚醒の鼓動
10 Seikan naru Tatakai 精悍なる闘い
11 Shinpi to Shin'en 神秘と深淵
12 Yobikakeru Kioku 呼びかける記憶
13 Kita no Chi to Hakugin no Ou 北の地と白銀の王
14 Hateshinaki Tabiji 果てしなき旅路
15 Kyoujin na Chikara 強靭な力
16 Kouya no Rakujitsu 荒野の落日
17 Kokoro no Kizuato 心の傷跡
18 Shoukei 憧憬
19 Machinami 街並み
20 Den'en to Ogawa 田園と小川
21 Utsushiki Kariudo Tachi 美しき狩人たち
22 Ayashiki Mono no Shukumei 妖しき者の宿命
23 Kyousenshi 凶戦士
24 Kakusei he no Midare 覚醒への乱れ
25 Souzetsu na Shitou 壮絶な死闘
26 Erabareshi Mono 選ばれし者
27 Haruka na Michinori 遥かな道程
28 Itoshisa to Nukumori 愛しさとぬくもり
29 Chiheisen no Kanata 地平線の彼方
30 Ishidzukuri no Ienami 石造りの家並み
31 Hito wo Omou Koto 人を想うこと
32 Fukaki Mori no Naka de 深き森の中で
33 Raison D'etre TV by Nightmare
34 Danzai no Hana ~Guilty Sky~ TV oleh Kosaka Riyu

Claymore Intimate Persona[sunting | sunting sumber]

Kulit hadapan album Claymore Intimate Persona.

Sebuah CD lagu watak-watak, berjudul Claymore Intimate Persona: Character Song Shuu (CLAYMORE INTIMATE PERSONA~キャラクターソング集~ ) juga telah dikeluarkan. CD tersebut mengandungi sepuluh buah lagu, setiap daripadanya mewakili seorang watak dari siri Claymore, diikuti dengan nyanyian daripada pelakon suara latar watak masing-masing.

Senarai lagu

  1. Memori (Jepun: 記憶, Hepburn: Kioku, Clare)
  2. Perubahan (Jepun: 変貌, Hepburn: Henbō, Priscilla)
  3. Pemberontakan (Jepun: 反逆, Hepburn: Hangyaku, Galatea)
  4. Pembangkitan (Jepun: 覚醒, Hepburn: Kakusei, Deneve)
  5. Kebencian (Jepun: 憎悪, Hepburn: Zōo, Ophelia)
  6. Taufan (Jepun: 疾風, Hepburn: Shippu, Irene)
  7. Keabadian (Jepun: 永遠, Hepburn: Eien, Sophia)
  8. Penjelmaan Semula (Jepun: 転生, Hepburn: Tensei, Teresa)
  9. Kesedihan (Jepun: 慟哭, Hepburn: Dōkoku, Helen)
  10. Hantu (Jepun: 幻影, Hepburn: Gen'ei, Miria)

Nota dan Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ AnimeAnime News Network
  2. ^ Quote penuh gambaran perasaan Clare (Bahasa Itali): "Tra dolori violenti ed estasi...non so come feci a ritornare in me", Norihiro Yagi: "Claymore #6", Star Comics, April 2006

Pautan luar[sunting | sunting sumber]