Clea DuVall

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Clea DuVall
Clea Duvall (2016)
Kelahiran
Clea Helen D'Etienne DuVall

(1977-09-25) 25 September 1977 (umur 46)
Nama lainClea Duvall
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1996–kini

Clea Helen D'Etienne DuVall (lahir 25 September, 1977) ialah seorang pelakon dari Amerika Syarikat. Beliau paling dikenali sebagai Sofie dalam drama bersiri Carnivàle.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

DuVall dilahirkan di Los Angeles, California, dan merupakan anak tunggal Rosemary (nama lahir ialah Hatch) dan Stephen DuVall. Bapanya juga adalah seorang pelakon, dan paling dikenali sebagai Connor dari filem Steven Seagal, iaitu The Keeper.[perlu rujukan] Ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia 12 tahun. Selepas ibunya berkahwin semula, DuVall berhenti bersekolah di sekolah tinggi dan berpindah ke apartmennya sendiri.[1] Beliau mengiburkan diri dengan menonton program televisyen, dan mengingati keseluruhan tabir. DuVall memutuskan yang beliau mahu menjadi seorang pelakon, dan kembali ke sekolah tinggi, kali ini di Los Angeles County High School of Arts, dan bekerja untuk menyara dirinya.[1] Beliau tidak berkait dengan pelakon, Robert Duvall atau Shelley Duvall[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum membuat penampilan sulungnya dalam filem Little Whitches, beliau bekerja di sebuah kedai kopi. Beliau muncul dalam pelbagai filem dan rancangan TV seperti ER dan Buffy the Vampire Slayer, sebelum memainkan peranan sebagai seorang pelajar gothic dalam The Fakulti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Gideonse, Ted (July 2000). "The New Girls Of Summer". Out. m/s. 56. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-17. Dicapai pada 2007-06-24.
  2. ^ McDonagh, Maitland (14 Februari 2002). "Ask Chick Flick". TV Guide. Dicapai pada 2007-05-19. [pautan mati]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]