Cliff Umar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cliff Umar
Nama lahirClifford Hugh Joseph
Juga dikenali sebagai
  • Boy Clifford
  • Abdullah Umar Joseph Abdullah
  • Cliff Umar Joseph
Kelahirans. 1982 (umur 37–38)
Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2000–kini
Pengkarya berkait
Projek Pistol

Cliff Umar (nama Islam Abdullah Umar Joseph Abdullah;[1] lahir Clifford Hugh Joseph; lahir s. 1982), sebelum ini dikenali sebagai Boy Clifford merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia, beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Projek Pistol yang turut dianggotai oleh Edrie Hashim.[2] Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Cliff Umar dalam bidang muzik bermula sebagai penyanyi di kelab malam.[1] Beliau menyertai Projek Pistol sebagai vokalis utama. Ahli lain termasuk Edrie Hashim (gitar), Zham Badri (bes) dan Pae Nasir (dram). Projek Pistol telah menikmati kejayaan muzik sejak penubuhan pada 2010 dan telah menerbitkan dua album studio. Pada tahun 2016, beliau pernah dijemput sebagai penyanyi undangan di konsert Gegar Vaganza musim ketiga sebagai pasangan duet Nora menerusi lagu "Bring Me To Life" nyanyian asal kumpulan Evanescence.

Gegar Vaganza 2020[sunting | sunting sumber]

Cliff ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Haslinda, Noraniza Idris dan lain-lain. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2020
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Grand Konsert "Wanita Seluruh Dunia" Projek Pistol Ke-3
Minggu 2 Sama Naik "Hanyut" Faizal Tahir Ke-3
Minggu 3 Cuba Try Test "Keroncong Untuk Ana" M.Nasir Ke-11
Minggu 4 Lagu Berhantu "Dialah di Hati" Siti Nurhaliza Ke-4
Minggu 5 Tak Tahu Sampai "Sedang Ingin Bercinta" Dewa 19 Ke-9
Minggu 6 Double Special "Smooth" (duet bersama Mimifly) Santana & Rob Thomas Ke-7
Minggu 7 Take Over "Rozana" Search Ke-3

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Cliff Umar mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi di Klang, Selangor. Beliau terpisah daripada ibunya sejak kecil dan kembali bertemu dengan ibunya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[1] Beliau ialah seorang mualaf dan merupakan bapa kepada tiga cahayamata.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Cliff Umar, bukan Boy". Kosmo!. 29 Julai 2012. Diarkib daripada yang asal pada 30 Julai 2012. Dicapai pada 24 Oktober 2012.
  2. ^ Nur Azhari Zainoodin (29 Jun 2011). "Kekentalan Projek Pistol". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 27 Ogos 2017. Dicapai pada 24 Oktober 2011.
  3. ^ "Duominasi penyanyi tempatan di pentas Gegar Vaganza". Utusan Borneo. 26 September 2020. Dicapai pada 24 Oktober 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]